بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
IMAN : Penghayatan HATI dan RUH
Haqiqat Iman iaitu Iman yang sebenar dalam bentuk Penghayatan HATI dan RUH
Hanya diperoleh oleh seseorang setelah dia berusaha sungguh2 menyucikan batinnya
daripada sekalian kekotoran ma'nawiyyah iaitu kekotoran di dalam jiwa seseorang yang
menyebabkan dia terhalang dari memperoleh Iman — Tauhid — Ma'rifat yang hakiki.
Kekotoran ma'nawiyyah ini adalah:
💥Syirik khafi
💥Mazmumah
💥Ghaflah
..........yang melekat pada HATI.
Semua kekotoran ini mestilah dibersihkan dengan MUJAHADAH pada Jalan
Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid yang siddiq (Pewaris Nabi yang muhaqqiq),
untuk memperoleh keimanan yang sejati.
Apabila HATI seseorang telah benar2 suci dari segala kekotoran ma'nawiyyah
ini, maka akan datang Cahaya Ketuhanan melimpah ke dalam hatinya.
Cahaya Ketuhanan ini akan menjadi makin besar dan luas menurut keta'atan dan
Ubudiyyahnya yang benar2 ikhlas.
Makin banyak mujahadahnya dan ibadahnya makin besar Cahaya Ketuhanan
di dalam hatinya. Dan inilah ukuran ketinggian keimanan seseorang di sisi Allah.
Dengan demikian fahamilah:
Haqiqat Iman adalah Cahaya Ketuhanan di dalam hati.
Iman bukan sekadar pengakuan atau teori2 yang dihafal.
Langkah permulaan kepada pencapaian haqiqat IMAN ini adalah:
Penyucian jiwa dari sekalian kekotoran yang menghijabkannya daripada Allah Ta'ala.
APAKAH HAQIQAT IMAN? IMAN ADALAH CAHAYA KETUHANAN DALAM HATI
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan