IKHLAS

SIRI RENCANA PILIHAN : IKHLAS

Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



IKHLAS 


Bukanlah semudahnya dengan lafaz sahaja seperti:

🎀" saya ikhlaskan pemberian saya ini...."

🎀" terimalah sumbangan ikhlas saya ini..."

🎀" mudah2an derma ikhlas saya ini memudahkan urusan tuan/puan..."


HAQIQAT IKHLAS itu berbeza dengan kefahaman IKHLAS semasa menjadi orang awam...

kerana...

IKHLAS itu adalah haqiqat IMAN dan TAUHID

Orang yang beriman adalah BERTAUHID - sentiasa di dalam  ZIKRULLAH ( perintah yang WAJIB )

Ikhlas mempunyai Tingkatannya tersendiri - mengikut Tingkatan Tauhid yang dicapai

Ikhlas mengerjakan sesuatu amal pada setiap peringkat iaitu pada permulaan ...pertengahan ... dan juga pada akhirnya....

Ikhlas kerana Allah - menafikan segala yang batil; nafikan segala 'keakuan' diri ( Tiada Maksudku Selain ALLAH )

Haqiqat Ikhlas hanya boleh diketahui setelah mengikut Jalan Makrifat iaitu:

    🍀Jalan yang sebenar-benarnya dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya

   🍀Jalan agama yang sebenarnya - wajib masuk jalan ini, barulah dinamakan berada di dalam Agama Islam



... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



HAKIKAT IKHLAS ADALAH TAUHID

Berdasarkan keterangan2 Ulama Arif Billah yang mengetahui rahsia2 Ketuhanan dan kehambaan, ikhlas membawa makna yang sangat murni terhadap kehambaan insan dan hakikat Tauhid.


Ikhlas merupakan cabang utama Tauhid dan pintu masuk kepada Hadrat Ilahi. Tanpa ikhlas seseorang hamba (insan) tidak akan menemui Tuhannya. Bahkan tidak mungkin dia menjadi hamba Allah! 


PEMBAHAGIAN IKHLAS

Umumnya kita fahami, ikhlas adalah "mengerjakan suatu amal semata2 kerana Allah" Tetapi pengertian ini perlu dihalusi secara Tauhid @ Ma'rifat supaya kita tidak terkeliru dengan fahaman sempit.


Para Ulama Arifin, membahagikan ikhlas kepada beberapa peringkat seperti: 

1. Ikhlas orang awam 
2. Ikhlas orang abrar 
3. Ikhlas orang Arif 


Sebahagian lainnya memberikan perincian lebih halus dengan pembahagian berikut:


🍁 1. Ikhlas orang awam - 3 tingkatan 
🍁 2. Ikhlas salikin - 3 tingkatan 
🍁 3. Ikhlas Arifin - 1 tingkatan

Kita akan cuba memahami satu persatu 3 Tingkatan di atas. Insya Allah.




 ... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



IKHLAS ORANG AWAM


Tingkatan Pertama (awam): 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Melakukan amal  ibadah dengan qasad (niat) semata2 kerana Allah, tetapi pada masa yang sama mempunyai cita-cita di dalam hatinya kepada kesenangan2 syurga berupa bidadari, mahligai indah2, segala macam makanan enak dan hiburan syurga. 


Tingkatan ke-2 (awam):
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Melakukan solat (dan juga ibadah lain) dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah dan TIDAK mempunyai cita2 di dalam hatinya (tiada menunut hatinya) kepada syurga dan segala kesenangannya. Tetapi hamba ini melihat dirinya melakukan amal ibadah (melihat kemampuan dirinya melakukan amal ibadah). 


Tingkatan ke-3 (awam):
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Melakukan amal ibadah  dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah, TIDAK mempunyai cita-cita kepada kesenangan syurga, TIDAK melihat dirinya melakukan amal ibadah, tetapi dia merasakan dirinya sudah ikhlas. 


Inilah 3 tingkatan ikhlas orang awam, iaitu mereka yang tidak melalui jalan Ma'rifat Ketuhanan. Tingkatan yang ke-3 lebih baik daripada tingkatan ke-2 dan tingkatan pertama. 

Pada sisi Fiqh, ketiga2 bentuk " ikhlas awam" ini adalah SAH, yakni sah amal ibadahnya dan terlepas daripada taklif syara' (kewajipan sebagai mukallaf).  Namun apabila direnungi pada sisi Tasawwuf / Ma'rifat, bentuk2 ikhlas ini masih belum bebas sepenuhnya daripada 'mempersekutukan' Allah. Ini kerana menuntut selain wajah Allah di dalam ibadah adalah suatu bentuk 'penyekutuan' kepada Ketuhanan. 

Seseorang yang melakukan sekalian syarat2 dan rukun menurut Fiqh dengan sempurna, maka sah ibadahnya pada sisi Fiqh kerana Fiqh hanya melihat pada zahir perbuatan hamba. Ia tidak melihat unsur2 dalam hati/jiwa hamba. Ia tidak membicarakan HAL hati, bagaimana sifatnya, bagaimana hadapnya dan bagaimana tuntutannya. 

Tetapi Tasawwuf melihat pada sisi hati insan. Bagaimana HAL dan rupanya. Tasawwuf/Ma'rifat melihat jauh ke dalam hati sanubari insan dan melakukan pemeriksaan teliti akan niat yang sebenar dengan kehalusan. Ini kerana hati insan sendiri menjadi rahsia Ketuhanan yang akan menjadi perhitungan di akhirat. 


... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



✨🕌✨Firman Allah:


يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ إِلاَّ مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ 

Pada hari yang tiada berguna harta dan anak pinak kecuali mereka yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera (daripada syirik). 
[Asy-Syu'ara (26) : Ayat 88-89] 

Jika anda bertanya bukankah Allah Ta'ala menceritakan berbagai ni'mat syurga di dalam Al-Qur'an? 

Bukankah Hadith Nabi juga menceritakannya? 

Benar! 

Semua kejadian selepas kematian dikisahkan di dalam Al-Qur'an dan Hadith Nabi. Kesenangan yang akan diperoleh oleh orang2 beriman berupa syurga juga diceritakan di dalamnya. 

Tetapi ianya tidak bermaksud seseorang perlu menuntut2 atau mencari2 segala kesenangan tersebut atau dia menjadikannya sebagai matlamat sampingan. 

Apabila ada suatu selain Allah di sisi niat, maka ketika itu cederalah ikhlasnya. 


Jika anda bertanya lagi,  apakah gunanya kisah2 tersebut jika bukan untuk dijadikan impian? 

Kita menjawab:

Memikirkan dan bercita2 kepada kesenangan syurga ketika melakukan ibadah adalah sebagai dorongan bagi kanak2 yang baru belajar mengenal Islam dan Iman atau bagi orang2 yang baru masuk Islam supaya jinak hatinya kepada Islam.  Namun ianya tidak patut terus-menerus di dalam keadaan tersebut.  

WALAU BAGAIMANAPUN kita tegaskan kesimpulannya: 

Tidak salah (pada sisi Fiqh) seseorang mempunyai cita-cita kepada syurga Allah Ta'ala. Tetapi perlulah dididik hati supaya meninggalkan sekalian cita2 tersebut, berpaling darinya dan tumpukan niat semata2 biWajhillah (semata2 kerana Wajah Allah).

Jika kalian bertanya lagi:

Mengapakah orang yang berasa diri dia sudah ikhlas dianggap tidak ikhlas lagi?

Jawabnya:

Dia dikatakan belum ikhlas pada sisi Tauhid yang murni kerana dia masih terasa dia mempunyai daya upaya untuk melakukan ikhlas itu sedangkan kunci kepada ikhlas yang sebenar adalah menafikan sekalian keupayaan diri dan hanya melihat daya upaya Allah semata2. (akan datang keterangan lebih jelas ikhlas sebenar pada sisi Tauhid murni).



... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Pada siri yang lalu, kita telah melihat "orang merasa sudah ikhlas"  sebenarnya belum ikhlas lagi kerana hakikat ikhlas yang murni menuntut seseorang lepas bebas daripada "keakuan diri".  


Sebagaimana gambaran awal sebelum ini, kita maklum ikhlas bergantung @ berkait rapat dengan Tauhid yang murni. 


Orang yang berasa dia sudah ikhlas, masih melakukan syirik khafi  kerana  ada keakuan diri - mempersekutukan Allah pada af'al-Nya menyebabkan TAUHIDNYA terjejas. 


Apabila TAUHID yang murni terjejas, maka cacatlah ikhlas yang hakiki.

Mari kita sambung dengan huraian Ikhlas hakiki yang diperoleh seseorang pada Jalan Ma'rifat Ketuhanan -  peringkat Salikin.

Susah faham?


IKHLAS PERINGKAT SALIKIN


Ikhlas bagi hamba2 Allah yang pada Ma'rifat Ilahiyyah  adalah tiga Tingkatan. Ketiga2 tingkatan Ikhlas ini adalah  diperoleh sesuai dengan pencapaian  Tauhidnya yang murni.

🍁 (1) Ikhlas pada Tingkatan Tauhid Af'al

🍁 (2)  Ikhlas pada Tingkatan Tauhid Asma'

🍁 (3) Ikhlas pada Tingkatan Tauhid Sifat


Penjelasan:
~~~~~~~~~

Tiga Tingkatan Ikhlas Salikin ini adalah bagi mereka yang menelurusi jalan Ma'rifat Ketuhanan menurut  adab dan syarat2nya di bawah bimbingan seorang Shaikh/Mursyid yang telah menerima ijazah daripada Gurunya yang mempunyai Silsilah Nabi (susur galur penerimaan Ilmu dari guru kepada guru tanpa putus).


Si salik  (murid yang berjalan di jalan Ma'rifat Ketuhanan) dibimbing melalui beberapa peringkat zikir, MURAQABAH  (merenung Hakikat Ketuhanan) dan MUSHAHADAH  (melihat Hakikat Ketuhanan) berperingkat-peringkat sehingga datang pembukaan Allah Ta'ala ke dalam hati mereka kepada pintu2 Ma'rifat (baca pintu2 Tauhid).



... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


    

🍁 (1) Ikhlas pada Tingkatan Tauhid Af'al

Tingkatan pertama TAUHID yang murni adalah disebut TAUHID Af'al, iaitu mengEsakan Allah pada sekalian Af'al-Nya. 

Tiada daya upaya melainkan dengan Allah...

Pada peringkat ini cahaya Af'al Allah akan menerangi hati si salik. 

Ketika cahaya Af'al Allah menyelubungi hatinya, dia melihat sekalian perbuatan Allah ke atas makhluk-Nya.  

Dia (si salik) melihat bagaimana.....

💫Allah Ta'ala mengatur seluruh Alam tanpa sekutu.  

💫Dia melihat melalui cahaya hati.....   melihat peredaran planet2, bintang, bulan, matahari, langit, awan semuanya digerakkan oleh Allah Ta'ala (pada hakikatnya). 

💫Dia melihat haiwan dan tumbuh2an bahkan sekalian makhluk yang melata di bumi mahupun di langit sekaliannya di dalam aturan Allah. 

💫Dia melihat diri dia sendiri dan amal  semuanya di dalam genggaman Allah.  Maka lemahlah dirinya, lalu berkatalah si salik ini....

لا حول ولاقوة إلا بالله

Inilah TAUHID AF'AL, Tauhid yang suci murni yang diperoleh melalui Jalan Ma'rifat  yang murni tanpa sedikitpun syirik di dalamnya.

Si salik yang sampai kepada Tingkatan Af'al Allah melihat sekalian perbuatan Allah ke atas dirinya dan sekalian makhluk ciptaan-Nya. 

Dia melihat dengan ainul basirah  (mata hatinya) setiap ibadahnya sebagai Kurnia Allah Ta'ala dan semata2 Kurnia-Nya tanpa sekutu dengan suatu apa pun. 


💫Ketika dia mengangkat takbiratul ihram untuk solat, dia melihat Anugerah Allah kepada untuk melakukan solat!

💫Ketika dia ruku', dia melihat anugerah Allah kepadanya untuk ruku' kepada Allah.

💫Ketika sujud dia melihat anugerah Allah kepadanya untuk sujud di hadapan Rabbul Jalil, Tuhan Yang Maha Perkasa Yang Tiada Tuhan Melainkan Dia!   

💫Ketika bersedekah tiada yang dilihatnya melainkan Ni'mat Allah pada dirinya untuk bersedekah.

💫Ketika berda'wah, berjihad bahkan segala amal ibadah lain tiada terpaling pandangannya melainkan melihat ia sebagai Ni'mat, Rahmat dan Anugerah Allah untuk menyempurnakannya.

Sebagaimana kata Guru2 Ahli Ma'rifat kita,  Inilah dia permulaan TAUHID yang murni tanpa sedikitpun syirk di dalamnya.  Dan di sini juga lahirnya permulaan  IKHLAS yang murni dan hakiki. 



Perhatikan  baik2 sekali lagi....!


Pada peringkat ini....
Sucilah hatinya (salikin) daripada sekalian aghyar (selain Allah), bersih hatinya daripada sifat2 keji, dan bebas daripada syirik khafi.  

Ketika hamba Allah melihat dirinya tiada daya upaya melakukan sesuatu melainkan Allah dengan Kemurahan-Nya, dan tiada lagi cita2 lain selain Allah ketika melakukan Ibadahnya, maka inilah permulaan ikhlas yang benar, tanpa sedikit pun mempersekutukan Allah di dalam niatnya! 

Sebagai suatu perbandingan..... Jika anda melihat sebelum ini, orang2 pada tingkatan awam tidak terlepas daripada mempersekutukan ALLAH di dalam niatnya, sama ada mempersekutukan kerana menuntut syurga atau kerana melihat dirinya mempunyai daya upaya. 

Di sini, pada diri orang yang telah disucikan hatinya sehingga terbit Tauhid yang benar...

💫tiada lagi cita2 selain Allah

💫tiada lagi melihat dirinya mempunyai daya upaya melainkan hanya Allah Yang Berkuasa di atas setiap sesuatu. 

Dia melihat dirinya tidak mampu untuk berdiri melainkan dengan Anugerah Allah. Ini MAQAM PERMULAAN kesucian hati, kesucian Tauhid dan kemurnian niat yang IKHLAS! 



... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


...sambungan...


🍁 (1) Ikhlas pada Tingkatan Tauhid Af'al 


IKHLAS DAN TAUHID PENGHAYATAN HATI DAN RUH

Pada saat anda dikurniakan oleh Allah cahaya Tauhid yang murni di dalam hati...

Anda tidak lagi memandang wujud upaya diri anda untuk melakukan ibadah. 

Anda lemah daripada mengakui wujud kemampuan diri untuk melakukan Ibadah. 

Seluruh jiwa dan perasaan anda karam di dalam melihat anugerah Allah kepada anda untuk melakukan ibadah - untuk melakukan takbiratul irham, ruku' dan sujud!  

Lalu anda berkata:

Tiada daya upaya melainkan Allah! 

Apabila suasana kesucian ini menyelubungi hati...

💚Anda akan merasai ketenangan di dalam ibadah. 

💚Suatu ketenangan yang tidak anda merasai sebelumnya.  

💚Maka inilah permulaan ikhlas, tiada lagi penyekutuan di dalam niat mengerjakan  amal ibadah....!

Dengan demikian  akan tuntutan Allah...

وَمَآ أُمِرُوۤاْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ  

"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya,"


Ini suatu penegasan penting, jika kalian sudah faham....!

TAUHID dan IKHLAS yang diperoleh melalui mujahadah pada jalan Ma'rifat ini...

🌻bukan suatu angan2, 

🌻bukan teori pemikiran aqal, 

🌻bukan andaian sangkaan, 

🌻bukan juga suatu yang digagahi (dipaksa2) pada anggota,  

Tetapi ianya adalah benar2 sebuah  PENGHAYATAN HATI dan RUH.

PENGHAYATAN HATI dan RUH adalah suatu Ni'mat Anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. ...!

Ini sudah tentu jauh bezanya dengan hamba2 Allah yang masih berpegang kepada TAUHID berdasarkan pemikiran aqal dan keterangan dalil semata2.  

Mereka yang hanya beriman berdasarkan pemikiran aqal yang terbatas sentiasa didatangi  syak, zonn dan waham. 

Mereka juga belum dapat bebaskan diri daripada syirik2 khafi yang menyelubungi hati mereka.  

Pada satu2 masa mereka cuba gagahi dengan pemikiran tetapi selalu tewas.


IKHLAS  MURNI BERIRINGAN DENGAN  TAUHID YANG MURNI

Dari huraian di atas fahamlah kita wujudnya kaitan rapat antara TAUHID yang murni (yang bebas dari syirik khafi)  dengan IKHLAS yang murni, tanpa sesuatu niat lain bersertanya...

✨🕌✨Firman Allah ini....

  
وَمَآ أُمِرُوۤاْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ  

"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya"

Kata Ibnu Abbas mentafsirkan ayat ini.....

" Kalam Allah  "mukhlisin"  (ikhlas di dalam perintah Allah di atas)  adalah  " Tauhid yang murni"

Di sini Ibn Abbas telah menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan "ikhlas yang murni, yang hakiki" dan yang dituntut oleh Allah adalah pancaran "Cahaya Tauhid" yang hadir di dalam hati hamba2 Allah yang suci bersih hatinya! Maka benarlah  huraian hakikat Ikhlas sepertimana yang diselami dan dikemukakan  oleh para Ulama Arifin dengan Tafsiran Ibn Abbas.


... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SIAPAKAH  YANG BERHAK MENCAPAI IKHLAS SERTA TAUHID INI?


Semua orang Islam yang beriman berhak mencapai tingkatan Ikhlas hakiki ini.

Bahkan adalah menjadi kewajipan mencarinya dengan mujahadah menurut jalan Ma'rifat.  

Ini tidak dapat dicapai melainkan melalui pimpinan seorang Guru Ma'rifat yang benar2 memahami selok-belok jalan keruhanian menurut pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Sebab itulah sekalian Imam2 kita menetapkan bahawa adalah menjadi kewajipan bagi setiap muslim mencari Shaikh untuk memimpinnya pada jalan Ketuhanan.  

Sebagaimana Rasul memimpin sahabah untuk mencapai nilai2  Tauhid dan Ikhlas yang hakiki, demikianlah para Shaikh memimpin ummat pada jalan Ketuhanan bagi maksud yang sama. 

Tetapi....

Hendaklah dipastikan Shaikh itu benar2 seorang Shaikh yang menepati syarat2 Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Jalan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (yang benar)  ini telah dipelopori oleh Sahabat Khulafa Ar-Rasyidin dan kemudian diberi nafas baru oleh Auliya Allah ternama seperti:

Ibnu Abbas
Ibnu Umar
Imam Hassan Al Basri  
Imam Jaafar Siddiq
Imam Sufyan Ath-Tahwri 
Imam Abu Hanifah 
Imam Malik
Imam Shafie 
Imam Hambali 
Imam Junaid Al-Baghdadi 
Imam Jilani, Imam Ghazali 
Imam Ibnu Arabi 
Imam Sazili 
Imam Ibn Atho'Illah
Imam Sayuthi
Imam Ibn Hajar Al Haitami 
Imam Rofie 
Imam Nawawi
Imam Al Haddad dan lain2nya yang seangkatan dengan mereka.....  
Moga Allah Ta'ala meredhai mereka semuanya.  

Inilah Imam2 yang WAJIB kita jadikan neraca dan contoh tauladan bagi menentukan suatu kebenaran atau kepalsuan sepanjang jalan ummat ini. 


Awasilah dari terikut2 dengan mereka yang menyamar sebagai Ahlus Sunnah dari kalangan Wahhabiyyah @ Najdiyyah @ Mujassimah @ Khawarij dan seperti mereka. Demikian juga jauhi dari golongan2 keruhanian ilmu kebatinan sesat,  Golongan Falsafah Asmaul Husna tersesat dan Sufi Palsu.  Mereka ini hanyalah hasil tipu daya Iblis untuk memesongkan dari jalan kesucian Allah dan Rasul-Nya. 



IKHLAS PADA TINGKATAN TAUHID LEBIH TINGGI

🍁Ikhlas pada tingkatan Tauhid Asma', Tauhid Sifat dan Tauhid Zat, Ikhlas Arifin tidaklah dibincangkan di sini kerana ianya sangat rumit dan tak sesuai pada forum umum.  

🍁Jika kalian dapat memahami Ikhlas pada TAUHID Af'al dan kemudian bersungguh2 mujahadah menurut syarat2nya sehingga dapat mencapai ikhlas yang murni itu, maka ini terlebih tinggi nilainya dari dunia dan seisinya. Ikhlas peringkat2 lebih tinggi akan nyata dengan sendiri apabila seseorang sampai destinasinya. 


Wallahu A'lam






SUMBER:

SIRI RENCANA PILIHAN : IKHLAS
Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 


&


NOTA KULIAH





 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...