Rabu, 25 September 2024

sambongan..

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


WAJIB MEMPELAJARI PRINSIP AHLUS SUNNAH DAN JUGA MENGETAHUI 72 GOLONGAN SESAT



sambongan..

Perhatikan beberapa contoh penyelewengan dan kesesatan yang telah terjadi di kalangan orang2 yang mengaku Ahlus Sunnah sendiri.  Mereka mengaku Ahlus Sunnah tetapi terjatuh kepada Golongan Sesat disebabkan tidak mengetahui Ajaran dan Doktrin Sesat.

Contoh 1:

Beri'tiqad Allah menetap di Arasy.

Ini adalah i'tiqad sesat dan kufur yang dianuti oleh Golongan sesat  Mujassimah tetapi ada orang2 Islam terpengaruh dengan ajaran ini. Na'uzubillah.

Bahkan tidak kurang juga ustaz ustazah mempunyai ijazah, Dr, Profesor terpengaruh dengan ajaran sesat ini dan mendakyahkannya di Masjid2 dan surau2...! Mereka ini adalah berfahaman Wahhabiyyah (khawarij zaman ini)

Orang2 ini menukil kitab2 Ahlus Sunnah juga tetapi menyelewengkannya kepada fahaman sesat mereka.    Mereka sengaja mengubah perkataan Imam2 Ahlus Sunnah agar sesuai dengan i'tiqad BATIL mereka...!

I'tiqad dan Pegangan Ahlus Sunnah yang benar berhubung dengan hal ini adalah :

Allah Ta'ala TIDAK menetap di Arasy, TIDAK menetap di langit,  TIDAK juga duduk di bumi, bahkan Dia TIDAK menetap / duduk / tinggal di mana2 tempat pun, kerana istilah "menetap, tinggal, duduk, istirehat, bersimpuh dsb hanya layak bagi makhluq.   Hanya makhluq menempati makhluq, hanya makhluq menetap atas makhluq. 

Apabila kamu nisbahkan Allah Ta'ala menetap di langit atau menetap /  istirehat di  Arasy, maka kamu telah mempersekutukan Allah Ta'ala.

Jika demikian bagaimana i'tiqad sebenar Ahlus Sunnah?

I'tiqad yang WAJIB dijadikan pegangan adalah:

Allah Ta'ala istiwa di atas Arasy dan kaifiyyat istiwa TIDAK diketahui.   DILARANG berkata atau i'tiqad Allah Taala menetap atau tinggal di Arasy.

✨🕌✨Firman Allah:

 ٱلرَّحْمَـٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ

Bermula (Allah), Tuhan bernama Ar-Rahman istiwa  di atas Arasy. 

[Surah Toha (20) : Ayat 5]

Mentafsirkan ayat ini...

Berkata Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

"Al-kaif (caranya) Tuhan istiwa  di atas 'Arasy tidak diketahui. Maka DILARANG bertanya bagaimana Tuhan di Arasy.     Bertanya atau membincangkan atau membahaskan cara @ bagaimana Tuhan istiwa di atas Arasy adalah bid'ah kesesatan."

[Tamat petikan Kitab Al Ghunyah Imam Jilani]

Contoh 2:

Menuduh Sambutan Maulid Nabi sebagai bid'ah sesat.

Ini adalah fahaman dan pegangan Golongan Wahhabiyyah (khawarij) yang sesat.

Ahlus Sunnah berpegang bahawa menyambut Maulid Nabi, membesarkan Baginda dengan puji-pujian adalah Sunnat dan mendapat ganjaran besar bagi mereka yang memuliakan Baginda dengan berbagai  bacaan Solawat, Qasidah, Barzanji dll yang telah termaktub di dalam kitab2 Auliya  Allah yang masyur di kalangan ummat.

Contoh 3:

Menuduh Tasawwuf dan Toriqat sahih dari Rasulullah sebagai sesat.

Ada orang Islam yang jahil  menuduh   ilmu Tasawwuf sebagai ajaran yang berasal dari ajaran Hindu, Panjthan, Majusi dll.  

Golongan ini juga menuduh semua Toriqat sebagai ajaran sesat.  Mereka menuduh Toriqat Naqsyabandiah, Qodiriyyah, Samaniyyah, Saziliyah dll sebagai ajaran sesat.   Na'uzubillah.

Toriqat Qodiriyyah adalah hasil ijtihad  Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani , seorang Auliya Allah berketurunan Rasulullah 

Toriqat Naqsyabandiah adalah ijtihad Al Qutb  Shaikh Baha'Uddin Shah Naqsyabandi,  Bukhara.   Asal Toriqat ini diamalkan oleh Junjungan Rasulullah  dan para Sahabat Baginda.  

Shaikh Baha'Uddin cuma menghimpun dan berijtihad memberi nafas baru kepada Manhaj Pendidikan yang diwarisi daripada  Rasulullah .

Toriqat Saziliyah adalah ilham dan Ijtihad Al Qutb Imam Abu Hasan Sazili Radhiallahu Anhu.

Demikian lah semua Toriqat yang sahih Mu' tabar didirikan oleh Ulama Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah yang juga berketurunan Rasulullah .

Semua Toriqat Mu'tabar mempunyai susur galur pengambilan sampai kepada Khulafa Ar Rasyidin dan akhirnya sampai kepada  Junjungan Besar Rasulullah .

Adakah kamu menuduh sekalian Imam2 Ahlus Sunnah yang mulia yang mendirikan Toriqat itu sesat?

Wal Iyazubillah...!

Sesiapa pernah menuduh sesat atau menyangka buruk kepada Auliya Allah itu WAJIB taubat dan WAJIB mengucap Syahadah kembali kerana memusuhi Auliya Allah menjadikan seseorang itu tanggal Iman dan Islamnya.

Wal Iyazubillah.

Demikianlah beberapa contoh yang kami sempat sebutkan secara ringkas.

Banyak lagi contoh2 kesesatan  lain yang sedang menimpa ummat ini.  Akibat dari kejahilan akan pegangan Ahlus Sunnah yang benar (tulen) sendiri, dan akibat dari kejahilan fahaman2 sesat... sebahagian ummat ini memusuhi Ahlus Sunnah dan  telah jatuh kepada kesesatan tanpa mereka sedari....!

Wal Iyazubillah...!

Sedarlah....

Akhir zaman penuh dengan tipu daya, penyelewengan dan kesamaran.

✨🕌✨Rasulullah     bersabda:

Segeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti malam yang gelap gulita. Di pagi hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di petang harinya. Di petang hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di pagi harinya. Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia.”
[Imam Muslim]

Menurut tafsiran Ahli Ma'rifat Yang Baginda maksudkan adalah zaman ini, zaman penuh tipu daya. .. di mana yang BENAR akan dituduh dan SESAT, sementara yang BATIL akan dinaikkan sebagai kebenaran.  

Inilah zamannya...!

Kesimpulannya:

Pelajari Prinsip Ahlus Sunnah sungguh2 dan berpegang teguh padanya.  Pada masa yang sama ketahui juga secara ringkas ajaran dan doktrin sesat untuk menjauhinya.

JANGAN sesekali berkata ini halal ini haram tanpa pengetahuan yang benar

JANGAN sesekali menuduh sesat tanpa pengetahuan yang haq.   Pelajari Pegangan Ahlus Sunnah yang benar dari Mursyid yang siddiq (pewaris Nabi yang muhaqqiq) atau dari ustaz yang benar2 mengetahui dan berpegang kepada Ahlus Sunnah yang benar (tulen)

AWAS... JANGAN terpedaya kepada Golongan Wahhabiyah (khawarij) atau Syi'ah (rafidhi) atau sekular yang sering  menuduh  amal soleh  Ahlus Sunnah sebagai Bid'ah sesat.  Yang benar adalah : Mereka itulah golongan bid'ah sesat.

AWAS... Jarak IMAN atau KUFUR boleh jadi hanya satu garis halus.

Jalan keluar yang paling selamat adalah mencari Mursyid yang siddiq (Pewaris Nabi yang muhaqqiq) dan berpegang kepadanya.   Mursyid yang siddiq TIDAK akan berdusta.  Mereka adalah hamba2 Allah yang takut kepada Allah, memegang Amanah Allah atas muka bumi memimpin manusia kepada Ketuhanan. 

Orang awam yang belum bertemu seorang Mursyid Pewaris Nabi ini, bersertalah Ummat terbanyak Ahlus Sunnah dan ikutilah pegangan mereka. Kenali Ahlus sunnah yang benar (tulen) dan kenali juga Ahlus Sunnah PALSU dan golongan tersesat supaya TIDAK terjatuh kepada golongan sesat tanpa disedari. 

Pada zaman ini golongan Ahlus Sunnah PALSU dan golongan sesat ada di mana2... termasuk di dalam  jemaah2 yang bernama Islam, Universiti, jabatan2 kerajaan dan Pejabat Agama. 

Sesiapa yang ikhlas mencari Allah, mencari jalan Ahlus Sunnah yang benar pasti akan ditunjukkan oleh Allah.

 

ِاِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


SUMBER:

WAJIB MEMPELAJARI PRINSIP AHLUS SUNNAH DAN JUGA MENGETAHUI 72 GOLONGAN SESAT

Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 




     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...