Sabtu, 7 Disember 2024

BUTA MATA HATI

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


PENYEBAB KEBUTAAN HATI


🕌Firman Allah :

وَمَن كَانَ فِى هَـٰذِهِۦٓ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلًۭا ٧٢

[Al Isra'(17) : Ayat 72]

"Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta pula dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)".


Yang dimaksudkan dengan buta di bumi adalah buta hati, sebagaimana: 

🕌Firman Allah :

 فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى ٱلْأَبْصَـٰرُ وَلَـٰكِن تَعْمَى ٱلْقُلُوبُ ٱلَّتِى فِى ٱلصُّدُورِ ٤٦

[Al Hajj (22) : Ayat 46]

"Kerana sesungguhnya bukanlah mata  itu  yang buta, ialah hati yang di dalam dada."

Penyebab kebutaan HATI adalah kerana LUPA yang menutupi hati setelah manusia berjanji kepada Allah di alam 'Arwah' / alam Roh

Yang menjadi penyebab LUPA adalah BODOH terhadap hakikat urusan ketuhanan.

KEBODOHAN ini timbul kerana hati diselubungi oleh sifat-sifat zalim seperti:

📍sombong

📍dendam

📍dengki

📍kikir

📍'ujub

📍dll sifat yang tercela

Sifat-sifat inilah yang mengakibatkan manusia jatuh ke jurang yang terendah. 

Tidak ikut Jalan Ma'rifat - akan kekal JAHIL - buta Mata Hati

Allah telah tunjukkan jalan - lakukanlah sungguh2

Mata Hati Ain Basirah ) - pembuka kepada Ketuhanan 

AINUL YAQIN akan dapat apabila terbuka Mata Hati

📌Pesanan Yang Dimuliakan Tuan Guru kepada kami semua  (Peringatan untuk diri sendiri terutamanya) : selepas beri Bai'at - Zikir sungguh2 - patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh para Masyaikh dan juga ikutlah adab.

ADAB@PAGAR adalah peraturan zahir dan batin yang meliputi akhlak manakala DISIPLIN hanya fokus kepada zahir sahaja.

“Pagar” yang melindungi tanaman.

Analoginya:

Tanaman yang buahnya lebat, manis tetapi tidak dipagar akan musnah kerana serangan binatang/haiwan seperti orang yang kuat ibadat tetapi tidak ada ADAB.



Wallahu A'lam


SUMBER:

SIRRUL ASRAR - As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jaliani

NOTA KULIAH





    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...