بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kemusykilan dan Jawapan=====================
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
PERSOALAN :
PADA BULAN RAMADHAN.. SYAITAN DIRANTAI, MENGAPAKAH MASIH BERLAKU MA'SIAT?
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
“Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu para syaitan.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
Ramai yang musykil dan tertanya2 apa sebenarnya maksud hadith Nabi tersebut.
🌿 Musykil ~ Mengapa ma'siat tetap berlaku di Bulan Ramadhan walaupun syaitan dirantai.
🌿 Musykil ~ Jika syaitan dirantai mengapakah ada juga yang kena rasuk dan gangguan makhluk halus lain?
🌿 Musykil ~ Syaitan tak boleh goda manusia. Jadi, bukankah sepatutnya orang kafir semua insaf jadi Muslim? atau orang zalim semua patut jadi baik, bukankah macam tu?
Berikut jawapannya:
Berhubung dengan Hadith tersebut terdapat berbagai huraian Ahli Ma'rifat. Ahli Ma'rifat adalah hamba2 Allah yang sangat mahir di dalam ilmu keruhanian, kejiwaan manusia dan mengetahui sekalian gangguan2 makhluk zahir dan tersembunyi yang menyerang manusia.
Berikut ini ringkasannya.
🍁Penjelasan Pertama:
Maksud syaitan dirantai adalah Iblis dan kuncu2nya dan keturunannya, iaitu syaitan2. Sementara jinn lain tidak dirantai. Jinn2 jahat, fasiq, sesat, munafiq, kafir bebas berkeliaran ganggu manusia.
Ramai yang keliru bab ini. Ini pecahan dari segi bangsa jinn / makhlus halus:
(1) Iblis
Iblis adalah Azazil yang La'nat oleh Allah kerana enggan sujud (hormat) kepada Adam. Iblis adalah bangsa jinn yang di-La'nat, dipanjangkan umurnya tidak mati2 sampai Qiamat. Iblis tiada hisab di akhirat, tetapi dicampak terus masuk Neraka dan dia kekal di dalam Neraka.
(2) Syaitan
Syaitan adalah nama bagi anak cucu keturunan Iblis. Iblis yang lahirkan syaitan2. Ini bermakna syaitan juga bangsa jinn tetapi yang di-La'nat juga. Sama seperti Iblis semua anak cucu keturunan dia tiada hisab di akhirat tetapi dicampak terus masuk Neraka dan semua anak cucu Iblis ini kekal di dalam Neraka.
(3) Bangsa jinn umum yang lain.
Selain dari Iblis dan anak cucu Iblis, ada lagi bangsa jinn yang lain yang diturunkan taklif syara' (beban hukum Agama) iaitu semua bangsa jinn ini mempunyai pilihan sama seperti manusia, sama ada beriman kepada Allah dan Rasul-Nya atau menjadi kafir.
Bangsa jinn yang lain ini akan melalui hisab, mizan, titian sirat, Syurga dan Neraka sama seperti manusia.
Ini bermakna di kalangan bangsa jinn yang umum ini ada yang beriman, ada yang fasiq, ada yang zalim, ada yang munafiq, sama juga seperti dunia manusia.
Di dalam Hadith tersebut, yang dirantai adalah Iblis dan anak cucu Iblis iaitu syaitan. Jinn yang umum ini tidak dirantai. Maka jinn umum ini ada yang bangsa jahat, fasiq, kafir, munafiq bebas menganggu manusia. Inilah sebabnya kita dapati di bulan puasa pun masih ada yang kena rasuk, kena sampuk akibat dari perbuatan khianat jinn jahat.
🍁Penjelasan Kedua:
Sebahagian manusia yang sememangnya mempunyai tabi'at jahat sudah terbiasa dengan kejahatannya.
Walaupun syaitan dirantai di bulan Ramadhan, dia tetap dengan kejahatannya. Orang yang kaki judi, kaki arak, pezina akan terus melakukan maksiat kerana itulah kerja mereka tiap2 hari.
Orang yang gemar melakukan penipuan, penindasan, kezaliman atas manusia lain akan tetap melakukan perbuatan2 durjana tanpa mengira bulan puasa atau tidak.
Orang yang biasa abaikan solat, wanita yang tiada menutup aurat, mereka yang biasa hidup bergaul bebas akan tetap dengan tabiat mereka.
🍁Penjelasan Ketiga:
Sebelum tiba Ramadhan, Iblis dan kuncu2nya sudah mengatur strategi dalam minda orang2 jahil Islam supaya mereka2 ini akan menyambung kerja2 syaitan sepanjang Ramadhan.
Orang2 Islam jahil ini akan melakukan berbagai helah untuk menarik orang berpuasa kepada kerja2 tidak berfaedah yang akhirnya merosakkan nilai puasa atau batalkan nilai puasa.
Contoh2 ini adalah berlakunya hiburan2 yang melalaikan, perjumpaan yang sia2, perdebatan sia2 dsb.
Selain itu berlaku adu domba masyarakat dan ahli2 politik kotor, fitnah memfitnah, tuduh menuduh dusta dll. Orang2 Islam awam pun terheret sekali dengan permainan ahli2 politik rakus dan tamak dunia, siang malam debat hal ehwal politik jahat dunia. Kononnya itulah da'wah dan jihad semasa! Benarkah demikian? Sebenarnya mereka tertipu !
Iblis dan syaitan gelak tertawa kerana walaupun mereka telah dirantai, kerja2 mereka disambung oleh wakil2 mereka dari kalangan manusia jahil, tamak dan rakus.
🍁Penjelasan Keempat:
Ini yang paling penting...!
Punca sekalian kejahatan yang dilakukan oleh manusia adalah datang dari nafsu jahat yang wujud di dalam diri setiap manusia.
Iblis dan kuncu2nya hanya sebagai pendorong, penyuntik dan penguat kepada sifat2 jahat yang sedia wujud pada diri seseorang.
Jika tidak wujud nafsu2 jahat di dalam diri seseorang, maka Iblis dan syaitan takkan mampu menggoda manusia tersebut. Ini bermakna nafsu kejahatan tetap wujud dalam diri manusia yang menyeru kepada kejahatan, walaupun syaitan dibelenggu.
Inilah buktinya walaupun Iblis dirantai, nafsu2 kejahatan yang wujud dalam diri tetap akan berperanan menyeru kepada kejahatan.
Selagi seseorang belum berusaha menyucikan batinnya dengan mendaki jalan keruhanian (Jalan Ma'rifat) dan bersungguh2 memerangi nafsu2 jahat di dalam dirinya, selagi itulah nafsu2 kejahatan akan tetap mendominasi di dalam dirinya, menyeru kepada kejahatan, menyeru kepada keengkaran dan kekafiran.
Mereka yang belum bertemu Mursyid yang siddiq bagi untuk menyucikan batinnya dari syirik, mazmumah serta kekejian lain, sekurang²nya usahalah sungguh² dengan apa yang terdaya bagi mengurangkan kerosakan di dalam hati.
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
Demikian serba sedikit penjelasan. Untuk penjelasan lanjut, bacalah juga Risalah kami bertajuk:
MUHASABAH DIRI: TIGA TINGKATAN ORANG BERPUASA
Moga puasa akan datang kita lebih waspada ; bukan saja waspada terhadap Iblis dan syaitan, tetapi lebih waspada dengan diri sendiri, tipu daya nafsu, makhluq dan dunia.
Wallahu A'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan