بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tanda-tanda Utama Ahlus Sunnah Wal Jama'ah ialah:-
(sambongan)
8. HARAM dan berdosa besar mengkafirkan atau hukum sesat atau hukum syirik kepada seseorang Muslim atau satu kumpulan orang Islam dengan semata2 pendapat aqal / nafsu.
Hak jatuhkan hukuman pada individu atau kumpulan adalah pada Ulama Pewaris Nabi yang mahir di dalam selok-belok hukum Agama serta Mahkamah Islam.
Orang awam cuma menasihati / memberi peringatan / amaran kepada orang2 yang tersalah jalan.
9. Haram, berdosa besar dan masuk kepada kekufuran orang2 yang mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith mengikut pendapat aqalnya.
Maksud haram mentafasirkan Al Qur'an dan Hadith mengikut aqal adalah cuba memahami ayat Qur'an dan Hadith Nabi mengikut pendapat sendiri dan jadikannya pegangan.
10. Meyakini perkara2 berikut berdasarkan Al Qur'an, Hadith serta Fatwa Ahlus Sunnah:
(1) Yakin Kewujudan Nur Muhammad.
(2) Rasul, Nabi, Aulia Allah (yang telah wafat) hidup di alam Barzakh secara istimewa dan harus ditemui / bertemu orang soleh yang hidup.
(3) Sunnat ziarah Maqam Rasul, Nabi, Wali Allah dan umum orang beriman.
(4) Sunnat mengambil barakah dari tubuh Nabi seperti rambut, air liur, peluh atau pakaian baginda, sama ada ketika Baginda hidup atau sesudah wafat.
(5) Harus tawassul melalui Rasulullah, Auliya Allah dan orang-orang soleh.
(6) Sunnat menyambut dan muliakan Maulid Nabi.
(7) Harus bahkan boleh jadi sunnat mengadakan tahlil dan kenduri arwah.
(8) Harus menggunakan ruqyah, azimat, ta'weez, Aufaq yang menepati syarat2 yang telah difatwakan oleh Ulama Mu'tabar.
(9) Bersikap pertengahan di dalam menyambut bulan2 kemuliaan tertentu seperti Muharram, Rejab, Sya'ban dan jauhi sama sekali golongan ghuluw yang melampaui ketentuan Agama. (Ahlus Sunnah)
Ertinya TIDAK menolak terus kemuliaan2 di dalamnya serta beramal sesuai dengan ketentuan Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar.
(Jauhi sikap Wahhabiyah)
Pada masa yang sama TIDAK pula berlebihan sehingga mencipta ayat palsu, hadith2 palsu dan khabar palsu.
(Jauhi sikap Syi'ah Rafidi)
(10) Fatwa2 lain yang diputuskan oleh Ulama Ahlus Sunnah dari semasa ke semasa.
Jika kalian memahami ASAS-ASAS terpenting Ahlus Sunnah Wal Jamaah ini, kalian sudah memperoleh kebaikan yang banyak.
Cara paling selamat bagi setiap orang beriman adalah mencari dan berguru kepada Warisatul Anbiya yang siddiq. (benar), iaitu Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat yang benar2 mewarisi ilmu Nabi zahir dan batin, jasmani dan ruhani, syari'at dan haqiqat.
Mereka adalah insan2 terpilih yang sentiasa berserta Allah, sentiasa di dalam pimpinan ruhaniah Rasulullah ﷺ. dan sentiasa di dalam kebenaran. Mereka tidak bawa kalian melainkan kepada Allah. Maka berserta mereka itulah keberuntungan yang sebenar. Ini telah sepakat Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar.
Demikianlah 10 TANDA UTAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH yang telahpun dikuliahkan kepada kami ahli jamaah semasa kuliah pengajian bulanan mahupun semasa di dalam SULUK. Alhamdulillah... Syukur kepada Allah atas nikmat Ilmu dan Amal yang dikurniakan. Limpahkanlah kepada kami akan Rahmat-Mu, Redha-Mu dengan segala kebaikan di Dunia dan di Akhirat.
Aamiin Ya Rabbal ' Alamin
SUMBER:
10 TANDA UTAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan