Khamis, 25 Julai 2024

AHLU SUNNAH WAL JAMAAH (4)

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



10 TANDA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH yang telah diterangkan sebelum ini menunjukkan bahawa kita WAJIB tahu dan  mempelajarinya prinsip-prinsipnya.

Berikut adalah nota catatan Kuliah Subuh semasa SULUK bertarikh 6.3.2023 :-

Tuan Guru Yang Dimuliakan lagi Dikasihi telah menerangkan dengan lebih jelas lagi mengenai Jalur Ahlu Sunnah Wal Jamaah  bahawa: 

⭐️Jalur Ahlu Sunnah Wal Jamaah tidak pernah berpecah. Silsilah Rasulullah ﷺ ini kekal sampai Qiamat dan sentiasa di dalam peliharaan Allah Ta'ala.

⭐️72 golongan telah keluar dari Jalur Ahlu Sunnah Wal Jamaah seperti golongan Khawarij (Wahhabiah - zaman ini) dan golongan Mu'tazilah. Adalah wajib mempelajari ciri-ciri 72 golongan sesat berkenaan dan bersungguh-sungguh menjauhi mereka. 

( Sebelum ini... pengetahuan yang sedia ada adalah... ada 73 golongan dengan JALUR masing-masing ; Satu jalur daripadanya adalah jalur Ahlu Sunnah Wal Jamaah..Ternyata ini TIDAK BENAR sama sekali! )

⭐️Kepimpinan Ahlu Sunnah bermula sebaik sahaja kewafatan Junjungan Besar ﷺ,  iaitu pada zaman Kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin — Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali Ridhwanullah.  

⭐️Golongan yang tidak ikut Ahlu Sunnah Wal Jamaah, bererti tidak ikut silsilah Rasulullah adalah SESAT - FASIQ.
 
⭐️Pengakuan sebagai ahli Ahlu Sunnah Wal Jamaah tidak bererti sudah ikut dan amalkan prinsip2 Ahlu Sunnah Wal Jamaah. 

⭐️Golongan Ahlu Sunnah Wal Jamaah wajib mengikut sepenuhnya serta amalkan 100% :

        1. Syari'at

        2. Toriqat

⭐️Kedua² Syari'at dan Toriqat terbit dari Wahyu Ilahi.  Kewajipan amalkan Syari'at dan Toriqat turun bersama Wahyu pertama. Cuma pada hayat Rasulullah ﷺ belum ada pembahagiannya. Penyusunan dan pembahagian kedua2 Ilmu ini berserta syarat, adab, peraturan, hukum semua ini dilakukan oleh Ulama Mu'tabar kemudiannya, iaitu pada Zaman Tabi'in.

⭐️Ilmu Toriqat diwajibkan terlebih dahulu sebelum Syari'at.  Menurut Manhaj Al Qur'an yang Allah Lebih Mengetahui segala rahsianya, Syari'at hanya diwahyukan selepas 10 tahun Kerasulan Nabi Muhammad ﷺ dengan Perintah mengerjakan Solat sedangkan Toriqat iaitu Proses Penyucian Jiwa sahabat Nabi sudah bermula dengan Wahyu pertama ini.  Perhatikan sungguh2 akan hakikat ini.

⭐️Suatu hakikat yang tidak ramai yang menyedarinya, iaitu Ilmu Toriqat, Ilmu mendidik Jiwa, Ilmu Tazkiyyatunnafs dilaksanakan oleh Rasul jauh terlebih dahulu dari Ilmu Syari'at. 

SUMBER:
DALIL TORIQAT : DALIL WAJIB AMALKAN TORIQAT
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah 




     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...