بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sebelum ini, apabila disebut Ahlus Sunnah Wal Jamaah, saya yakin bahawa saya pengikut dan berada di dalamnya sebab sudah tahu dan amalkan Rukun Islam, Rukun Iman serta mengaji Sifat 20 dan juga Sifat 50 !
Dalam pada itu, di dalam hati ada juga tertanya-tanya.. Apakah tandanya kalau saya pengikutnya? Saya tidak menemui jawapan yang pasti baginya.. Yang ada hanyalah sangkaan dan tanda tanya sahaja???
Adakah cukup dengan pengetahuan dan amalan yang diperoleh semasa belajar di sekolah dahulu? Kemudiannya, adalah penambahan sedikit demi sedikit apabila mengikuti kuliah dan ceramah2 agama serta Daurah berkitab..
Ternyata memang benarlah.. Saya tahu sedikit sahaja tapi masih kurang jelas. Saya benar-benar memerlukan pimpinan untuk meneruskan perjalanan di atas Jalan yang lurus.
Di antara Tanda-tanda Utama Ahlus Sunnah Wal Jama'ah ialah:-
1. Meyakini bahawa satu-satunya kelompok ummat yang selamat dan dijamin Syurga adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
2. DASAR pengambilan hukum adalah tiga sumber utama :
Al-Qur'an
As-Sunnah
Al-Ulama
(Ijma dan Qias Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar)
3. Mengakui Mazhab Fiqh, Usuluddin dan Tasawwuf seperti berikut :
Fiqh :
●Mazhab Hanafi
●Mazhab Maliki
●Mazhab Syafi’e
●Mazhab Hanbali
●Asy’ariyyah
●Maturidiyyah
Tasawwuf /Toriqat :
Mengakui 44 (empat puluh empat) Toriqat Sahih pada sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagaimana Keputusan Mu'tamar Jami'ah Toriqah Mu'tabarah Pekalongan, Jawa, Indonesia.
4. Meyakini Setiap orang Islam yang mukallaf wajib mempelajari dan beramal dengan tiga macam ilmu asas fardhu ain, iaitu:-
💫Fiqh
💫Usuluddin
💫Tasawwuf / Toriqat
5. Setiap orang beriman wajib berguru kepada salah seorang dari wakil Rasulullah yang diamanahkan untuk memimpin ummat kepada Allah.
Iaitu guru yang dikenali sebagai Shaikh Mursyid atau Ahli Sufi atau Ahli Ma'rifat
Mereka ini sebagai Warisatul Anbia yang siddiq (benar) dan sekaligus pemimpin Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepanjang zaman mulai dari Kurun Sahabat Khulafa Ar-Rasyidin dan berterusan sehingga Qiamat.
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
10 TANDA UTAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan