بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Di dalam setiap pertemuan.. semasa Majlis Zikir ataupun kuliah pengajian..
Fokus utama tetap kepada hal ehwal HATI
Sudah tentu tiada sebab lain melainkan.. Allah Ta'ala telah perintahkan supaya pendidikan HATI didahulukan
Betapa pentingnya HATI.. untuk menjalani ibadah seharian dengan Ikhlas dan Khusyu' semasa menghadap Allah Ta'ala
Biarlah ribuan kali diulang.. masih ingin dengar akan panduan dan peringatan yang diberikan oleh Tuan Guru yang Dimuliakan lagi Dikasihi. Tak pernah jemu mendengarnya kerana perasaan takut dan berdosa sentiasa ada.. Moga Allah berikan pertolongan dengan Rahmat-Nya
Tiada Rahsia lagi apakah caranya menyucikan HATI melainkan di dalam Rahsia Zikrullah
Adalah sukar menjaga HATI sebenarnya! Pasti rasa tidak tenang apabila ada bisikan ataupun lintasan yang tiba-tiba datang menganggu...lebih2 lagi ketika di dalam Solat.. atau pada bila-bila masa...
Menjadi lebih sukar lagi jika terkena penyakit HATI yang begitu banyak jenisnya, BERBAHAYA kepada KEIMANAN tetapi TIDAK DISEDARI
Hanya Syaikh Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq mempunyai kepakaran di dalam bidang Kerohanian sebagai Pembimbing dan Pengasuh untuk menyucikan HATI ( batin ). Allah telah Kurniakan kepada mereka berbagai alat, ramuan ubat serta penawar..
Dengan mengikuti pimpinan Mursyid yang siddiq, seseorang hamba Allah akan selamat sampai kepada Allah (mencapai Tauhid yang hakiki).
IMAN tidak akan berdiri melainkan pada HATI yang SUCI BERSIH.
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan