Selasa, 14 Januari 2025

ARASY (2)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



2.0 Pengertian Arasy



Menurut pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Arasy adalah makhluk ciptaan Allah.  

....Dan dikatakan Arasy adalah makhluk ciptaan Allah yang terbesar, yang mempunyai jisim (maksudnya adalah mempunyai jirim berupa benda yang boleh dikesan oleh pancaindera, tetapi dighaibkan oleh Allah) kedudukannya tertinggi dari sekalian makhluk.

Rupanya seperti kubah dan mempunyai tiang2 dan dipikul oleh Malaikat2 yang gagah.  Banyak lagi malaikat lain  sentiasa bertawaf mengelilingi Arasy.

Ini bermakna Arasy itu BUKAN "metafora", BUKAN sebuah “bayangan”, BUKAN khayalan, BUKAN awang-awangan, tetapi benar2 wujud di dalam bentuk jisimnya yang tersendiri.

Rupanya yang sebenar dan hakikat yang tersembunyi tidak diketahui oleh orang2 awam, hanya diketahui oleh Arif Billah yang dibukakan oleh Allah Ta’ala kepada Maqam Mukasyafah yang tahqiq.
( RUJUK TAJUK AHLI MA'RIFAT - PETIKAN SIRI 6 dan 7 : TAJUK : PEMBAHAGIAN TINGKATAN ORANG BERIMAN @ TAUHID )

Walau bagaimanapun mereka (Arif Billah) tidak membuka kebanyakan rahsia Arasy, melainkan sedikit sahaja untuk tujuan pendidikan dan keyakinan murid2 mereka.




... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ




SUMBER:

SIRI RENCANA PILIHAN : ARASY
Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 


NOTA KULIAH





 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...