بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
Peringatan Yang Dimuliakan Tuan Guru pada setiap kali kuliah pengajian:
☘️MENGENAL ALLAH DAHULU KEMUDIAN BERIBADAT
☘️ISTIQAMAH UNTUK KENAL ALLAH
☘️CARI REDHA ALLAH SAHAJA
Tegas beliau lagi....
Penghayatan letaknya di dalam HATI ; tidak mencukupi jika penghayatan di dalam aqal sahaja
Menuntut ilmu adalah fardhu ain
Tidak menuntut ilmu hukumnya berdosa
Kita tidak dihalang untuk menuntut ilmu tetapi hendaklah diseimbangkan dengan kekuatan KEROHANIAN
Tidak sah IMAN jika percaya pada khabar sahaja. Contoh: Akal sahaja yang yakin akan hari kiamat akan datang tetapi tiada keyakinan sepenuhnya / was-was di dalam hati.
Walaupun mempunyai kepakaran di dalam bidang Usuluddin dan Syari'ah, hafaz Al Qur'an dan Hadis tetapi tidak belajar untuk bersihkan hati - keadaanya masih ZON iaitu 70% yakin ; 30% was-was. Belum bebas dari Syirik Khafi.
Iman orang awam adalah ILMU YAQIN sahaja jika belum melalui proses PENYUCIAN HATI. Ianya bertingkat-tingkat:
KEIMANAN |
YAKIN |
RAGU |
WAHAM |
30% |
70% |
SYAK |
50% |
50% |
ZON |
70% |
30% |
Sila rujuk:
🍁 Kisah Imam Ghazali sebelum ambil keputusan untuk ikut Toriqat Rasulullah ﷺ
🍁Pengasas 72 golongan yang SESAT juga adalah orang Islam yang hebat - hafaz Al Qur'an dan Hadis; banyak solat tahajjud dan solat2 sunat tetapi tidak mengikut Toriqat Rasulullah ﷺ
Diri sentiasa berada di dalam DOSA apabila tidak dapat lepaskan PENYAKIT HATI seperti:
🌻Syirik Khafi ( sekutukan Allah di dalam HATI ) contohnya: Takabbur, 'Ujub, Sum'ah, Riya' dan Bergantung kepada makhluk
🌻Sifat2 Mazmumah ( sifat2 keji ) contoh: mengumpat dan buruk sangka
🌻Dosa2 Zahir contohnya: makan makanan HARAM dan berjudi
🌻Ghaflah ( lalai dari ingatkan Allah )
🌻Aghyar ( rasa KEAKUAN diri )
Oleh kerana itu,
Rasulullah ﷺ telah mendidik para sahabat terlebih dahulu untuk SUCIKAN HATI selama 13 tahun semasa di Mekah. Pengikut baginda seramai 313 orang. Di Madinah pula, para sahabat dididik selama 10 tahun.
Tahun ke - 10 kerasulan - barulah ibadah solat diturunkan. Kemudiannya, diikuti pula perintah untuk ibadah2 lain seperti Puasa, Zakat dan Haji.
( Peperangan Badar tahun ke-2 Hijrah. Tentera Muslim dari Madinah seramai 313 orang manakala puak Quraisy dari Mekah seramai 900 orang. Kemenangan berpihak kepada tentera Muslim yang dipimpin oleh Baginda Rasulullah ﷺ kerana kekuatan keimanan yang tiada keraguan kepada Allah )
NOTA PENGAJIAN KULIAH BULANAN
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan