Rabu, 13 November 2024

PERKEMBANGAN ILMU-ILMU ISLAM AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH (5)


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


PERKEMBANGAN ILMU-ILMU ISLAM AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■




PENJELASAN
□□□□□□□□□□□



💫 USUL

💫 FURU'

☘️USUL 👉🏽 setiap perkara berkaitan / bersentuhan simpulan keyakinan dalam hati dipanggil TAUHID @ AQIDAH @ IMAN @ KEYAKINAN @ KEPERCAYAAN

☘️FURU'  👉🏽 Setiap perkara agama yang berkaitan dengan amal tubuh, perkataan lidah atau amal hati ;  semua ini meliputi  ibadah, muamalah,.munakahat, jenayat, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa.

🍁Jika dinisbahkan kepada sebatang pohon, maka:

USUL adalah umpama akar umbi kepada pohon, sementara FURU'  adalah umpama batang, cabang, dahan dan ranting dan buahnya.

🍁Jika diibaratkan bangunan:

USUL adalah fondasinya yang tertanam di bawah bumi, sementara FURU' adalah bangunan yang terbina di atasnya.

🍁Perhatikan baik2 : Dalam setiap keadaan di atas POKOK atau DASAR terpenting adalah "base" nya iaitu "AKAR", "FONDASI" nya.

Tiada bangunan dapat berdiri teguh tampa dasar fondasinya yang kukuh.

Jika binaan di atasnya cacat, masih ada peluang baikinya.  Tetapi jika dasarnya roboh, seluruh bangunan akan roboh.

🍁Inilah salah satu contoh pembahagian Ilmu Deenul Islam.  

AQIDAH @ IMAN @ TAUHID adalah bahagian terpenting bagi seseorang. 

Apabila sah AQIDAH @ IMAN @ TAUHIDnya, maka barulah guna segala amalnya. 

Jika AQIDAH @ IMANnya BATAL, maka segala amalnya tiada berguna.


Wallahu A'lam


SUMBER:

SIRI RENCANA PILIHAN : PERKEMBANGAN ILMU-ILMU ISLAM AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 



(telah disyarahkan pada Kuliah Pengajian Bulanan dan Kuliah Subuh Suluk)
  🌿🍀🌿🍀🌿🍀🌿🍀🌿🍀🌿🍀🌿🍀🌿🍀🌿🍀🌿🍀🌿
🌿🍀



    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...