Isnin, 25 November 2024

ISLAM & IMAN (2)

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu :

"Setiap Iman adalah Islam dan tidaklah setiap Islam itu bererti Iman. Ini kerana Islam bererti penyerahan dan ketundukan. Setiap Mu'min pasti menyerahkan diri dan tunduk kepada Allah, tetapi tidaklah setiap yang berserah diri beriman kepada Allah, kerana (misalnya) dia menyerahkan diri kerana takut pedang. Dengan demikian Iman merupakan nama yang mencakupi berbagai sebutan, baik dalam wujud perbuatan maupun ucapan, sehingga mencakup segala bentuk keta'atan."

[Al-Ghunyah Li Thalibi Toriqil Haqq]


Semua manusia yang beriman adalah dia Islam 

tetapi 

Bukanlah semua yang mengaku Islam itu beriman  

atau 

di dalam perkataan lain:  

Islam adalah ungkapan umum kepada semua orang yang masuk di dalam kelompok Islam, sama ada sebab dilahirkan di kalangan ibu bapa yang Muslim 

atau 

disebabkan dia menganut Islam.  

Sedangkan orang beriman sudah pun secara automatik Islam.

Mengapakah demikian?

🔆Orang yang beriman telah memperoleh "Cahaya Ketuhanan" di dalam hatinya. 

🔆Iman di dalam hatinya akan menggerakkannya melakukan keta'atan dan ubudiyyah kepada Allah Ta'ala.  

🔆Maka dia termasuk orang Islam yang menyerahkan dirinya kepada Allah Ta'ala.



... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ



SUMBER:

SETIAP IMAN ADALAH ISLAM TETAPI ISLAM BELUM TENTU IMAN

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 





    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...