Rabu, 22 Januari 2025

ARASY (13)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


...sambungan...


Jarak, panjang, pendek dan seumpamanya hanyalah perlambangan untuk menunjukkan hubungan makhluk dengan makhluk BUKAN makhluk kepada Tuhan.


Susah faham?

Sekali lagi…. perhatikan dari hati yang jernih….

Perjalanan Rasulullah 
 yang sedemikian jauhnya dari bumi, .....  walaupun Baginda menempuh jarak yang amat jauh, namun ianya tidak mempunyai apa2 makna kepada kewujudan Zat Allah Ta’ala.  Walaupun jaraknya billion batu dari bumi, namun pada kewujudan Allah Ta’ala Yang Maha Besar, jarak itu tiada makna apa2.  Barangkali perjalanan itu hanya 1 inci, atau sedikit dari itu.  Apakah maksudnya.?

Maksudnya adalah :

Allah Ta’ala Maha Besar yang tiada had dan batas kebesaran-Nya. Allah Ta’ala Maha Meliputi sekalian alam, sehingga tiada wujud “jarak” antara-Nya dengan makhluk.

Walaupun Rasulullah 
 menempuh jarak yang sangat jauh ke Arasy, namun Zat Allah Ta’ala tetap seperti sediakala. Sama ada Rasulullah ﷺ naik ke atas Arasy atau kembali ke bumi, semua itu TIDAK  menambahkan “jarak” atau mengurangi “jarak” nisbah kepada Zat Allah Ta’ala.  Walaupun Rasulullah  bergerak ke kanan atau ke kiri, ianya tidak mengalihkan arah nisbah kepada kewujudan Zat Allah Yang Maha Besar dan Maha Meliputi…! 

“Jarak” yang jauh itu hanyalah menunjukkan ukuran pada sisi makhluk. Allah Ta’ala tetap sediakala sama ada Rasulullah 
 
berada di Madinah atau berada di atas Arasy. 

Allah Ta'ala sangat hampir dengan makhluk-Nya.

Rasulullah  tetap melihat Allah Ta’ala sama ada ketika Baginda di bumi atau di atas Arasy.

Di sini, timbul satu kemusykilan lain,…  Jika demikian apa tujuan Allah Ta’ala menjemput Baginda ke Arasy?

Jawapannya :

Kita sudah menyebut pada awal perbincangan, bahawa Mi’raj Rasulullah  
 ke Arasy mengandungi suatu perlambangan abstrak yang sangat halus dan istimewa yang menunjukkan “maqam” dan “kedudukan” hamba Allah yang Mu’min.    Pertama sekali sudah tentu menunjukkan Keagungan Allah Ta’ala dan ciptaan Arasy-Nya yang tersangat hebat.  Kedua sebagai suatu kemuliaan yang sangat istimewa kepada Rasulullah .  Ianya merupakan lambang dan maqam Rasulullah  yang amat tinggi  mengatasi makhluk lain.



.. bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ




SUMBER:

SIRI RENCANA PILIHAN : ARASY
Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 







 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...