INGAT ALLAH TERUS-MENERUS DI DALAM HATI
Penyusun:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ
وَالْمَعْرِفَة
وَالْاِسْتِقاَمَةَ عَلَى الشَّرِيْعَةِ وَالطَّرِيْقَةِ رَسُولِ اللهِ
صَلَّى اَللّه عَلَيهِ وَسَلَّم
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أَغْلَقَ الْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ اَلنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ
الْهَادِي
إِلَى صِرَاطِكَ الْمَسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمٌَ
Akhir2
ini terjadi kontroversi di kalangan Ummat Islam berhubung dengan "Zikir
Allah Allah" akibat dari "fatwa" seorang bergelar
"mufti" dan seorang lagi bergelar "profesor". Kata kedua orang ini dan juga pengikut2 buta
mereka:
"Zikir Allah Allah
tiada dalil",
"Zikir Allah Allah
tiada faedah",
"Zikir Allah Allah
tak pernah diamalkan oleh Ulama",
"Zikir Allah Allah
tak ada makna apa2 dan sia2",
dan lain2 ungkapan2
sepertinya.
Satu
masa dahulu golongan ini sangat galak menuduh sambutan Maulid Nabi, Majlis
Tahlil, Zikir Jihar (kuat), Tasawwuf, Toriqat Rasulullah, Ziarah Kubur, Ziarah
Maqam Rasulullah, dan lain2 sebagai bid'ah sesat. Kini mereka datang dengan dakyah baru,
mempertikaikan Zikir Allah Allah.
Anehnya
kali ini mereka tidak lagi melempar istilah "bid'ah sesat" seperti
tradisi dakyah mereka. Barangkali ini
strategi baru, kerana strategi lama mengundang kecaman Ummat Islam. Orang2 yang sewenang2 melemparkan tuduhan
sesat, khurafat, bid'ah sesat kepada amal ibadah Ahlus Sunnah sudah terkenal
sebagai golongan Kaum muda / Najdiyyah / Wahhabiyyah / Khawarij moden, maka
barangkali ini strategi baru... menyerang amal ibadah Ahlus Sunnah dengan
istilah2 lain supaya mereka boleh sembunyikan “kuku” kejahatan mereka.
Apa yang
jelas serangan mereka terhadap Ahlus Sunnah kali ini benar2 memperlihatkan
kebodohan mereka, bahkan ini kebodohan melampau. Mereka "menggali
kubur" sendiri apabila mereka mempertikaikan " Zikir Allah
Allah" kerana "Zikir Allah Allah" itu pada hakikatnya adalah
"Zikrullah", iaitu Zikir mengingat Allah di dalam hati terus-menerus.
Dan ini merupakan Perintah Allah dan Sunnah Agung Rasulullah ﷺ yang tiada sebarang pertikaiannya. Ini bermakna tanpa disedari
mereka telah menentang Allah dan Rasul-Nya.
Masih keliru?
Perhatikan
sekali lagi. Sama ada kamu menyebut
perkataan "Zikir Allah", atau
kamu sebut "Zikir Allah Allah", atau "Zikir Allah Allah
Allah" atau kamu panjangkan lagi seberapa banyak pun kamu mahu,
pengertiannya tetap sama saja kembali kepada maksud yang satu.... ZIKRULLAH...!
Apabila
disebut "Zikrullah", maksudnya adalah " Zikir akan Allah"
atau "mengingat Allah di dalam hati
berulang2" atau dikatakan "kamu ingat Allah terus-menerus tanpa
putus". Inilah konsep Zikrullah
yang dipegang oleh Ahlus Sunnah, yang menjadi pegangan dan amalan berkurun lamanya
sejak Zaman Rasulullah, turun temurun sampai ke saat ini dan terus-menerus
diamalkan oleh Ummat Islam seluruh dunia.
Menurut
Ahli Ma'rifat, Kalimat "Allah"
adalah Lafzul-Jalalah, Kalimat Maha Agung, Kalimat Maha sempurna,
Kalimat Maha Tinggi, Kalimat Maha Suci….
Kalimat yang membukakan pintu2 Tauhid, pintu Hadratul-Quddus dan Mukasyafah.
2.0 Fakta-Fakta Penting Zikir Allah Allah
Berikut adalah Fakta2
penting berhubung dengan Zikrullah, iaitu Zikir Allah Allah atau maksudnya
: Ingat Allah terus-menerus di dalam
hati.
Fakta 1: Perintah Allah yang Mutlaq
Allah Ta'ala Perintahkan
orang beriman supaya Zikir kepada Allah dengan Zikir yang sebanyak2nya, ertinya
Ingat Allah di dalam hati tanpa putus dan ini perintah wajib. (Akan datang penjelasan)
Fakta 2: Ingat Allah terus-menerus di dalam
hati
Menurut pendirian Ahlus
Sunnah, yang dikehendaki dengan "Zikrullah" atau "Zikir Allah
Allah" adalah : "mengingat
Allah terus-menerus di dalam hati".
Fakta 3: Tanda Mu'min
Telah ijma' Ulama bahawa di antara tanda2 orang beriman adalah melakukan Zikrullah yang banyak, sedangkan orang yang malas berzikir atau sedikit zikirnya adalah tanda2 kemunafikan.
Wal
Iyazubillah.
Fakta 4:
Tradisi Ahlus Sunnah turun-temurun
Berdasarkan kenyataan
sejarah, sekalian Ahli Silsilah Rasulullah ﷺ amalkan Zikir Allah Allah, selain daripada
Zikir La Ilaha Illallah serta
zikir Asma’ Allah yang lain.
Fakta 5: Zikir Allah Allah — Ibadah Teragung
Zikir Allah Allah, ingat
Allah di dalam Hati terus-menerus merupakan Ibadah teragung kerana selain dari menjadi
Ibadah yang tersendiri, ia meresap ke
dalam setiap Ibadah dan menjadikannya "hidup". Ibadah yang tiada zikir (ingat Allah Allah)
di dalamnya adalah Ibadah yang kosong hampa, tiada nilai di sisi Allah.
Fakta 6: Orang yang Zikir Allah orang yang
hidup
Orang yang berzikir Allah
adalah orang yang hidup (hatinya hidup menghadap Allah) sedangkan orang yang
lalai dari Zikrullah adalah bagaikan orang yang mati (mati hatinya).
Fakta 7: Zikir Allah sucikan hati
Zikir Allah Allah yang
teguh di dalam hati menyucikan hati
daripada sekalian kekotoran dan kekejian, terutama Syirik khafi dan
sifat mazmumah yang menjadi punca kebinasaan orang islam. Zikrullah adalah penyuci
bagi hati yang telah berkarat dengan dosa2.
Fakta 8: Zikirullah membuahkan khusyu di dalam
Solat
Zikir Allah terus-menerus
menurut disiplin Toriqat / Jalan Ma'rifat akan menghidupkan hati dan menjadikan
seseorang khusyu di dalam Solat.
Telah sepakat Ulama Ahlus
Sunnah, seseorang tidak akan sampai kepada Allah (sampai kepada Tauhid hakiki)
melainkan melazimkan Zikrullah yang banyak menurut disiplin Jalan Ma'rifat.
Fakta 10: Silsilah pengambilan sampai
Rasulullah ﷺ
Fakta ini adalah di antara
hujjah2 terkuat menjadi bukti Zikir Allah.
Sekalian Mursyid, Pewaris Nabi yang hidup masa ini mempunyai Silsilah
pengambilan "talqin Zikir Allah Allah" diterima daripada Gurunya, dan daripada
Gurunya kepada Gurunya sampai kepada Sayyidina Abu Bakar atau Sayyidina Ali
Ridhwanullah dan akhirnya sampai kepada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ
yang Baginda menerima dari Sahbul Wahi Jibril Alahis Salam dan Jibril menerima Perintah Allah Jalla Jalaluh.
Ertinya
khabarnya mutawathir, yang tidak boleh diengkari kerana wujudnya banyak sekali
Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq seluruh dunia, yang terpercaya, dan tak
mungkin mereka berpakat untuk menipu.
Sekalian fakta2 ini akan dijelaskan pada lembaran2
akan datang. In shaa Allah. Baca dengan teliti dan cuba memahaminya.
3.0 Definisi / Pengertian Sebenar Zikir Allah Allah
Di dalam setiap Ilmu Agama, Ta'rif / Definisi adalah
penentu kepada tujuan dan batas sebenar yang dikehendaki dengan ilmu tersebut.
Ulama Ahlus Sunnah telah menentukan Ta'rif dan batas2 ini supaya matlamat ilmu
dan ubudiyyah tercapai. Tanpa menetapkan hal ini, siapa sahaja akan bercakap,
berbahas dan menghujjah mengikut selera nafsunya.
Definisi
Zikrullah pada sudut Bahasa :
Zikrullah
terdiri dari dua rangkai kata :
"Zikir" dan
"Allah", maka keseluruhan pengertiannya adalah : Ingat Allah.
Definisi
Zikrullah pada sudut Istilah :
Zikirullah
adalah mengulang2 Kalimah "Allah"
atau Kalimah "La Ilaha
Illallah" atau Asma' Allah (nama2
Allah yang Maha Agung dan Indah2) yang
lain dengan lisan berserta ingatan kepada Allah di dalam HATI. Atau
Semata2 mengingat Allah di dalam HATI terus-menerus.
Perhatian :
Orang
yang melafazkan Kalimat Zikir dengan lidah tetapi hatinya lalai, tidak
mengingat Allah, maka tidaklah dinamakan Zikrullah.
Zikir Hasanah :
ZIkir Hasanah adalah
Zikrullah yang dilaksanakan tanpa sebarang kaifiyyat (cara), syarat dan adab
tertentu. Ini adalah cara orang awam
berzikir, iaitu tanpa peraturan khusus.
Orang yang mengerjakan Zikir umum ini akan memperoleh pahala tetapi
TIDAK meningkat Iman / Tauhid / Taqwanya.
Zikir Darjat :
Zikir Darjat adalah Zikir
yang mempunyai kaifiyyat (cara), syarat, peraturan dan adab2 tertentu
sebagaimana diterima dan diwarisi daripada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ oleh sekalian Imam2 Ahlus Sunnah
secara mutawatir. Zikir seperti ini (yang dilaksanakan dengan
kafiyyat dan syarat2- nya) akan membawa kepada kesucian hatinya, meningkatkan
TAUHID / IMAN / TAQWA seseorang. Ia akan
diKurniakan oleh Allah kefahaman yang mendalam tentang Agama, dia akan menjadi
lebih khusyu di dalam solatnya serta
memperoleh ketenangan di dalam seluruh kehidupannya. Inilah Zikir yang dituntut ke atas setiap
orang beriman.
Fokus
penting di sini yang kita ingin bincangkan adalah :
Dari definisi Zikrullah
kita faham : Yang dikehendaki dengan
"Zikir Allah Allah" adalah "Zikrullah", iaitu
"mengingat Allah di dalam hati terus-menerus tanpa putus". Atau dikatakan : Mengulang2 Kalimat
"Allah" di dalam hati terus-menerus.
Dan ini perintah Allah yang wajib sebagaimana akan datang penjelasannya.
Dengan demikian,
sebagaimana kami terangkan pada awal risalah, hal ini bukan suatu yang pelik
atau baru kerana Zikrullah atau Zikir Allah Allah adalah Tradisi Ahlus Sunnah
turun-temurun, mulai daripada Rasulullah ﷺ,
kemudian dilanjutkan oleh para Sahabat, kemudian Tabiin, kemudian Tabiit
Tabiin, kemudian Imam2 Ahlus Sunnah sampai ke saat ini masih terus diamalkan
oleh sekalian pendokong Ahlus Sunnah.
Bahkan,
Zikrullah bukan suatu yang bersifat sampingan tetapi sebagai kewajipan setiap
orang beriman sehingga dikatakan orang yang berzikir dengan zikir yang banyak
adalah sebenar orang beriman sedangkan orang yang malas berzikir adalah
menunjukkan wujudnya sifat munafiq di dalam hatinya atau dikatakan : Hatinya
hampir mati akibat karat kekufuran dan kekejian. Wal Iyazubillah.
Jika
kamu memahami hakikat ini, maka semua
kekeliruan yang cuba dibangkitkan oleh Golongan jahil dapat dihapuskan.
4.0 Dalil Al-Qur'an Memerintah Zikir Allah Allah
Dalil 1 : Firman Allah Ta'ala :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ
ذِكۡرً۬ا كَثِيرً۬ا
"Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah Allah dengan ingatan
serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.”
[Al-Ahzab
(33) : ayat 41]
Berkata Ibn Abbas Radiallahu‘anhu :
"Allah Ta'ala tidak
mewajibkan atas hamba-Nya hal-hal yang fardhu, kecuali yang telah diketahui olehnya. Dan orang yang
meninggalkan fardhu-fardhu tersebut
kerana alasan tertentu boleh dimaafkan,
kecuali Zikrullah. Zikir kepada
Allah tidak memiliki batas, dan tidak ada alasan bagi seseorang untuk meninggalkannya kecuali
dia kehilangan aqal. Manusia diperintahkan untuk berzikir kepada Allah dalam
segala kesempatan."
[Tafsir
Ibnu Abbas}
Kata Imam Ibnu Jarir At-Tabari Radhiallahu
anhu :
"Maksud ayat ini
adalah, wahai orang-orang beriman, sebutlah Allah dengan hati, lidah, dan tubuh
kalian dengan sebutan yang banyak. Janganlah tubuh kalian berhenti dari
berzikir kepada-Nya menurut kesanggupan kalian."
[Tafsir
Tabari]
Kata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu :
"Orang yang banyak
berzikir kepada Allah itu adalah panggilan untuk seseorang yang berzikir secara
tulus ikhlas dari hatinya, sedangkan orang yang sedikit berzikir (kepada Allah)
adalah orang yang memiliki tanda2 orang munafiq. Kerana dia hanya berzikir
dengan lisan dan bertujuan untuk dilihat oleh orang lain sahaja."
[Tafsir
Qurtubi]
Kata Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya
Radhiallahu anhu :
"Ya anakku, adapun hukum Zikir Allah itu adalah
wajib, seperti Firman Allah di dalam Surah Al-Ahzab, ayat 41."
[Risalah
Ma'rifat ; bab Zikrullah]
Penjelasan
:
(1)
Perintah Allah di atas menyuruh orang2 beriman Zikir Allah dengah Zikir yang
banyak. Zikir yang banyak bermaksud tiada had atau batas dan diperintah terus-menerus
di dalam semua keadaan.
(2) Ayat
ini perintahkan Zikrullah, ertinya Zikir ingat Allah, sama ada dengan lisan
(berserta ingatan di dalam hati akan Allah) atau semata2 Ingat Allah di dalam
hati.
(3)
Perintah Allah ini menyebut Zikir kepada Allah dengan zikir yang banyak,
ertinya apa saja lafaz Zikir yang membawa ingat kepada Allah. Sama ada kamu
zikir dengan Ismuz-Zat, iaitu "zikir Allah" atau "La-ilaha-Illallah" atau kamu berzikir dengan ismus-Sifat, iaitu
Sifat Allah dengan menyebut Asma Allah yang Maha Sempurna, seperti : Ya Latiff, Ya Qahhar, Ya Hayyu Ya Qayyum
dll. semuanya menuju kepada hakikat Zikrullah, iaitu ingat Allah terus-menerus.
(4)
Daripada Tafsiran Ibnu Abbas yang tersebut tadi, kita memahami adalah wajib
atas setiap orang beriman melakukan Zikrullah dengan sebanyak2nya dan di dalam
semua keadaan. Bagaimanakah cara menyempurnakan kewajipan ini?
Pertama
: Diperintah berzikir sebanyak2nya
Kedua
: Diperintah Zikir di dalam semua
keadaan. (ertinya ketika berjalan,
duduk, berbaring, ketika makan minum, ketika bekerja cari rezeki... bahkan
semua keadaan)
Apakah
mungkin seseorang mampu berzikir dengan zikir yang banyak dan pada masa yang
sama dilakukan di dalam semua keadaan?
Kedua2
ini tak mungkin dilakukan oleh seseorang melainkan dengan Zikir khafi,
iaitu Zikir Allah Allah di dalam hati atau maksudnya : Ingat "Allah"
terus-menerus di dalam hati. Ini bermakna Zikrullah yang diwajibkan atas setiap
orang beriman adalah Zikir Allah Allah di dalam hati.
(5)
Menurut keterangan Ulama di atas juga, kita dapat faham ayat Allah ini berikan
isyarat bahawa di antara tanda2 orang beriman dengan keimanan yang benar adalah
dia melakukan Zikrullah dengan zikir yang banyak sementara orang berzikir
sedikit atau malas berzikir adalah tergolong ke dalam orang yang mempunyai
sifat munafiq.
Dalil 2 : Firman Allah :
وَٱذۡكُر رَّبَّكَ فِى نَفۡسِكَ تَضَرُّعً۬ا وَخِيفَةً۬
وَدُونَ ٱلۡجَهۡرِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡأَصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ
ٱلۡغَـٰفِلِينَ
"Dan ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan
merendah diri serta dengan perasaan takut dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada
waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang
lalai."
[Al-A'raf
(7) : ayat 205]
Kalam
Allah ini hampir serupa seperti Wahyu pertama yang memerintah : Sebut atau
ingat Tuhan mu...!
Apakah nama bagi
Rabb (Tuhan ) yang disuruh ingat / zikir padanya?
Apakah nama Paling Agung bagi Tuhan yang menciptakan ?
Nama Paling Agung atau disebut Ismul A'zhom
iaitu "Allah" ...!
Maksud keterangan di sini :
" Zikirlah
Allah di dalam hati terus-menerus.
Berkata Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu anhu
(Mujaddid kurun ke-6 Hirriyyah):
"Berdasarkan ayat
205 al-A’raf ini, Rasulullah ﷺ (dan Ummat
Baginda) diwajibkan berzikir dalam
hati (senyap —tanpa suara)
dengan ingatan Allah, Allah, Allah terus-menerus sepanjang waktu siang dan
malam. Kalimat ini
" بِٱلۡغُدُوِّ
" mewakili seluruh waktu
siang dan kalimat " وَٱلۡأَصَالِ "mewakili
seluruh malam".
[Tafsir Al-Kabir / Tafsir Ar-Razi]
Berkata Imam Ibn Jarir At-Tabari Radhiallahu
anhu :
"Kata Mujahid,
Ertinya adalah : Perintahkanlah kepada mereka (orang beriman) agar berzikir
kepada Allah di dalam dada (hati) dengan sikap merendahkan diri dan perasaan
dan takut. Kata Hasan bin Yahya : Allah
berfiman, "Jika hamba-Ku mengingat-Ku di dalam dirinya, maka Aku
mengingatnya di dalam diri-Ku. Jika hamba-Ku mengingat Aku sendirian, maka Aku
mengingatnya dalam kesendirian-Ku. Jika dia mengingat-Ku dalam kelompok, maka
Aku mengingatnya dalam kelompok yang lebih baik dan lebih mulia dari
mereka."
[Tafsir
At-Tabari]
Berkata Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Radhiallahu
anhu :
"Ya anakku, difahamkan pada ayat ini menyuruh
oleh Allah (Zikrullah) dan akhirnya menegah daripada lalai. (lalai dari Zikir
Allah) Adalah zikir khafi itu wajib sepenuh masa."
[Risalah
Ma'rifat : bab Zikrullah]
Berkata Ibnu Kathir Radhiallahu anhu :
"Allah Memerintahkan agar Dia diZikirkan (ingat
Allah) lebih banyak pada waktu pagi2 dan petang2"
[Tafsir
Ibnu Kathir]
Dari kitab Tafsir Jalalain :
"Dan zikirlah kepada
Allah di dalam diri kamu (hati kamu), iaitu secara senyap dan di dalam keadaan
takut rendah diri."
[Tafsir Jalalain]
Dalil 3
: Firman Allah :
وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلۡ إِلَيۡهِ
تَبۡتِيلاً۬
"Zikirlah akan nama Tuhanmu dan renunglah kepada-Nya
dengan sungguh² renungan (muraqabah)."
[Al-Muzammil
(73) : ayat 8]
Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu :
"Perintah Allah ini
juga bermaksud ingat kepada Allah (Zikrullah) dan ingat kepada Ke-Esaan-Nya.
Dan ikhlaslah di dalam solat, doa dan setiap ibadah yang kamu kerjakan."
[Tafsir Ibnu Abbas]
Berkata Imam At-Tabari Radhiallahu anhu :
"Allah perintahkan
Rasululullah (dan sekalian orang beriman) : Sebutlah nama Tuhanmu, berdoalah dan ibadah kepada-Nya
dengan penuh ketekunan."
[Tafsir
Tabari]
Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu :
"Sebutlah nama
Tuhanmu dan berdoalah dengan menggunakan nama2-Nya yang Agung (Asmaul-Husna)
dan gunakan seluruh waktumu untuk beribadah kepada Allah dan jangan sekutukan
Allah dengan yang lain."
[Tafsir
Qurtubi]
Berkata Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya
Al-Kholidi Radhiallahu anhu :
"Dan sebut oleh kamu
akan nama Tuhanmu (perintah zikir Allah)
dan renungi olehmu kepada-Nya dengan sebenar2 renungan, ya'ni muraqabah,
bukan fikir aqal."
[Risalah
Ma'rifat : bab Zikrullah]
Berkata Imam Muhaddith Shaikh Thana-Ullah Uthmani Radhiallahu anhu :
"Ketahuilah ayat ini
memerintahkan berulang² menyebut nama Tuhan Yang Maha Agung iaitu zikir
Allah, Allah"
[Tafsir
Mazhari]
Dalil 4
: Firman Allah :
وَلَذِكۡرُ
ٱللَّهِ أَڪۡبَرُۗ
"...dan Zikir Allah itu sebesar-besar ibadah ...”
[Al-Ankabut
(29) : ayat 45]
Dalil 5
: Firman Allah :
وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ بُكۡرَةً۬ وَأَصِيلاً۬
"Dan zikir akan nama Tuhanmu pada waktu pagi dan
petang."
[Al-Insan
(76) : ayat 25]
Dalil 6
: Firman Allah :
وَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا لَّعَلَّكُمۡ
تُفۡلِحُونَ
"Dan
ingatlah akan Allah banyak-banyak (terus-menerus tanpa henti siang
malam), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)."
[Al-Jumu'ah
(62) : ayat 10]
Dalil 7
: Firman Allah :
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن تَزَكَّىٰ وَذَكَرَ ٱسۡمَ
رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ
"Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan
jiwanya, Dan zikir menyebut nama
Tuhannya serta mengerjakan solat.”
[Al-A'la
(87) : ayat 14-15]
ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا
وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ
رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati
Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan
mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai
Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha
Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka."
[Aali
Imran (3) : ayat 191]
Dalil 9
: Firman Allah :
فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِّن ذِكْرِ
ٱللَّهِ أُوْلَـٰئِكَ فِي ضَلاَلٍ مُّبِينٍ
"Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang
keras membatu hatinya daripada zikrullah.
Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata."
[Az-Zumar
(39) : ayat 22]
Dalil 10
: Firman Allah :
يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُلْهِكُمْ
أَمْوَالُكُمْ وَلاَ أَوْلاَدُكُمْ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ
فَأُوْلَـٰئِكَ هُمُ ٱلْخَاسِرُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada
mengingati Allah. Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka
itulah orang-orang yang rugi."
[Al-Munafiqun
(63) : ayat 9]
Penjelasan
umum — Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu :
Kesemua Ayat Qur'an di
atas menunjukkan Perintah suruhan berzikir Allah Allah di dalam hati
sebanyak2nya dan berulang2 tanpa henti.
Mereka yang lalai dari Zikrullah diancam dengan Neraka Wail.
Sama ada ayat2 ini
menggunakan perkataan "Allah" secara jelas ataupun menggunakan
ungkapan ismu Rabbika (nama
Tuhanmu) ataupun menggunakan dhomir
" Hua" semuanya tertuju kepada "Allah".
Sesungguhnya, tiada sebutan lain yang lebih Agung, lebih Mulia dan yang memiliki sekalian kesempurnaan melainkan Kalimat "Allah". Dengan demikian mengulang2 Kalimat Agung " Allah " di dalam hati terus-menerus itulah yang dituntut atas setiap orang beriman.
5.0 Dalil Hadith Memerintah Zikir Allah Allah
Dalil
Hadith 1 : Rasulullah ﷺ bersabda :
مَثَلُ الَّذِيْ يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِيْ لاَ
يَذْكُرُ رَبَّهُ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ
“Perbandingan orang yang berzikir kepada Allah dengan
orang yang tidak berzikir kepada Allah adalah seperti orang yang hidup dan
mati.”
[Imam
Bukhari dan Imam Muslim]
Dalil Hadith 2 : Rasulullah
ﷺ
bersabda :
Dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata, “Rasulullah ﷺ
selalu berzikir Allah (ingat
Allah) pada setiap waktunya.”
[Imam
Bukhari dan Imam Muslim]
Dalil Hadith 3 : Rasulullah ﷺ bersabda :
" Zikir yang tidak
terdengar oleh malaikat pencatat amal ( zikir khafi Allah Allah — senyap di dalam
hati) meng-ungguli atas zikir yang dapat didengar oleh mereka ( zikir Jihar ) sebanyak
tujuh puluh kali ganda. "
[Imam Baihaqi]
Dalil Hadith 4 : Rasulullah
ﷺ
bersabda :
"(Seseorang bertanya
kepada Rasulullah ﷺ) Jihad manakah yang
terlebih besar di dalam memperoleh pembalasan baik (keredhaan Allah) wahai
Rasulullah ? Baginda menjawab,
"Mereka yang paling banyak berzikir mengingat Allah". Dia bertanya lagi, "Siapakah di kalangan
orang berpuasa yang terlebih hebat?
Baginda menjawab, "Mereka yang paling banyak berzikir mengingat
Allah." Kemudian dia bertanya
berkenaan solat, zakat, haji dan sedekah yang mana bagi setiap pertanyaan
tersebut Baginda menjawab, "Mereka
yang paling banyak berzikir mengingat Allah".
[Imam
Ahmad]
Dalil
Hadith 5 : Rasulullah ﷺ bersabda :
لا تقوم الساعة حتى لا يقال في الأرض الله الله
"Tidak akan tiba Qiamat hingga tidak ada yang
mengucapkan di atas bumi (kalimat) Allah, Allah."
[Imam
Muslim]
Dalil Hadith 6 : Rasulullah
ﷺ
bersabda :
"Di bumi terdapat
orang yg menyebut "Allah Allah", kemudian apabila tiada lagi orang yg
menyebut "Allah Allah" maka di saat itulah berlakunya Qiamat.“
[Imam Muslim]
Dalil Hadith 7 : Rasulullah
ﷺ
bersabda :
"Islam tidak akan
hilang sehingga tiada siapa lagi yang menyebut Allah Allah."
[Imam Ibn Abi Dunya]
Dalil Hadith 8 : Rasulullah
ﷺ
bersabda :
"Qiamat tidak akan
dirasakan oleh orang yang meng-ucapkan (kalimat) Allah, Allah."
[Imam Muslim]
"Perlu diketahui
bahawa pada riwayat² tersebut (Hadith zikir Allah Allah) terdapat kesepakatan
pengulangan lafaz Allah (zikir Allah Allah) pada dua riwayat tersebut.
Demikianlah dicatat di dalam seluruh kitab² sahih.”
[Syarah Muslim]
Catitan :
Bahaya Penghinaan kepada Ulama Pewaris Nabi
Beberapa orang profesor menghina Ulama Mu'tabar sebagai "bodoh" kerana mentafsirkan Hadith Nabi di atas dengan makna Zikir Allah Allah. Barangkali budak2 profesor ini lebih hebat daripada Imam Nawawi dan sekalian Mujtahid dan Mujaddid?
Barangkali juga budak2 muda ini tak sedar menghina Ulama Pewaris Nabi
batalkan Iman...? Budak2 ini menyangka
diri mereka sudah menjadi hebat kerana sudah hafal satu dua Hadith Nabi, lalu
sewenang2 berfatwa "ini halal, ini haram, ini bid'ah sesat, ini
khurafat" mengikut nafsu dan
syaitan. Mereka tak sedar mereka sedang
menyeru kepada Neraka Jahannam...!
Berikut
adalah fatwa Ulama Ahlus Sunnah berhubung dengan Zikir Allah Allah. Mereka
adalah Mujtahid dan Mujaddid yang terpercaya sepanjang zaman. Mereka adalah Mursyid Pewaris Nabi yang
siddiq, yang tiada keraguan apa pun terhadap mereka. Mematuhi fatwa Pewaris
Nabi yang siddiq (benar) adalah keselamatan dan menentang mereka membawa
manusia kepada kesesatan, kefasikan dan kekafiran. Wal Iyazubillah.
(1) Toriqat Siddiqiyyah — Sayyidina Abu
Bakr Radhiallahu anhu :
Daripada riwayat yang
sampai kepada Ulama Ahlus Sunnah melalui Silsilah Rasulullah ﷺ, Toriqat yang dinisbahkan kepada Sayyidina Abu Bakr Radhiallahu
anhu adalah Toriqat Siddiqiyyah, mengambil sempena gelaran beliau "
As-siddiq". Zikir yang diterima
dari beliau turun-temurun oleh sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah adalah
"Zikir Allah Allah di dalam hati"
(zikir khafi).
Pada
zaman kemudian, Toriqat yang diamalkan oleh Sayyidina Abu Bakar (dan sekalian
sahabat lain) itu dinamakan Toriqat Naqsyabandiah. Nama "Naqsyabandiah" diambil
sempena nama "Shaikh Bahauddin Shah Naqsyabandi", silsilah Rasulullah
ﷺ yang ke-16. Sebagaimana ditegaskan oleh
sekalian Ulama Mu'tabar, silsilah
Rasulullah ini tidak boleh diengkari kerana khabarnya mutawathir, iaitu
sejumlah besar Ulama Pewaris Nabi meriwayatkan hal yang sama daripada Junjungan
Rasulullah ﷺ sehingga
tak mungkin mereka berpakat untuk berdusta.
Barangsiapa menafikan Toriqat yang sahih dari Rasulullah ﷺ adalah dia
mendustakan Nabi ﷺ, maka batal Imannya.
Wal Iyazubillah.
(2) Imam Besar
Ahlu Sunnah, Imam at-Toriqat wal Haqiqat, Imam Ja'afar As-Siddiq Radhiallahu Anhu :
Beliau adalah cucunda
Rasulullah ﷺ yang ke-5 dari jalur Sayyidina Husain
Radhiallahu Anhu. Imam Ja'afar Siddiq
menduduki posisi Agung sebagai Penyambung Risalah Rasulullah ﷺ, menduduki Maqam Auliya tingkatan tertinggi bergelar
Ghawth.
Imam Ja'afar Siddiq digelar
Imam At- Toriqat Wal Haqiqat
kerana hampir semua Toriqat Ahlus Sunnah yang sahih yang diterima daripada
Rasulullah ﷺ melalui tangan beliau. Salah satu dari
Toriqat yang beliau wariskan adalah zikir asasnya "Zikir Allah Allah"
di dalam hati, yang sekarang ini dinamakan Toriqat Naqsyabandiah.
(Penegasan penting : Imam Ja'afar Siddiq adalah Imam Ahlus Sunnah,
dan bukan Syi'ah (rafidhi). Beliau tiada kaitan dengan dakwaan2 batil Syi'ah
(rafidhi). Imam Ja'afar Siddiq telah
mewariskan sejumlah besar Toriqat dari Nabi ﷺ dan TIDAK ada kaitan apa² pun dengan golongan
syi'ah (rafidhi )
(3) Imam Junaid Al-Baghdadi Radhiallhu anhu :
Beliau adalah Imam Ahlus
Sunnah, Qadhi, Imam Fiqh, Mujtahid dan Auliya Allah yang
ternama, mengajarkan murid² beliau
dengan zikir Allah Allah.
[Rasail Al-Junaid -
Risalah2 kecil Imam Junaid]
(4) Imam
Fakhruddin Ar-Razi Radhiallhu anhu :
Beliau adalah Mujaddid Agung Ahlus Sunnah kurun ke-6
Hijriyyah. Imam Fakhruddin Ar Razi
menyebut :
"Ketahuilah sekalian
manusia, sesungguhnya aku menyebut sepanjang hidupku "Allah" (zikir
Allah Allah). Apabila mati, aku menyebut
"Allah". Apabila disoal
didalam kubur aku menyebut "Allah".
Apabila datang di Hari Qiamat aku menyebut "Allah" . Sewaktu aku mengambil suratan amalan aku
menyebut "Allah". Sewaktu
perhitungan amalan aku menyebut "Allah". Ketika melintasi titian aku menyebut
"Allah". Apabila masuk ke
syurga aku menyebut "Allah" hingga apabila melihat Allah aku juga
menyebut "Allah."
[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]
(5) Imam Ghazali Radhiallahu Anhu :
"Seseorang yang
ingin berzikir hendaklah duduk pada suatu tempat yang sunyi, menutup segala
pancaindera zahir, mencelikkan mata
hati, pendengaran hati, dan dengan itu menjadikan hatinya sebagai wadah untuk
menerima Alam Malakut (Alam keruhanian yang sangat tinggi). Dalam pada
itu hendaklah sentiasa menyebut Allah Allah Allah berterusan dengan hati bukan
dengan lidah."
[Kimiya As-Sa'adah]
(6) Imam
Asy-Sya'rani Radhiallahu Anhu :
"Kami telah menerima
bai'at daripada Guru kami supaya berzikir menyebut lafaz "Allah
Allah" sebanyak 24,000 kali sehari semalam."
[Uhud As-Sughra]
(7) Imam
Ibn Hajar Al-Haythami Radhiallahu Anhu :
Beliau adalah Mufassir,
Muhaddith, Imam besar Mazhab Syafi'e.
Mujaddid kurun ke-10 Hijriyyah, Kata
beliau :
"Amalan tersebut
(zikir La-Ilaha Illallah ) perlu
berterusan sehingga kesan zikir menjiwai dirinya dan pada ketika itu lebih
utama bagi salik zikir "Allah Allah".
[Miftah Al Falah]
(8) Imam
ummah Mufassir, Muhaddith Shaikh
Thana-Ullah Uthmani :
Ketika mentafsir kan Firman Allah : " وَٱذۡكُرِ
ٱسۡمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلۡ إِلَيۡهِ تَبۡتِيلا۬ "
"Zikirlah akan nama
Tuhanmu dan renunglah kepada-Nya dengan sungguh² renungan (muraqabah)" [Al-Muzammil (73) : ayat 8], beliau berkata :
"Ketahui lah ayat
ini memerintahkan berulang² menyebut nama Tuhan Yang Maha Agung iaitu
zikir Allah, Allah."
[Tafsir Mazhari]
(9) Imam Nawawi Radhiallahu Anhu :
"Perlu diketahui
bahawa pada riwayat² tersebut (Hadith zikir Allah Allah) terdapat kesepakatan
pengulangan lafaz Allah pada dua riwayat tersebut. Demikianlah dicatat di dalam
seluruh kitab² sahih.”
[Syarah Imam Nawawi]
(10) Imam Ahmad ibn Muhammad Ibn Atha’illah As-Sakandari Radhiallahu Anhu :
Beliau adalah Pengarang
kitab Hikam dan Guru Besar Syaziliyah berkata :
"Hendaklah kamu
berzikir ismuz-Zat Allah Allah Allah
atau hu, hu, hu di dalam hati tanpa menyebut di
lidah."
[Miftah Al Falah]
(11) Berkata
Muhaddith Ummah, Shaikh Zakariyya Kandahlawi Radhiallahu Anhu :
"Kaedah Zikir
ismuz-Zat (Zikir Allah Allah) adalah mengingat Allah dengan matlamat tiada lain di dalamnya
melainkan Allah sebagai maqsudnya, yang
ditujui dan dicintai. Dengan bentuk
ini, ianya merupakan subjek yang tersembunyi di dalamnya predikat, yang mana menepati secara sempurna akan
syarat² nahwu. (tatabahasa Arab). Bahkan ianya menepati secara sempurna
Kalimat Al-Qur'an :
قُلِ ٱللَّهُۖ ثُمَّ ذَرۡهُمۡ فِى خَوۡضِہِمۡ يَلۡعَبُونَ
[Himpunan Surat²
Muhaddith Maulana Zakariyya Kandahlawi]
(12) Dalil
Terbesar : Mursyid-Mursyid Pewaris Nabi
yang siddiq sedunia
Sesungguh ini adalah
Hujjah teragung untuk menunjukkan kebenaran sekalian Toriqat yang sahih yang
datang daripada Rasulullah ﷺ dan amalan Zikir
Allah Allah atau Zikir mengingat
Allah berterusan di dalam
hati, seperti huraian terdahulu.
Sekalian Mursyid yang
siddiq (benar) yang wujud pada zaman ini
yang mewarisi Ilmu dan keruhanian Rasulullah ﷺ
menjadi hujjah yang tiada tolok bandingnya kerana mereka adalah " Hadith Sahih " yang hidup.
Ertinya diri mereka sendiri (Mursyid yang siddiq yang hidup pada zaman
ini) adalah menjadi bukti kukuh akan
Warisan Rasulullah ﷺ yang dipindahkan dari
satu generasi Masyaikh kepada generasi Masyaikh berikutnya dengan penuh
rahsia, tertib, dan adab disiplin tinggi
sehingga terpelihara kesucian dan keasliannya.
Semua Mursyid yang siddiq
(benar) yang wujud pada zaman ini mempunyai Silsilah Warisan Ilmu Rasulullah ﷺ iaitu mereka mewarisinya daripada Guru
mereka yang juga Mursyid yang siddiq (benar)
dan mereka juga mengambil warisan tersebut daripada Guru mereka yang
Mursyid — begitu bersambung ke atas sehingga menerima warisan daripada
Sayyidina Abu Bakr atau Sayyidina Ali, atau Sayyidina Umar atau Sayyidina
Uthman, ridhwanullah — yang
mereka mewarisinya daripada Junjungan Besar Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ.
Khabar
daripada mereka adalah menempati khabar mutawatir iaitu khabar yang sahih
lagi marfu' (kuat) yang tidak mungkin ada kecelaan atau
kecacatan, jauh sekali daripada pendustaan. Demikian banyaknya Masyaikh Ahlus
Sunnah seluruh dunia, dari berbagai penjuru dunia mewariskan Zikir Allah Allah
ini, maka tidak mungkin mereka berpakat untuk berdusta.
Pada
saat ini, di seluruh dunia terdapat berbagai Silsilah Nabi ﷺ, di antaranya yang sangat terkenal adalah;
(1)
Toriqat Qodiriyyah — dibangunkan oleh Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir
Jilani Radhiallahu anhu.
(2)
Toriqat Naqsyabandiah — dibangunkan oleh Shaikh Bahauddin Shah Naqsyabandi
Radhiallahu anhu.
(3)
Toriqat Ri'faiyyah — dibangunkan oleh Imam Ar-Rifa'ie Radhiallahu anhu.
(4)
Toriqat Junaidiyyah — dibangunkan oleh Imam Junaid Radhiallahu anhu.
(5)
Toriqat Syaziliyyah — dibangunkan oleh Imam Abu Hasan Asy-Syazili Radhiallahu
anhu.
(6)
Toriqat Syattariyyah — dibangunkan oleh Imam Abdullah Syattari Radhiallahu
anhu.
(7)
Toriqat Samaniyyah — dibangunkan oleh Imam Abdul Karim Samman Radhiallahu anhu.
(8)
Toriqat Ghazaliyyah — dibangunkan oleh Imam Ghazali Radhiallahu Anhu
Kesemua
Ulama Pewaris Nabi ini mengamalkan Zikir Allah Allah di samping zikir2
lain seperti "La-Ilaha
Illallah", "Ya Qaahar" , "Ya Latif" , "Ya Hayyu
Ya Qayyum" dll. yang mereka mewarisi daripada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ dan seterusnya
mewariskannya kepada Mursyid2 berikutnya sampai ke saat ini terus diamalkan
oleh Mursyid2 yang hidup pada zaman ini .
Jika
demikian, siapakah di antara orang2 pada
zaman ini lebih tinggi ilmunya dan lebih memahami Al-Qur'an dan Sunnah daripada
Ulama Mujtahidin dan Mujaddid?
Siapakah
di antara "mufti" atau "profesor" pada zaman ini lebih
tinggi ilmunya dari Imam Ja’afar Siddiq, Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul
Qodir Jilani, Imam Junaid, Imam Syazili, Imam Rifa'ie, Imam Ghazali, Imam
Haythami, Imam Haddad dll sehingga
berani engkar kepada Zikir Allah Allah?
7.0 Zikrullah - Kunci mencapai Tauhid Hakiki / Iman Sejati / Ma'rifat
Zikrulllah adalah KUNCI UTAMA bagi pencapaian Tauhid
hakiki / Iman Sejati / Ma'rifat, iaitu mengenal Allah dengan keyakinan yang jazam (keyakinan yang putus, keyakinan yang penuh tanpa
sedikitpun keraguan) serta Ubudiyyah (Perhambaan) kepada Allah dengan
tulus ikhlas dan benar2 bersih dari sebarang kesyirikan (syirik khafi).
Telah
sepakat Ulama Ahlus Sunnah, tanpa bersungguh2 amalkan Zikrullah menurut
Kaifiyyat dan Syarat2nya dan peraturannya, maka tidak mungkin seseorang sampai
kepada Allah — mencapai Tauhid hakiki / Keimanan sejati / Ma'rifat yang
sebenarnya.
Berkata
Al Imam Sullton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu :
"Jalan untuk wusul (sampai kepada Allah — mencapai Tauhid hakiki
/ iman sejati / Ma'rifat) ialah dengan
selalu menjaga diri supaya berada di atas jalan yang benar, berpegang teguh
kepada hukum Syari'at siang dan malam dan mudawamah (berkekalan) Zikir khafi
(zikir dalam hati) maupun Zikir
Jihar (dengan lisan dengan kuatkan suara zikir). Mudawamah (berkekalan) zikrullah itu
hukumnya FARDHU AIN (wajib) bagi mereka yang mencari keredhaan Ilahi.
[ Sirrul
Asrar fi ma Yahtaju Ilayhil Abrar, Fasal
7 : Zikir]
Imam
Junaid Al Baghdadi :
Zikrullah adalah rukun utama (pokok dan terpenting)
dalam ilmu Tasawuf (Toriqat) ini , bahkan seseorang tidak akan
sampai kepada Allah (Maqam Tauhid yang hakiki, Ma'rifat)
kecuali dengan kekalkan berzikir Allah.”
[Rasail
Al Junaid]
Ringkasnya
seseorang yang tidak menempuh Jalan Ma'rifat dengan bimbingan Mursyid Pewaris
Nabi yang siddiq dan amalkan Zikrullah serta kewajipan lain dengan ikhlas dan
sungguh2 menurut kaifiyyat, syarat2 dan adab2nya, maka tidaklah mereka mencapai
keimanan sejati / Tauhid hakiki / Ma'rifat. Mereka akan kekal sebagai orang
awam yang sentiasa di dalam kesyirikan (syirik khafi) dan kekejian hati.
Setiap
orang Salikin yang menempuh jalan kepada Allah akan dididik dengan Sistem
Tarbiyyah Rasulullah ﷺ ini dengan berbagai
peringkat / tingkatan Zikrullah.
Semuanya 10 Tingkatan Zikir.
Menurut
Toriqat Naqsyabandiah, Salikin dilatih berzikir dengan Zikir Allah Allah
kemudian berserta Zikir La-Ilaha-Illallah. Menurut Disipilin Toriqat Qodiriyyah Syaziliah, Syattariah, Sammaniyyah dan
lain2nya yang Mu'tabar / sahih menurut Ahlus Sunnah, Salikin dididik dengan
Zikir La-Ilaha-Illallah terlebih dahulu sehingga apabila sudah mantap,
maka dilatih dengan Zikir Allah Allah.
Imam Ibn
Hajar Al-Haythami Radhiallahu Anhu :
Beliau adalah Mufassir, Muhaddith, Imam Besar Mazhab
Syafi'e, Mujaddid kurun ke-10 Hijriyyah, Kata beliau :
[Miftah
Al Falah]
Pokoknya
setiap Toriqat yang sahih dari Rasulullah ﷺ
mendidik Salikin dengan Zikir Allah Allah tanpa kecuali. Murid2 yang sangat
tebal hijab hatinya, maka lebih utama dilatih dengan Zikir La-Ilaha-Illallah
terlebih dahulu, kemudian masuk amalkan Zikir Allah Allah. Sedangkan bagi
mereka sudah melazimi melakukan Zikrullah dengan lafaz La-Ilaha-Illallah
dan sangat teguh pegangannya pada Syari'at, maka baginya lebih utama Zikir
Allah Allah.
Seperti
halnya Imam Ghazali Radhiallahu anhu. Beliau bai'at dengan Mursyid beliau dan
melakukan Zikir Allah Allah terus. Toriqat yang diamalkan oleh Imam Ghazali
adalah Toriqat yang diwarisi daripada Sayyidina Abu Bakar Radhiallahu anhu yang
berzikir Allah Allah di dalam hati. Pada hari ini Toriqat ini dinamai Toriqat
Naqsyabandiah.
Salikin
(murid pada jalan Ma'rifat) akan
dipimpin sedikit demi sedikit, satu peringkat demi satu peringkat, satu jenis
zikir kepada zikir yang lain sehingga hati dan ruh mereka menjadi suci bersih.
Setiap salikin akan diajarkan Zikir sesuai dengan peningkatan Maqam Keimanannya
dari Kurnia Allah dan Petunjuk-Nya.
Firman
Allah Ta'ala :
وَٱذۡڪُرُوهُ كَمَا هَدَٮٰڪُمۡ
"Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah
sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepada mu."
[Al-Baqarah
(2) : ayat 198]
Berkata
AL Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu :
"Allah Ta'ala memberi Petunjuk kepada orang2 yang
berzikir dengan Firman-Nya [Al-Baqarah
(2) : ayat 198] yang tersebut seperti di atas, yakni memberi petunjuk pada
martabat zikirmu, Rasulullah ﷺ bersabda :
"Kalimat yang terunggul yang aku ucapkan dan
oleh Nabi sebelumku adalah" La Ilaha Illa Allah". Setiap maqam memiliki martabat masing2 — jahr
(suara / lafaz) maupun khafi (senyap dalam hati saja). Orang yang zikirnya zikir lisan (zikir Jihar
) bererti dia diberi petunjuk hanya
sampai kepada zikir lisan. Orang yang
berzikir dengan zikir khafi
(dalam hati), bererti dia di beri petunjuk-Nya sampai kepada zikir
hati. Dan orang yang zikirnya sampai
kepad Zikir Ruh, bererti dia diberi Petunjuk sampai kepada Zikir Ruh. Selanjutnya kepada zikir khafi dan akhfal-khafi (yang amat tersembunyi), kemudian kembali lagi kepada Zikir
lisan, sebab lisan berfungsi sebagai
pemberi ingatan pada hati terhadap zikir yang dilupakannya.
[Tamat
petikan Kitab Sirrul Asrar]
Penjelasan
tambahan :
Imam
Jilani Radhiallahu anhu menjelaskan kepada kita
(sebagai tafsiran bagi Firman Allah di atas), bahawa setiap orang Islam
akan menerima Petunjuk Allah untuk amalkan Zikrullah sesuai dengan Keimanannya.
Dan mereka wajib amalkan Zikrullah menurut Petunjuk tersebut.
Orang
Islam awam hanya mampu zikir Jihar (lisan), iaitu Zikir menyebut Kalimah La-Ilaha
Illallah atau ismus-Sifat — nama2 Allah yang lain maka wajib baginya
melakukan Zikrullah dengan kalimah2 tersebut.
Ertinya seseorang yang hanya amalkan Syari'at dan belum masuk amalkan
Toriqat Rasul dengan bimbingan Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq, hanya mampu amalkan Zikir Jihar (kuat suara)
meskipun dia sudah bergelar "orang alim" atau "Ulama"
sekalipun.
Salikin,
iaitu orang yang menempuh Jalan Ma'rifat dengan Pimpinan Mursyid yang
siddiq, mampu me-lakukan berbagai
tingkatan Zikrullah menurut kelayakannya, maka wajib baginya melakukan
Zikrullah sesuai dengan Kurnia Allah pada dia.
Orang Arifin mempunyai Tingkatan Zikrullah yang paling
tinggi sehingga kepada Zikir Sirr (yang amat tersembunyi), maka Ahli Ma'rifat melakukan Zikrullah sesuai
dengan Maqamnya yang tinggi.
Ertinya
tingkatan zikir setiap orang berbeza2 mengikut perjalanan keruhanian yang dia
telah tempoh, mengikut Kurnia Ilahi.
Salikin pada permulaan mendirikan Zikrullah dengan lisan / lidah / kuat suara.
Salikin yang sudah hidup hatinya dengan Zikrullah, akan menerima Petunjuk
Allah untuk melakukan Zikir Allah Allah di dalam hati, maka Mursyid akan
membimbingnya dengan Zikir tersebut.
Salikin yang sudah mencapai Tauhid peringkat yang tinggi akan dilatih
dengan Zikir yang lebih tinggi sesuai dengan Kurnia Allah kepada-Nya. Sekalian
rahsia2 Petunjuk ini hanya diketahui oleh Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq.
Dengan
penjelasan ringkas ini, fahamilah bahawa sesungguhnya mereka yang menentang
"Zikir Allah Allah" adalah pada hakikatnya mereka menentang
Allah. Jika demikian adakah penentang
ini orang2 beriman? Renung dan Muhasabah
diri...!
8.0 Punca Kekeliruan, Penyimpangan dan Kesesatan
Persoalan
: Apakah punca utama terbitnya
"fatwa2" menentang Zikir Allah Allah?
Sedangkan Zikir Allah Allah thabit dengan Al-Qur'an, Sunnah dan fatwa
Ulama Mu'tabar? Orang yang keluarkan
"fatwa" sesat ini pula adalah
orang bergelar "mufti" dan "professor”. Apakah puncanya mereka bertindak demikian?
Puncanya
amat banyak, namun ia dapat dikelompokkan menjadi 4 sebab utama :
Sebab
Pertama : Tidak berpegang kepada Ahlus Sunnah yang benar (tulen)
Pegangan
Ahlus Sunnah berhubung dengan Zikir Allah Allah telah pun kami bentangkan.
Berdasarkan Kitabullah, Sunnah Rasul dan fatwa Ulama Mu'tabar, tidak syak lagi
Zikir Allah Allah memiliki keutamaan
yang terunggul disebabkan lafaznya yang Maha Agung, Lafzul Jalalah, dan
Kalimat Yang Maha Sempurna Yang Tiada Tandingannya. Kalimat Yang Meliputi
sekalian alam, Kalimat yang menerbitkan Cahaya Tauhid di dalam hati Mu'min dan
Kalimat Rahsia Hadratul Quddus bagi Ahli Ma'rifat.
Demikian banyaknya Ulama Pewaris Nabi yang siddiq .... dan termasuk di dalamnya Pewaris Nabi yang bertaraf Mujaddid dan Mujtahid mengakui Keagungan Zikir Allah, bahkan mereka sendiri merupakan pewaris kepada Zikir ini, sehingga tiada ruang bagi sesiapa pun menafikannya apa lagi menentangnya.
Dengan
demikian orang2 yang mempersenda dan menentang
Zikir Allah Allah ini tidak mungkin mereka itu Ahlus Sunnah, sebaliknya
mereka adalah golongan sesat yang terkeluar dari Ahlus Sunnah, meskipun mereka
mendakwa diri mereka Ahlus Sunnah dan cuba menukil kata2 Imam Ahlus Sunnah.
Pada
suatu masa dahulu (sekitar tahun 1960an) mereka hanya merujuk kitab2
Wahhabiyyah iaitu fatwa2 yang dikeluarkan oleh "mufti2" Wahhabiyyah
Arab Saudi. Namun akhir2 ini mereka cuba merujuk Kitab Ahlus Sunnah dan menukil
kata2 Imam Ahlus Sunnah sedangkan semua nukilan tersebut adalah PALSU dan BATIL
kerana mereka merujuk kitab yang sudah dipalsukan oleh tangan2 Wahhabiyah. Mereka membuang kandungan asal Kitab Imam
Ahlus Sunnah dan tokok tambah mengikut selera nafsu Wahhabiyyah, maka terbitlah
Kitab yang zahirnya kelihatan seperti Kitab Ahlus Sunnah tetapi hakikatnya
versi Wahhabiyyah.
Maka jelas di sini punca penyelewengan dan penentangan kepada amalan "Zikir Allah Allah" adalah kerana tidak berpegang kepada Ahlus Sunnah yang benar (tulen) dan terikut2 dakyah musuh2 Ahlus Sunnah.
Sebab Kedua : Mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith dengan
aqal, nafsu dan bisikan Iblis
Golongan yang engkar
kepada amalan Zikir Allah Allah, tidak layak mengeluarkan fatwa, Mereka BUKAN
Mujtahid. Tetapi oleh kerana mereka
mempunyai gelaran "mufti" atau profesor atau Drs atau Masters atau
lain2....mereka sewenang2 mengeluarkan "fatwa"..."ini
halal", "ini haram", "ini bid'ah sesat", "ini khurafat". Beginilah perangai mereka sejak dahulu lagi,
sedangkan Allah dan Rasul-Nya mengancam golongan seperti ini dengan Neraka
Jahannam.
وَلاَ تَقْفُ مَا
لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ
أُوْلاَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولاً
”Dan janganlah kamu
mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya
pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta
pertanggunganjawabnya.”
[Al-Isra’ (17) :
ayat 36]
Allah
Ta’ala berfirman :
وَلاَ تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ
هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللهِ الْكَذِبَ إِنَّ
الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang
disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk
mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang
mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.”
[An-Nahl
(16) : ayat 116]
Rasulullah
ﷺ bersabda :
"Barang siapa berkata-kata tentang al-Qur'an
(tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat
duduknya dari neraka"
[Imam
Tirmidzi]
Rasulullah
ﷺ
bersabda :
“Barangsiapa
menguraikan Al Qur’an dengan akal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka
sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan.”
[Imam
Ahmad]
"Takutlah kalian berbicara tentang sesuatu yang
berasal dariku melainkan pada apa yang telah kalian ketahui. Siapa yang
berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyimpan tempat
duduknya di dalam neraka, Dan barang siapa yang menafsirkan al-Qur'an dengan
akal pikirannya, maka hendaklah ia menyiapkan tempat duduknya di dalam neraka."
[Imam
Ahmad, Tirmizi, Nasai]
Rasulullah
ﷺ
bersabda :
“Sesiapa yang
berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di
dalam neraka.”
[Imam
Bukhari, Muslim]
Rasulullah
ﷺ
bersabda :
"Di dalam
agama itu tidak ada pemahaman berdasarkan akal fikiran, sesungguhnya agama itu
dari Tuhan, perintah-Nya dan larangan-Nya.”
[Imam
Thabarani]
Maka
inilah puncanya — mereka menolak tafsiran dan fatwa Ulama Mu'tabar dan
memandai2 mentafsirkan Ayat Qur'an dan hadith berdasarkan pendapat aqal dan
nafsu mereka. Kadangkala mereka mendakwa mereka juga merujuk "Ulama",
namun "Ulama" yang mereka
jadikan sebagai rujukan BUKAN Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar sebaliknya
"ulama khawarij" / "Ulama
Wahhabiyyah" yang sudah pasti tiada kelayakan melakukan Ijtihad....!
Sebab Ketiga
: Tidak mempelajari dan amalkan Toriqat / Tasawwuf
Sesungguhnya
Agama Tauhid yang datang dari Allah Ta'ala terdiri dari dua bahagian : Zahir
dan batin, jasmani dan ruhani, fiqh dan Tasawwuf, Syari'at dan Toriqat Rasul ﷺ.
Kedua2 bahagian ini merupakan kewajipan atas setiap Muslim.
Berkata
Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu :
"Ada dua macam ilmu yang diturunkan kepada kita :
Pertama : Ilmu
Zahir, disebut Syari'at.
Kedua : Ilmu batin, disebut Ma'rifat / Toriqat
Syari'at
untuk jasad kita dan Ma'rifat (yang
terbit dari Toriqat) adalah untuk batin.
Kedua-duanya WAJIB dipadu dan dari perpaduannya membuahkan haqiqat. Seperti halnya
pohon dan daunnya yang menghasilkan buah.
Sebagaimana Firman-Nya di dalam Surah Ar Rahman : ayat 19 dan 29".
Dengan ilmu zahir sahaja, manusia tidak akan mencapai
Haqiqat dan tidak akan sampai kepada Matlamat Ubudiyyah. Ubudiyyah yang benar dan sempurna hanya akan
wujud oleh perpaduan antara ilmu zahir (Syari'at Rasulullah) dan ilmu batin
(Toriqat Rasulullah). Dengan ini dapat menyempurnakan tuntutan Ma'rifat dan Ubudiyyah sebagaimana Firman Allah "وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ
إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ". (Tidak
Aku ciptakan jinn dan manusia melainkan ubudiyyah kepada-Ku)
[Tamat
Nukilan dari Kitab Sirrul Asrar]
Syari'at membicarakan Ilmu dan amal berhubung dengan amalan zahir seperti solat, puasa, zakat, haji, nikah kahwin, muamalah dll. Toriqat membicarakan ilmu dan amal ibadah berkaitan dengan hal ehwal hati, ilmu Zikrullah, penyakit2 hati yang membawa kepada syirik khafi dan mazmumah dan cara2 menyucikannya. Maka amalkan kedua2 bahagian ilmu ini sekaligus adalah fardhu ain atas setiap mukallaf.
Apabila
seseorang hanya amalkan Syari'at (fiqh) sahaja dan meninggalkan Toriqat
(Tasawwuf), maka akan berlaku kepincangan di dalam ibadahnya. Mereka takkan
mampu memahami kewajipan sucikan hati dari syirik (syirk khafi) dan mazmumah (kekejian hati) . Kewajipan Zikrullah, hakikat Zikrullah,
khusyu dalam Ibadah, hakikat ikhlas, hakikat Iman dan Ubudiyyah.
Imam Malik Radhiallahu Anhu berkata :
مَنْ تفقَّهَ ولم يتصوف فقد تفسق، ومَنْ تصوَّف ولم
يتفقه فقد تزندق، ومن جمعَ بينهما فقد تحقَّق
“Sesiapa
yang mempelajari ilmu fiqh tanpa mengamalkan Tasawwuf, maka dia telah menjadi
fasiq. Dan sesiapa yang mengamalkan Tasawwuf tanpa mempelajari ilmu fiqh, maka
dia telah menjadi zindiq. Dan sesiapa yang menggabungkan antara kedua-duanya,
maka dia telah mencapai kebenaran. ”
[Nukilan di dalam kitab : Ihya Ulumuddin - Imam
Ghazali , Qawaid Tasawwuf - Imam Zarruq,
Risalah
Ma'rifat - Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi Tanwirul Qulub - Imam Amin
Kurdi Sirus Salikin - Shaikh Abdus Somad Al Falimbani]
Inilah punca kebanyakan orang Islam menemui kesesatan.
Mereka mengambil sebahagian Agama (yang zahir sahaja) dan menolak sebahagian
lagi (yang batin / hati). Mereka tidak sedar penolakan dan penentangan mereka
pada hakikatnya menentang Allah dan Rasul-Nya.
Yang keempat
ini adalah sebenar2 punca yang membawa kepada kepincangan dan kebinasaan orang
Islam. Iaitu mereka tidak mempunyai seorang Pemimpin Rabbaniyyah yang
menunjukki mereka jalan kebenaran dan menjauhkan mereka dari jalan2 kebatilan
dan kesesatan. Akibatnya sebahagian
orang Islam terjatuh kepada fahaman2 batil dan sesat. Wal Iyazubillah.
Yang
dikatakan Pemimpin Rabbaniyyah adalah insan2 sejati pilihan Allah, yang telah
disucikan ruh mereka, dan dikuatkan dengan beberapa keistimewaan khusus dari
Allah sehingga mereka layak memimpin mereka kepada Ketuhanan dengan selamat.
Firman
Allah :
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا
ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬
لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ
ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu
diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka
di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak
mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan
di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan
dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah
semata-mata).”
[Faathir
(35) : ayat 32]
Menurut tafsiran Ulama Ahlus Sunnah yang dimaksudkan dengan “Kitab” adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat Allah “yang Kami pilih dari kalangan hamba2 Kami”
adalah ditujukan kepada Mursyid Pewaris
Nabi yang benar2 kenal Allah dan mencapai martabat Tauhid yang hakiki pada
Maqam Tauhid Maqam Mukasyafah Zat.
Berkata
Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu :
“Orang2
yang berilmu dan hikmah (Mursyid / Ahli
Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang di- pilih-Nya untuk menerima
“Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”.
Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah
mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka
berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang
bijaksana. (Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau disebut juga kasyaf
Ilahiyyah). Allah memuji
mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya :
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا
ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬
لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ
ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Tamat nukilan kitab : Sirrul-Asrar
Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]
Berkata
Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي
الله عنه :
Takabbur, kemunafikan dan ego, adalah panah syaitan
yang tertuju pada hati kamu. Kamu perlu
siapkan satu strategi mempertahankan diri dari serangan2 ini. Formula strategi tersebut telah di- terangkan
dan telah dibuktikan oleh Mashaa'ikh (guru-guru Mursyid). Kamu perlu mendengar
baik2 arahan mereka dan mematuhinya.
Mereka akan pimpin kamu pada jalan Allah kerana mereka telah pun melalui jalan
tersebut. Mintalah pada mereka nasihat2
berkenaan nafsu2 (yang rendah dan jahat),
dan kelemahan2 lainnya, kerana
mereka juga pernah mengalami kesulitannya dan menghadapi kesan akibat darinya. Mereka sangat sedar dan mengetahui bahaya dan
ancaman dari nafsu2 kejahatan. Mereka
telah menempuh jalan yang panjang memerangi (nafsu2 tersebut) dengan demikian
mereka boleh menghalang, mengawal dan mengalahkan semua kejahatan itu.
[Fathur-Rabbaniy
Wa Faid ar -Rahmaniy]
“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke
maqam-maqam hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid
yang murni) dan mukashafah,
kecuali dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta
menghindarkannya dari titik2 kesalahan dan jalan yang sesat.”
[Tafsir
Mafatih Al-Ghaib]
Berkata
Imam Ghazali :
“Murid memerlukan seorang Mursyid atau guru keruhanian
yang dapat diikutinya, agar dia menunjukkannya ke jalan yang lurus. (jalan
benar yang diredhai Allah). Jalan
agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil, benar atau salah) dan
jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh
siapa sahaja) Oleh kerana itu, jika
seseorang yang tidak mempunyai Shaikh (Mursyid) yang membimbingnya, maka pasti
syaitan akan meng-giringnya (memimpin dan memujuknya) menuju jalannya.
[Ihya
Ulumuddid Bab Ilmu]
“Diantara hal yang wajib bagi seorang salik yang
menempuh jalan kebenaran adalah dia wajib mempunyai seorang Mursyid dan
pendidik spiritual yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya serta
melenyapkan akhlak2 yang tercela dan menggantinya dengan akhlak2 yang terpuji.”
[Ihya
Ulumuddin]
Bukti2
penyelewengan dan kesesatan manusia Muslim akibat tidak berguru kepada Mursyid
Pewaris Nabi yang siddiq amat banyak. Di
antaranya yang menjadi pengajaran yang paling berkesan kepada seluruh Ummat
adalah : 72 golongan yang telah jatuh
kepada kesesatan adalah mereka yang tidak mempunyai Mursyid Pewaris Nabi yang
siddiq sebagai Pemimpin mereka kepada Ketuhanan.
Ulama
fiqh yang paling hebat sekalipun wajib merendahkan diri kepada Mursyid Pewaris
Nabi yang siddiq bagi memperoleh keselamatan Agamanya kerana mereka tak kenal
bisikan2 Iblis yang sangat halus yang penuh tipu daya. Mereka tak dapat bezakan
seruan haq dengan seruan batil dari iblis dan kuncu2nya. Mereka tak dapat
bezakan cahaya Ketuhanan dengan pancaran kegelapan Iblis kerana keduanya
kelihatan hampir serupa. Mereka tidak
mempunyai hubungan keruhanian dengan Allah Ta'ala kerana hati mereka terhijab
dengan hijab kesyirikan (syirik khafi) dan mazmumah (kekejian) yang amat tebal.
Mereka tidak mendapat pimpinan Junjungan Rasulullah ﷺ
kerana mereka tidak kenal ruhaniyah Rasulullah ﷺ.
Akibat
dari semua ini, mereka sentiasa terdedah kepada bisikan nafsu kejahatan dan
bisikan halus Iblis, maka sekalian fatwa mereka terdedah kepada kebatilan dan kesesatan.
9.0 Kemusykilan dan Jawapan
Persoalan
1 :
Mengapakah
perlu rujuk kitab Ulama Mu'tabar untuk amalkan Zikrullah? Bukankah mudah saja amalkan ikut Qur'an dan
Hadith sahaja?
JAWAPAN
Ungkapan2
berikut ini sudah lama tersebar di kalangan Ummat Islam, iaitu sejak bangkitnya
doktrin wahhabiyyah / najdiyyah / kaum muda di Arab Saudi pada kurun ke-12
Hijriyyah.
"kami rujuk
Al-Qur'an dan Hadith saja, kami tak rujuk kitab Ulama"
"Ikut Qur'an dan
Hadith saja selamat kerana Ulama banyak silap"
"Ikut terus Rasulullah dan sahabat saja, jangan
ikut Ulama"
Semua
jenis ungkapan ini hanya menunjukkan kejahilan mereka di dalam memahami Agama.
Mereka tertipu dengan khayalan mereka sendiri kerana yang sebenarnya mereka
semua mengikut Ulama ; sejak lahir sampai mati.
Semua
orang Islam memerlukan Ulama untuk menunjukki mereka jalan lurus / jalan
kebenaran. Semua orang Islam memerlukan
Ulama untuk mengetahui hukum-hakam Agama, tahu berkenaan halal haram, tahu
berkenaan Ketuhanan dan rukun Iman dan cabang2nya, tahu cara2 mengerjakan
Ibadah, muamalah dll urusan kehidupan.
Tanpa Ulama, tak mungkin mereka amalkan Islam, bahkan mereka akan
tinggal di dalam kefasikan atau kekafiran.
Wal Iyazubillah.
Belum
faham? Baca seterusnya....
Pertama :
Bagaimanakah kamu mengerjakan solat?
Bukankah kamu merujuk
kitab Ulama?
Bagaimanakah kamu
berpuasa, zakat dan haji? Bukankah kamu
merujuk kitab Ulama?
Bagaimanakah cara kamu nikah kahwin, jima' dengan
isteri menurut ketentuan Hukum?
Bukankah kamu merujuk kitab Ulama?
Kedua :
Setiap
amal ibadah di dalam Islam mempunyai Hukum, Syarat, Peraturan, Kaifiyyat (cara)
dan Adab2 yang tersendiri... BUKAN
diamalkan sesuka hati atau mengikut nafsu.
Misalnya solat mempunyai Syarat, Rukun, dan adab2nya yang
tersendiri. Demikian juga Puasa, Zakat,
Haji, Nikah kahwin, jual beli dll semuanya ada peraturan, syarat dan adab2nya
masing2.
Dari manakah
datangnya semua macam hukum-hakam, peraturan, syarat dan adab2 ini?
Siapakah
yang menyusun semua perkara ini?
Misalnya:
Siapakah yang menyusun
rukun 13 di dalam solat dan rukun mengambil wudhu?
Siapakah yang menyusun
syarat Haji, wajib Haji?
Siapakah yang menyusun
peraturan dan syarat2 zakat?
Siapakah pula yang menyusun hukum tajwid, cara-cara menyebut huruf satu persatu sehingga kamu dapat membaca Al-Qur'an dengan tepat menurut kehendak Allah ?
Bukankah semua ini diterangkan oleh Ulama Mu'tabar di dalam
Kitab2 mereka?
Tidakkah
kamu merujuk Kitab Ulama bagi mengetahui syarat, peraturan, cara2 dan adab2
ketika amalkan suatu ibadah atau muamalah ?
Ketiga :
Setiap
suatu pekerjaan dalam kehidupan ini mempunyai pakarnya. Manusia mempelajari suatu daripada pakarnya.
Hamba2
Allah yang pakar dan Arif di dalam hal Ehwal Agama adalah Mursyid Pewaris Nabi
yang siddiq. Mereka mewarisi Nabi zahir
dan batin. Di kalangan Mursyid Pewaris
Nabi yang siddiq, terdapat Mursyid2 yang diKurniakan Ilmu yang tinggi sehingga
layak menjadi Mujtahid, iaitu mereka yang layak istimbat hukum
dari Al-Qur'an dan Hadith. Merekalah yang mahir mengetahui syarat, peraturan
dan adab2nya serta rahsia2 halus yang berhubung dengan Ketuhanan. Mereka
mengambil dalil2 Al-Qur'an dan Sunnah lalu menyusun sekalian peraturan, syarat,
rukun dan adab2 bagi setiap Ibadah di dalam Agama bagi memudahkan orang Islam
mengamalkannya dengan sempurna zahir dan batin menurut Kehendak Allah
Ta'ala.
Maksud
di sini tanpa merujuk kepada Ulama Mujtahid, iaitu merujuk kitab2
mereka, siapa pun takkan mampu melakukan apa jua ibadah. Bahkan mereka akan
hidup di dalam kekafiran kerana tidak
mengetahui Rukun Iman, Syarat2 Iman dan penjelasan2 berkenaan Tauhid.
Persoalan 2 :
Kitab
Ulama yang mana menjelaskan Bab Zikrullah?
JAWAPAN
Sekalian
Fatwa Ulama Mu'tabar berkenaan hukum-hakam Agama dan fatwa2 mereka terhimpun di
dalam kitab2 mereka mengikut disiplin ilmu masing2 yang tersendiri. Misalnya Ilmu berkenaan solat, puasa, zakat,
haji, muamalah, nikah kahwin, da'wah, hudud, ta'zir, qisas, pemerintahan negara
dll dihimpunkan ke dalam kitab Fiqh. Ilmu berkenaan Ketuhanan dan KeRasulan dan
keseluruhan rukun Iman dihimpunkan ke dalam Ilmu Usuluddin. Ilmu berkenaan hati, penyakit hati, syirik
khafi, mazmumah, nafsu2 jahat dan cara2 sucikan hati semuanya dihimpunkan ke dalam
Kitab Tasawwuf.
Apabila
seseorang ingin mengetahui sesuatu hukum dan cara2 melaksanakannya maka wajib
baginya merujuk kitab2 Ulama menurut bidangnya masing2.
Di dalam
hal yang dibincangkan sekarang "Zikrullah" dijelaskan oleh Ulama Mujtahid
di dalam Kitab Tasawwuf. Ilmu Zikrullah
ini tidak dihuraikan di dalam kitab Fiqh atau kitab usuluddin atau kitab Hadith
atau kitab2 lainnya.
Ulama Mujtahid
telah melakukan ijtihad menghimpunkan sekalian hal ehwal berhubung
dengan Zikrullah, peraturannya, syarat2nya dan cara2 melaksanakan
"Zikrullah", di dalam kitab Tasawwuf / Toriqat. Dengan demikian mereka yang ingin mengetahui
dasar2 Zikrullah dan huraiannya wajib merujuk Kitab Tasawwuf / Toriqat. Bukan merujuk kitab yang tiada mengena dengan
Zikrullah lalu membuat andaian dan "fatwa" sendiri. Ini kebinasaan.
Persoalan
3 :
Mengapakah
dilarang tafsir sendiri Al-Qur'an dan Hadith dan mengapakah diperintah mengikut
Tafsir / Ta'wil Ulama Mu'tabar dan fatwa2 mereka sahaja?
JAWAPAN
Al-Qur'an
dan Hadith Rasulullah ﷺ adalah dua gedung
Ilmu yang amat besar, lautan yang tidak bertepi, khazanah keilmuan yang tidak
akan kering ilmunya sampai Qiamat. Setiap ayat Qur'an dan Hadith mempunyai
makna2 yang zahir dan juga yang tersembunyi.
Sebahagian besar Perintah Allah dan Rasul-Nya memerlukan tafsiran atau
takwilan, tak mungkin difahami oleh orang awam. Tafsiran bagi setiap ayat
Qur'an atau Hadith hanya difahami oleh
Ulama Mujtahid. Dengan demikian
orang yang belum sampai kepada taraf Mujtahid, diharamkan mentafsir Al-Qur'an
atau Hadith Nabi.
Mereka
yang dikatakan Ulama Mujtahid adalah Ulama Mu'tabar yang sudah sampai
keilmuan yang amat tinggi sehingga layak mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith
Nabi. Mereka mahir di dalam setiap ilmu
Syari'at — hafal Qur'an, hafal 300,000 Hadith, mahir di dalam ilmu tafsir,
mahir di dalam mustolah Hadith, mahir di dalam ilmu nahwu, sarf, mantiq, bayan,
badi', sirah dll. Mereka juga sudah mencapai keilmuan tinggi pada sisi Ma'rifat
— mengenal Allah dengan sesungguhnya serta di dalam pimpinan ruhaniyah
Rasulullah ﷺ.
Mereka hanya mentafsir Al-Qur'an dan Hadith menurut Kehendak Allah,
BUKAN menurut kehendak peribadi, BUKAN kerana turutkan nafsu, BUKAN bisikan
Iblis, BUKAN menurut kemahuan pemerintah atau lainnya.
Hal
demikian berbeza sama sekali dengan “ulama dunia” atau “ulama as-su'” atau "ulama fasiq " dari "ulama sesat " dari kalangan
Wahhabiyyah (khawarij), mujassimah, mu'tazilah, jabariyyah dll....yang
mentafsirkan Al-Qur'an dengan aqal pemikiran sendiri atau bisikan nafsu atau
Syaitan sedang mereka tidak menyedarinya.
10.0 Rumusan :
Pertama :
Amalan
Zikrullah atau "Zikir Allah", atau "Zikir Allah Allah"
adalah berdasarkan Kitabullah dan Hadith Rasulullah ﷺ
sebagaimana diterangkan oleh sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang terpercaya
sehingga tiada ruang bagi siapa pun menafikannya atau mengengkarinya. Mereka
yang pernah menyindir, menghina, mempersenda dsb, WAJIB TAUBAT dengan TAUBAT
NASUHA...!
Kedua :
Zikir Allah
adalah Ibadah teragung yang diwajibkan oleh Allah ke atas setiap orang beriman.
Cara2 melaksanakan Ibadah Zikrullah menurut peraturan, syarat, kaifiyyat dan
adab2nya dihimpunkan di dalam Kitab Tasawwuf / Toriqat oleh Ulama Mujtahid. Barangsiapa ingin mengetahui dasar2nya,
jenis2 Zikir, tingkatan Zikir dll maka wajib merujuk kitab Tasawwuf / Toriqat
dengan bimbingan Mursyid yang siddiq.
Ketiga :
Menurut
keterangan Hadith yang disyarahkan oleh Ulama Mu'tabar, di antara tanda2 orang
beriman, berhubung dengan Zikrullah adalah mereka berzikir dengan zikir yang
banyak. Ada pun orang islam yang mengaku Islam tetapi sedikit zikirnya atau
malas berzikir adalah tanda2 wujud kemunafikan di dalam hati.
Keempat :
Dalil
dan hujjah2 berkenaan "Zikir Allah Allah" di dalam Kitabullah, Hadith
dan Fatwa Ulama Mu'tabar sudah lebih dari cukup bagi menolak dakyah orang2 yang
mengengkarinya.
Kelima :
Al-Qur'an
dan Hadith Rasulullah ﷺ adalah dua gedung
Ilmu yang amat besar, lautan yang tidak bertepi, khazanah keilmuan yang tidak
akan kering ilmunya sampai Qiamat. Setiap ayat Qur'an dan Hadith mempunyai
makna2 yang zahir dan juga yang tersembunyi.
Tafsiran bagi setiap ayat Qur'an atau Hadith hanya difahami oleh Ulama Pewaris Nabi
bertaraf Mujtahid. Dengan demikian orang yang belum sampai
kepada taraf Mujtahid, diharamkan mentafsir Al-Qur'an atau Hadith
Nabi. Orang yang berani berkata
"ini halal", "ini haram", "ini bid'ah
sesat", "ini khurafat", "ini kafir" dsb berdasarkan
pendapatnya sendiri adalah orang2 yang diancam dengan Neraka Jahannam. Bahkan
segala tuduhan batilnya akan terbalik dan terkena kepada dirinya sedang dia tak
sedar. Wal Iyazubillah.
Keenam :
Setiap
orang beriman diwajibkan mengikut Al-Qur'an, Hadith dan fatwa Ulama Mu'tabar di
dalam menjalankan Agama. Oleh kerana
kebanyakan orang Islam tidak mempunyai kemampuan memahami rahsia2 Zikrullah,
cara2nya, syarat dan kaifiyyatnya, maka wajib bagi mereka mengikut sahaja fatwa
Ulama Mu'tabar.
Ketujuh :
Orang2
Islam awam (termasuk cerdik pandai Agama) yang mendakwa mereka ikut Qur'an dan
Hadith sahaja serta menolak Ulama Mu'tabar adalah golongan yang tertipu dengan
bisikan Syaitan. Hakikatnya mereka tak mampu membersihkan punggung mereka
sendiri pun tanpa merujuk cara2nya di dalam Kitab Ulama Mu'tabar.
- Selesai -
___________________________
Tausiah:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al-Kholidiyah
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan