Isnin, 18 November 2024

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Setiap Muslim Wajib Berpegang Kepada Mursyid yang Siddiq


Sekali lagi kami tegaskan, Perintah Allah ini menjadi bukti kewajipan setiap Muslim berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, berserta dengan mereka dan sabar agar mereka mencapai kejayaan.

 

Semasa hayat Rasulullah , Baginda adalah Pemimpin kepada Ummat Islam. Setelah kewafatan Rasulullah  ﷺ, para Sahabat menggantikan Baginda di dalam urusan mendidik dan memimpin Ummat kepada Allah dengan selamat. Setelah kewafatan Sahabat, Amanah ini berpindah kepada sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.

 

Pengajaran terpenting di sini adalah :   Setiap orang Islam wajib berserta dengan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, demi keselamatan Agama mereka. Ini kerana hanya Mursyid yang Siddiq mengenal Allah dengan sebenarnya dan di dalam Pimpinan Allah dan Rasul-Nya.  Hanya mereka diberi kemampuan untuk kekal berzikir ingat Allah dan mendirikan ubudiyyah sepanjang masa.




SUMBER:

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR

( Petikan : Fasal 3 - muka surat 101-102)

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 





   Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...