Rabu, 15 Januari 2025

ARASY (4)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



...sambungan...


Kelima : Arasy mempunyai tiang2


Rasulullah صلی اللہ علیہ وسلم bersabda :
“Sesungguhnya manusia pengsan pada hari Qiamat, lalu aku adalah orang yang pertama sedar, seketika itu aku mendapatkan Musa sedang memegang sebuah tiang dari tiang-tiang Arasy, maka aku tidak tahu apakah dia telah sedar sebelumku ataukah dia dibebaskan (dari pengsan tersebut) karena telah pengsan di Bukit Thursina.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim].


Keenam : Malaikat bertawaf mengelilingi Arasy sambil memuji2 Allah Ta’ala

Firman Allah Ta’ala :


الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَىْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ

“(Malaikat-Malaikat) yang memikul Arsy dan (malaikat) yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan):”Ya Tuhan kami, Rahmat dan Ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala.”
[Al-Mu’min @ Ghafir (40 ) : Ayat 7]


Ketujuh : Keluasannya - Teramat luas


Rasulullah صلی اللہ علیہ وسلم bersabda :

"Tidaklah langit yang tujuh dibandingkan Kursi, melainkan umpama sebuah cincin di tanah yang tandus. Sedangkan kelebihan Arsy dibandingkan Kursi, seperti kelebihan tanah tandus itu dibandingkan cincin tersebut."
[Imam Ibnu Abi Syaibah, Imam Baihaqi]


Penjelasan Ahli Ma'rifat:

Rasulullah   berikan gambaran yang jelas berkenaan Arasy apabila Baginda menyebut berkenaan keluasannya berbanding dengan sekalian ciptaan Allah.  Iaitu sekalian makhluk ini apabila dibandingkan dengan Arasy  Allah, semua itu hanya bagaikan sebentuk cincin di padang pasir Sahara yang amat luas. 


Ertinya apa?


Maksudnya sekalian yang maujud (makhluk) ini tiada apa2 dibandingkan dengan keluasan dan ketinggian Arasy Allah, sehingga boleh dikatakan tiada wujud pada pandangan mata kasar. 
Demikianlah hebat dan tingginya Arasy Allah.

 


... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ




SUMBER:

SIRI RENCANA PILIHAN : ARASY
Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 







 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...