SOLAT MUSAFIR

SIRI Q & A 

Jawapan dan Susunan:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


HUKUM  SOLAT JAMA' DAN QASAR SERENTAK KETIKA DI DALAM MUSAFIR


Apakah hukum melakukan qasar (pendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat)  dan pada masa yang sama  jama' solat2  tersebut (himpunkan solat zohor dan asar atau maghrib dan Isya)?


Maksud soalan ini adalah :

Penyoal ingin tahu adakah dibenarkan menghimpun dan pendekkan solat serentak,   misalnya himpun zohor dan asar pada waktu zohor (jama taqdim)  dan pada masa itu juga pendekkannya (qasar).  Erti- nya dua rakaat zohor dan dua rakaat asar dikerjakan pada waktu zohor.



PERTAMA : HUKUM QASAR (PENDEKKAN) SOLAT


Di sisi Mazhab shafie, Maliki dan Hambali, hukum qasarkan solat ketika musafir,  adalah sunnat muaqqad  (sunnat yang diberatkan / hampiri wajib)  dan mustahab (disukai = preferred upon) dari melakukan solat penuh.

Mazhab Hanafi mewajibkan qasar bagi  fardhu empat rakaat kerana berpegang pada dalil zahir Hadith yang diriwayatkan oleh sahabat Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan Aisyah semuanya menunjukkan Nabi qasarkan (pendekkan) solat zohor, asar dan Isya,  tidak ada satu hadith pun menunjukkan Nabi melakukan solat penuh pada solat2 tersebut ketika musafir.  👈  ini argument Imam Hanafi.

Berkata Ibnu Umar :

"Aku telah menemani Rasulullah  , dan Baginda tidak melakukan lebih dari dua rakaat (pendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat) ketika musafir. Dan demikian juga Abu Bakr, Umar dan Uthman (Radhiallahu Anhum ajma'ien)

[Imam Bukhari]

Imam2 Shafie, Hambali dan Maliki berpegang bahawa Hadith2  tersebut hanya menunjukkan mustahab (dipilih lebih baik)  dan bukan wajib.

👳 kena faham betul2 bahagian ini.  

Perhatikan point penting :

(1) Qasar (pendekkan empat rakaat menjadi dua rakaat) itu hanya dibolehkan ( bahkan sunnat muakkad) ketika MUSAFIR SAHAJA.

(2) Rasulullah  tetap qasarkan solat ( dua rakaat bagi solat empat rakaat) sepanjang musafir.  Tiada satu hadith pun mengatakan Baginda solat penuh ketika musafir.



KEDUA : SOLAT JAMA'  SAHAJA KETIKA BERMUKIM (BUKAN MUSAFIR)


Jumhur Ulama mengharuskan solat jama'  sahaja (iaitu himpunkan dua solat tanpa pendekkannya) ketika bermukim (bukan musafir) dengan beberapa syarat tertentu, maksudnya kerana beberapa keadaan darurat, seperti :

(1) Hujan lebat

(2) Kesakitan yang berat

(3) Ibu2 menjaga dan menyusukan anak kecil dan menghadapi kesulitan

(4) Pekerjaan yang memerlukan kepakarannya seperti doktor bedah yang terpaksa uruskan pembedahan pada waktu yang lama.

(5) Pekerja keselamatan yang terpaksa selamatkan mangsa

Maksud solat jama' sahaja adalah himpunkan solat zohor dan asar atau maghrib dan Isya tanpa qasr (tidak boleh pendekkan)  kerana dia bukan musafir.

Dalilnya :
~~~~~~~~

Kata Ibnu Abbas  رضي الله عه   :

"Rasulullah  solat tujuh rakaat dan lapan rakaat di Madinah iaitu zohor dan asar dihimpun jadi lapan,  maghrib dan Isya dihimpun jadi tujuh rakaat)  (ertinya Nabi bukan musafir ketika itu)

[Imam Bukhari, Imam Muslim]

Perhatian point2 ini:
~~~~~~~~~~~~~~~

(1) Solat Jama'  dibenarkan sama ada MUSAFIR atau TIDAK MUSAFIR bergantung kepada syarat2nya.

(2) Rasulullah , pernah solat Jama'  tetapi secara penuh (iaitu tidak diqasarkan ) ketika Baginda TIDAK musafir.



KETIGA : SOLAT JAMA' DAN QASAR KETIKA MUSAFIR



Dalil menunjukkan Rasulullah , melakukan solat jamak sekaligus qasar adalah ketika perang Tabuk sebagaimana keterangan Hadith ini...

Berkata Sayyidina Muaz bin Jabal :

"Bahwa Rasulullah , pada saat di perang Tabuk, jika matahari telah condong dan belum berangkat maka Baginda menjama' solat antara zuhur dan Asar. Dan jika sudah berangkat sebelum matahari condong, maka Baginda mengakhirkan solat zuhur sampai berhenti untuk solat asar. Demikian juga pada waktu solat Maghrib, jika matahari telah tenggelam sebelum berangkat maka Baginda menjama' antara Maghrib dan 'Isya. Tetapi jika sudah berangkat sebelum matahari matahari tenggelam maka Baginda mengakhirkan waktu solat Maghrib sampai berhenti untuk solat Isya, kemudian Baginda  jamak keduanya"

[Imam Tirmizi, Imam Abu Dawud]

Hadith tersebut tidak menyebut perkataan "qasar" (dipendekkan) tetapi kita sedia maklum, dari penjelasan awal2 lagi bahawa Nabi tak pernah solat penuh melainkan qasar (pendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat). Apabila asas ini difahami, maka hadith di atas sekaligus berikan penjelasan bahawa Nabi qasarkan solat dan pada masa yang sama jamakkan solat.


Kesimpulannya:
~~~~~~~~~~~~~


🍁Seseorang dibenarkan Qasarkan solat fardhunya ketika musafir sahaja.

🍁Boleh menjamakkan solat ketika musafir atau ketika bermukim (berdasarkan syarat2nya)

🍁Jamak dan Qasar serentak boleh dilakukan oleh orang yang musafir sahaja seperti. contoh Nabi pada perang Tabuk.

……………………………………………………

Baik,
Persoalan yang ditimbulkan oleh si penanya,  mengapa Ulama tidak bincangkan Solat jamak dan qasar serentak di dalam kitab2 mereka?

Jawapan :

Pertama :

Shaikh tidak dapat pastikan betul atau tidak, apakah benar  tiada perbincangan hal tersebut di dalam Kitab Imam2 Shafie yang tinggi2?

Ada beberapa kitab induk Mazhab Shafie seperti...

Tuhfatul Muhtaj Bi Sharhil Minhaj - Imam Ibn Hajar Haithami

Nihayatul Muhtaj Ila Sharhil Minhaj - Imam Romli

Mughni Muhtaj Ila Ma'rifati Al Fadzi Minhaj - Imam Shamsuddin As- Sharbini

Kedua:

Jika benar memang  Ulama kita tak bincangkan bab itu...
Kemungkinan keadaan ini terjadi kerana pekerjaan  himpunkan solat (jamak) dan jugak pendekkan solat (qasar) serentak adalah pilihan sendiri.  Dan tiada kepayahan berbuat demikian.

Jika seseorang ingin jamak dan qasar sekali, dia cuma perlu tambahkan pada niat "qasar dan jama"  dan ini bukanlah suatu masalah besar.

Solat jamak telah dijelaskan syarat dan cara2 melakukannya. 

Solat qasar juga telah dijelaskan dengan syarat2 sekali.

Dengan itu apabila cantumkan kedua2 nya seperti yang dilakukan oleh Rasulullah di dalam perang Tabuk, maka kita cuma tambah niat "jamakkan solat".

Inilah kemungkinannya yang dapat difahami mengapa Ulama tidak bincangkannya secara detail.

Wallahu A'lam




🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻




 NIAT SOLAT JAMAK DAN QASAR BAGI MUSAFIR


Soalan:

Assalamualaikum Shaikh.   Boleh Shaikh terangkan bagaimana niat solat jamak yang sah bagi seorang yang bermusafir.

 

JAWAPAN:


وعلیکم السلام ورحمۃ اللہ وبرکاتہ

Cara Niat Untuk Solat Jamak dan Qasar


Panduan:

Jamak - bererti himpunkan dua waktu solat

Qasar  - bererti ringkaskan solat 4 rakaat jadi dua rakaat

Jamak / Himpun dua solat yang dibenarkan :

Harus himpun zohor dan asar.  Dan harus himpun maghrib dan Isya.

Dilarang himpun Asar dan  Maghrib.

Dilarang himpun subuh dan zohor.

Dilarang himpun Isya dan subuh.

Dilarang pendekkan Maghrib

Berikut adalah cara2 niat untuk Solat Jamak dan Qasar...  ertinya himpunkan dua solat dan pendekkan solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat


JAMAK TAQDIM : ZOHOR- ASAR

(1) Jamak Taqdim Zohor

Niatnya :

Saja aku solat fardhu zohor qasar himpun dengan  asar.


(2) Jamak Taqdim Asar

Niatnya :

Saja aku solat fardhu Asar qasar  himpun kepada zohor.

 

JAMAK TA'KHIR : ZOHOR - ASAR

(1) Jamak Ta'khir Zohor

 Niatnya :

Saja aku solat fardhu Zohor qasar  himpun kepada Asar


(2) Jamak Ta'khir Asar

Niatnya :

Saja aku solat fardhu Asar qasar himpun dengan Zohor

 

JAMAK TAQDIM : MAGHRIB - ISYA'

(1) Jamak Taqdim Maghrib

Niatnya :

Saja aku solat fardhu Maghrib himpun dengan  Isya'.


(2) Jamak Taqdim Isya

Niatnya :

Saja aku solat fardhu Isya' qasar himpun kepada Maghrib

 

JAMAK TA'KHIR : MAGHRIB - ISYA'

(1) Jamak Ta'khir Maghrib

Niatnya :

Saja aku solat fardhu Maghrib himpun kepada Isya'


(2) Jamak Ta'khir Isya'

Niat nya :

Saja aku solat fardhu Isya' qasar himpun dengan Maghrib


Catitan tambahan:

1. Niat tersebut adalah kadar paling minima (sekurang2 niat) tetapi memadai dan sah. 

2. Jika dikerjakan solat jamak sahaja (himpun sahaja) maka tinggalkan perkataan "qasar"

 

Wallahu A'lam



🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻




SOLAT HORMAT WAKTU


Soalan

Maaf shaikh ada pertanyaan bab solat hormat waktu. Boleh shaikh jelaskan lagi bab solat hormat waktu jika kita dalam musafir dan berada dalam kenderaan dengan keadaan tiada wudhu.


Jawapan

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Solat  Li Hurmatil Waqti  atau solat menghormati waktu adalah  Fatwa Ulama2 kita mazhab Shafiyyah. 


Definisi :

Solat Li-hurmati-waqti (solat menghormati waktu)  adalah Solat FARDHU yang dikerjakan di dalam keadaan darurat tanpa memenuhi syarat2 sah mengerjakan Solat.  Maksudnya syarat2 solat tidak tidak dapat disempurnakan kerana ada suatu kekurangan pada penyempurnaannya.

Walaupun tidak memenuhi syarat2nya kewajipan mengerjakan solat tidak gugur, ertinya tetap WAJIB  mengerjakan solat FARDHU di dalam keadaan2 kekurangan tersebut.  Namun perlu digantikan solat2 tersebut pada waktu lain iaitu ketika  daruratnya telah hilang.


Sebab2  yang haruskan solat hormat waktu.

1.  Tiada air  atau debu suci untuk bersuci dan mengangkat Hadath.  Ataupun ada air tetapi hanya mencukupi untuk keperluan minum sahaja.

Dalam keadaan ini, mesti lakukan solat hormat waktu dan wajib gantikan pada masa lain apabila telah hilang daruratnya.

2. Tidak ada jalan untuk mengetahui masuknya waktu solat..  Umpama di tengah lautan atau di tengah padang pasir dalam keadaan mendung dan tiada peralatan padanya untuk mengetahui waktu solat.

Dalam keadaan ini, mesti lakukan solat hormat waktu dan wajib gantikan pada masa lain apabila telah hilang daruratnya.

3. Tiada tempat suci untuk melakukan solat.

Dalam keadaan ini, mesti lakukan solat hormat waktu dan wajib gantikan pada masa lain apabila telah hilang daruratnya.

4. Tiada kain atau perkakas lain yang munasabah untuk menutup aurat dengan sempurna. 

Dalam keadaan ini, mesti lakukan solat hormat waktu tetapi  TIDAK wajib gantikan pada masa lain apabila telah hilang daruratnya.

Umpamanya dia hanya ada sehelai jubah tetapi tidak dapat menutup auratnya dengan betul ikut hukum, maka dia tetap wajib kerjakan solat fardhu.   Tetapi dalam hal ini dia TIDAK wajib gantikan solatnya walaupun dia telah mendapat kain yang cukup sempurna pada kemudian hari.


Cara Menunaikan Solat Hormat Waktu

Cara2 menunaikan solat hormat waktu sama saja rukun2 solat biasa kita buat. Ertinya mesti dikerjakan sungguh2 juga, bukan main2. 

Niat, takbiratul ihram, fatihah dll mesti disempurnakan sebaik2nya.  Yang dikecualikan hanyalah unsur2 darurat tadi.

 Contoh :

Ahmad naik flight (kapalterbang) jam 5.30 pagi dan sampai destinasi jam 10.00 pagi.  Dalam hal ini Ahmad wajib solat subuh hormat waktu.  Apabila sampai destinasi wajib gantikan solat fardhu subuh tadi

Cara solatnya:

Bagi yang menaiki kapal terbang atau kenderaan lain yang kawasannya terhad/ sempit,  maka solatlah dengan duduk atas kerusi tempat duduk.  

1. Takbiratul ihram serta niat solat fardhu subuh dalam hati seperti biasa.

2. Baca fatihah

3. Ruku  - untuk ini tunduk sedikit

4. I'tidal - tegak semula

5. Sujud - untuk  ini tunduk lebih sedikit dari paras ruku'

6. Duduk antara dua sujud - duduk tegak semula

7. Sujud - tunduk lebih sedikit dari paras ruku' sama seperti sujud pertama

8. Bangun untuk rakaat kedua - duduk tegak semula

9. Ulangi semua di atas untuk rakaat ke-2

10.  Baca tahiyyat macam biasa

11. Salam seperti biasa

12. Selesai

 

 Perhatian:

Musafir wajib berusaha mengatur waktu dengan baik supaya solat fardhu tetap ditunaikan pada waktu2nya.

Bagi musafir yang mempunyai kelapangan untuk jamak solatnya, maka wajib baginya mengikut peraturan jamak solat dan TIDAK dibenarkan cara2 solat hormat waktu.   Misalnya perjalanannya dalam tempoh jamak solat, kerana waktu perjalanan singkat atau tidak melanggar waktu solat yang banyak, maka wajib jamakkan solat.

 


Wallahu A'lam




🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...