بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kemusykilan dan Jawapan=====================
Susunan
Shaikh Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
Mengapakah perlu rujuk kitab Ulama Mu'tabar untuk amalkan Zikrullah?
Bukankah mudah saja amalkan ikut Qur'an dan
Hadith sahaja?
JAWAPAN
Ungkapan2
berikut ini sudah lama tersebar di kalangan Ummat Islam, iaitu sejak bangkitnya
doktrin wahhabiyyah / najdiyyah / kaum muda di Arab Saudi pada kurun ke-12
Hijriyyah.
"kami rujuk
Al-Qur'an dan Hadith saja, kami tak rujuk kitab Ulama"
"Ikut Qur'an dan
Hadith saja selamat kerana Ulama banyak silap"
"Ikut terus Rasulullah dan sahabat saja, jangan
ikut Ulama"
Semua
jenis ungkapan ini hanya menunjukkan kejahilan mereka di dalam memahami Agama.
Mereka tertipu dengan khayalan mereka sendiri kerana yang sebenarnya mereka
semua mengikut Ulama ; sejak lahir sampai mati.
Semua
orang Islam memerlukan Ulama untuk menunjukki mereka jalan lurus / jalan
kebenaran. Semua orang Islam memerlukan
Ulama untuk mengetahui hukum-hakam Agama, tahu berkenaan halal haram, tahu
berkenaan Ketuhanan dan rukun Iman dan cabang2nya, tahu cara2 mengerjakan
Ibadah, muamalah dll urusan kehidupan.
Tanpa Ulama, tak mungkin mereka amalkan Islam, bahkan mereka akan
tinggal di dalam kefasikan atau kekafiran.
Wal Iyazubillah.
Belum
faham? Baca seterusnya....
Pertama :
Bagaimanakah kamu mengerjakan solat?
Bukankah kamu merujuk
kitab Ulama?
Bagaimanakah kamu
berpuasa, zakat dan haji? Bukankah kamu
merujuk kitab Ulama?
Bagaimanakah cara kamu nikah kahwin, jima' dengan
isteri menurut ketentuan Hukum?
Bukankah kamu merujuk kitab Ulama?
Kedua :
Setiap
amal ibadah di dalam Islam mempunyai Hukum, Syarat, Peraturan, Kaifiyyat (cara)
dan Adab2 yang tersendiri... BUKAN
diamalkan sesuka hati atau mengikut nafsu.
Misalnya solat mempunyai Syarat, Rukun, dan adab2nya yang
tersendiri. Demikian juga Puasa, Zakat,
Haji, Nikah kahwin, jual beli dll semuanya ada peraturan, syarat dan adab2nya
masing2.
Dari manakah
datangnya semua macam hukum-hakam, peraturan, syarat dan adab2 ini?
Siapakah
yang menyusun semua perkara ini?
Misalnya:
Siapakah yang menyusun
rukun 13 di dalam solat dan rukun mengambil wudhu?
Siapakah yang menyusun
syarat Haji, wajib Haji?
Siapakah yang menyusun
peraturan dan syarat2 zakat?
Siapakah pula yang menyusun hukum tajwid, cara-cara menyebut huruf satu persatu sehingga kamu dapat membaca Al-Qur'an dengan tepat menurut kehendak Allah ?
Bukankah semua ini diterangkan oleh Ulama Mu'tabar di dalam
Kitab2 mereka?
Tidakkah
kamu merujuk Kitab Ulama bagi mengetahui syarat, peraturan, cara2 dan adab2
ketika amalkan suatu ibadah atau muamalah?
Ketiga :
Setiap
suatu pekerjaan dalam kehidupan ini mempunyai pakarnya. Manusia mempelajari suatu daripada pakarnya.
Hamba2
Allah yang pakar dan Arif di dalam hal Ehwal Agama adalah Mursyid Pewaris Nabi
yang siddiq. Mereka mewarisi Nabi zahir
dan batin. Di kalangan Mursyid Pewaris
Nabi yang siddiq, terdapat Mursyid2 yang di-Kurniakan Ilmu yang tinggi sehingga
layak menjadi Mujtahid, iaitu mereka yang layak istimbat hukum
dari Al-Qur'an dan Hadith. Merekalah yang mahir mengetahui syarat, peraturan
dan adab2nya serta rahsia2 halus yang berhubung dengan Ketuhanan. Mereka
mengambil dalil2 Al-Qur'an dan Sunnah lalu menyusun sekalian peraturan, syarat,
rukun dan adab2 bagi setiap Ibadah di dalam Agama bagi memudahkan orang Islam
mengamalkannya dengan sempurna zahir dan batin menurut Kehendak Allah
Ta'ala.
Maksud
di sini tanpa merujuk kepada Ulama Mujtahid, iaitu merujuk kitab2
mereka, siapa pun takkan mampu melakukan apa jua ibadah. Bahkan mereka akan
hidup di dalam kekafiran kerana tidak
mengetahui Rukun Iman, Syarat2 Iman dan penjelasan2 berkenaan Tauhid.
Persoalan 2 :
Kitab
Ulama yang mana menjelaskan Bab Zikrullah?
JAWAPAN
Sekalian
Fatwa Ulama Mu'tabar berkenaan hukum-hakam Agama dan fatwa2 mereka terhimpun di
dalam kitab2 mereka mengikut disiplin ilmu masing2 yang tersendiri. Misalnya Ilmu berkenaan solat, puasa, zakat,
haji, muamalah, nikah kahwin, da'wah, hudud, ta'zir, qisas, pemerintahan negara
dll dihimpunkan ke dalam kitab Fiqh. Ilmu berkenaan Ketuhanan dan KeRasulan dan
keseluruhan rukun Iman dihimpunkan ke dalam Ilmu Usuluddin. Ilmu berkenaan hati, penyakit hati, syirik
khafi, mazmumah, nafsu2 jahat dan cara2 sucikan hati semuanya dihimpunkan ke dalam
Kitab Tasawwuf.
Apabila
seseorang ingin mengetahui sesuatu hukum dan cara2 melaksanakannya maka wajib
baginya merujuk kitab2 Ulama menurut bidangnya masing2.
Di dalam
hal yang dibincangkan sekarang "Zikrullah" dijelaskan oleh Ulama Mujtahid
di dalam Kitab Tasawwuf. Ilmu Zikrullah
ini tidak dihuraikan di dalam kitab Fiqh atau kitab Usuluddin atau kitab Hadith
atau kitab2 lainnya.
Ulama Mujtahid
telah melakukan ijtihad menghimpunkan sekalian hal ehwal berhubung
dengan Zikrullah, peraturannya, syarat2nya dan cara2 melaksanakan
"Zikrullah", di dalam kitab Tasawwuf / Toriqat. Dengan demikian mereka yang ingin mengetahui
dasar2 Zikrullah dan huraiannya wajib merujuk Kitab Tasawwuf / Toriqat. Bukan merujuk kitab yang tiada mengena dengan
Zikrullah lalu membuat andaian dan "fatwa" sendiri. Ini kebinasaan.
Persoalan
3 :
Mengapakah
dilarang tafsir sendiri Al-Qur'an dan Hadith dan mengapakah diperintah mengikut
Tafsir / Ta'wil Ulama Mu'tabar dan fatwa2 mereka sahaja?
JAWAPAN
Al-Qur'an
dan Hadith Rasulullah ﷺ adalah dua gedung
Ilmu yang amat besar, lautan yang tidak bertepi, khazanah keilmuan yang tidak
akan kering ilmunya sampai Qiamat. Setiap ayat Qur'an dan Hadith mempunyai
makna2 yang zahir dan juga yang tersembunyi.
Sebahagian besar Perintah Allah dan Rasul-Nya memerlukan tafsiran atau
takwilan, tak mungkin difahami oleh orang awam. Tafsiran bagi setiap ayat
Qur'an atau Hadith hanya difahami oleh
Ulama Mujtahid. Dengan demikian
orang yang belum sampai kepada taraf Mujtahid, diharamkan mentafsir Al-Qur'an
atau Hadith Nabi.
Mereka
yang dikatakan Ulama Mujtahid adalah Ulama Mu'tabar yang sudah sampai
keilmuan yang amat tinggi sehingga layak mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith
Nabi. Mereka mahir di dalam setiap ilmu
Syari'at — hafal Qur'an, hafal 300,000 Hadith, mahir di dalam ilmu tafsir,
mahir di dalam mustolah Hadith, mahir di dalam ilmu nahwu, sarf, mantiq, bayan,
badi', sirah dll. Mereka juga sudah mencapai keilmuan tinggi pada sisi Ma'rifat
— mengenal Allah dengan sesungguhnya serta di dalam pimpinan ruhaniyah
Rasulullah ﷺ.
Mereka hanya mentafsir Al-Qur'an dan Hadith menurut Kehendak Allah,
BUKAN menurut kehendak peribadi, BUKAN kerana turutkan nafsu, BUKAN bisikan
Iblis, BUKAN menurut kemahuan pemerintah atau lainnya.
Hal demikian berbeza sama sekali dengan “ulama dunia” atau "ulama as-su" atau "ulama fasiq" dari "ulama sesat" dari kalangan Wahhabiyyah (khawarij), mujassimah, mu'tazilah, jabariyyah dan lain-lain.... yang mentafsirkan Al-Quran dengan aqal pemikiran sendiri atau bisikan nafsu atau Syaitan sedang mereka tidak menyedarinya.
Wallahu A'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan