MAJLIS TAHLIL

BIMBINGAN BERSIRI  : PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Kemusykilan 5:

Majlis Tahlil Arwah.



JAWAPAN:

Menurut pegangan Ahlus-Sunnah, mengadakan Majlis Tahlil arwah perkara yang sangat baik sebagai pertolongan kepada si mati.



Definisi Tahlil:


Definisi sudut bahasa:


Tahlil  berasal  dari  kata  halala ( هَلَلَ  ), hallala ( هَلَّلَ ),   yuhallilu ( يُهَلِّلُ ) , tahlilan  ( تَهْلِيْلاً) yang membawa makna  "Pengisytiharan  Suatu yang Agung",   "Pujian Keagungan Terang ", "Isytiharkan Penyembahan Kepada Yang Esa",  "Tegaskan pengakuan Tiada Tuhan Melainkan Allah",  "Pengisytiharan Kalimah Tauhid".


Definisi pada istilah:

Tahlil adalah berzikir Kalimah Tauhid "La Ilaha Illallah" (لا اله الا الله ), iaitu mengulang-ulang  Zikir tersebut dengan cara  Jihar (keraskan suara), sama ada zikir seorang diri atau beramai-ramai berjamaah,  atau juga Zikir kalimah Tauhid itu di dalam hati.  Semua ini terhitung di dalam makna  Tahlil. 


Tujuan Majlis Tahlil:


Lazimnya Majlis Tahlil diadakan untuk tujuan berikut:


(1) Kesyukuran atas kejayaan.

(2) Mohon doa keselamatan.

(3) Doakan keampunan kepada Allah untuk arwah-arwah yang telah kembali kepada Allah.

(4) Mohon Limpahan Rahmat Allah secara umum kepada sekalian orang beriman. 


Pengisian di dalam Majlis Tahlil:


1.  Di dalam Majlis Tahlil, orang beriman  berkumpul dan berzikir ramai-ramai Kalimah La-Ilaha Illallah dengan suara yang keras.  Adakah dalil bagi pekerjaan ini?  Bahkan.   Dalilnya cukup banyak sebagaimana yang telah dipaparkan di dalam Risalah ini. 


2.  Majlis Tahlil lazimnya dimulai dengan Surah Al-Fatihah... maka sesuailah mengambil barakah dengan nama "Pembukaan" bagi Suratul Fatihah menurut Hadith Rasulullah ﷺ.


3. Setelah bacaan Suratul Fatihah, disambung dengan Surah-surah Muawwizat dan Ayatul Kursi...  Ayat Qur'an ini  telah disebut oleh Rasulullah  ﷺ  sebagai Ayat-Ayat perlindungan dari gangguan jinn Syaitan. 


3. Lazimnya disertakan bacaan Surah Yasin.  Kelebihan Surah Yasin telah sedia maklum oleh semua orang Islam.


4. Setelah selesai Zikrullah,  Majlis ditutup dengan doa keselamatan, kebaikan serta permohonan limpahan Rahmat Allah untuk tuan rumah dan sekalian yang hadir, bahkan juga kepada sekalian masyarakat yang menghuni di sekelilingnya.  


5.  Jamuan dihidangkan kepada hadirin.  Ayat Qur'an dan Hadith Nabi yang menyuruh beri makan kepada manusia amat banyak sekali, tak perlu lagi dipertikaikan kebenarannya.


Inilah amalan lazim di dalam satu Majlis Tahlil. 


Cuba perhatikan... 

Bukankah semua pekerjaan tersebut adalah amalan terpuji dan di-Redhai Allah? 

Bukankah berkumpul ramai-ramai mendirikan Zikrullah,  Bacakan Solawat atas Junjungan, Baca Al Qur'an, Doa Keselamatan, Berikan makanan pada orang ramai, Silatur-rahim... bukankah  semua ini amal soleh yang dituntut dan di-Redhai Allah? 


Wallahu A'lam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...