Jumaat, 19 Julai 2024

Selepas Bai'at..

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Buat apa selepas Bai'at?

🍄Bermulalah amalan Zikir dan Wirid mengikut Adab & Kaifiyyat yang diajar

🍄Jumlahnya dan jenisnya tidak banyak.. seperti yang kita lalui dalam sistem pendidikan kita... bermula dengan tadika.. sekolah rendah.. dan seterusnya..

🍄Boleh juga dikatakan seperti.. perkembangan dan pembesaran seorang bayi... merangkak.. berdiri.. berjalan.....

🍄Dipimpin.. diasuh .. dididik dengan penuh HIKMAH oleh Yang Dimuliakan lagi Dikasihi Tuan Guru@Syaikh Mursyid


Alhamdulillah atas Nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya..



    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Khamis, 18 Julai 2024

Bai'at


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

🍁Asas Bai’at di dalam Islam tidak lain melainkan menyempurnakan Matlamat Penciptaan manusia, iaitu mengenal Allah (secara hakiki di dalam hati) dan melaksanakan Ubudiyyah (Perhambaan) 

🍁Ahlus Sunnah Wal Jamaah memahami, sesungguhnya Haqiqat sesebuah Bai’at itu adalah pengakuan suci murni kepada Allah Ta’ala, BUKAN kepada manusia yang membai’atkannya.  Seseorang Pemimpin yang menerima Bai’at dari manusia lain sama ada Beliau itu Rasul, Warisatul Anbia',  Khalifah, atau Pemimpian lainnya, hanyalah sebagai Wasilah (yang menyambung atau memimpin kepadaAllah). Ertinya pada zahirnya hamba2 Allah Bai’at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq sedangkan pada haqiqatnya mereka sumpah dan janji setia kepada Allah.
BAI’AT : KEUTAMAANNYA MENURUT AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH 
Susunan : Shaikh Sayyid Abu Tohir 
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah )

      Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Detik Permulaan..

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Tarikh bersejarah pada 11 Januari 2020... 

Dengan Rahmat Allah saya telah berikan Bai'ah kepada Yang Dimuliakan lagi Dikasihi Tuan Guru Syaikh Sayyid Abu Tohir, Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah

Kemudiannya bertalaqqi menerima zikir dan wirid untuk diamalkan..

Alhamdulillah Syukur kepada Allah yang telah menunjukkan Jalan..


     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Rabu, 17 Julai 2024

Awal bicara..

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ahlan Wa Sahlan, Marhaban bikum


Saya ucapkan selamat datang kepada sekaliannya yang saya muliakan. Selamat mengikuti BLOG NUR QALBI. Moga kita semua di dalam Naungan Rahmat Allah dan Petunjuk-Nya. Saya bangunkan blog ini dengan memohon Pertolongan Allah Yang Maha Pemurah dan juga dengan isyarat daripada Tuan Guru@Syaikh Mursyid. Saya akan kongsikan perjalanan saya sebagai SALIKINMudah2an ianya memberikan manfaat kepada kalian. 
Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin


      Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...