Ahad, 29 September 2024

Ceramah Tuan Guru - kali Pertama

 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Merujuk semula nota catatan ceramah pertama yang telah disampaikan oleh Tuan Guru di dalam satu Kursus Pembangunan Profesionalisma Berterusan pada 14 Julai 2019; anjuran satu jabatan di IPTA selatan tanah air… 

Sebelum itu.. Penghargaan dirakamkan sekali lagi buat AJK yang menganjur dan menguruskan kursus dengan baik. Terima kasih berikan saya peluang mengikuti kursus berkenaan di saat-saat akhir. Alhamdulillah Syukur kepada Allah.


Ceramah Tuan Guru dimulakan dengan bait-bait kata...

Ceramah Tuan Guru dimulakan dengan bait-bait kata...

Iman Tauhid Akidah Makrifah amat berharga kepada kita berbanding perkara-perkara lain

 

Seterusnya, ceramah Tuan Guru menerangkan hal-hal yang berkaitan dengan Prinsip Ahlus Sunnah Wal Jamaah. 


Persoalan demi persoalan pun bermulalah…


    Mengapakah  Ahlus Sunnah?

 

    Kursus yang dihadiri bertajuk “ Program Murnikan Solat ”.

 

   Apakah kaitannya dengan Akidah Makrifah?

 

   Ahlus Sunnah dipimpin oleh ulama Pewaris Nabi. Siapakah Pewaris Nabi? 


   Siapakah Ulama kita?

   Penjelasan Tuan Guru.....

   70% daripada Ulama kita mengakui Ahlus Sunnah tetapi sebenarnya bukan Ahlus Sunnah. 
   Mereka telah merosakkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dari dalam...
t    

Tanya Tuan Guru.... "Siapakah GURU kita?"

Beliau menegaskan... carilah GURU yang masih hidup...

Hal ini terus mengingatkan saya kepada Kuliah Tasawwuf hari Jumaat yang saya selalu hadir. Ustaz mengingatkan, pentingnya bimbingan seorang GURU. Saya masih samar2 akan hal ini. 


Dalam fikiran saya... adakah Tuan penceramah seorang Pemimpin Toriqat?

Apakah kaitannya dengan umat yang berpecah kepada 73 golongan? 72 golongan adalah SESAT manakala satu golongan lagi iaitu Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengikut jalan yang benar

 

Bila mengingatkan semula tentang pengisian ilmu sepanjang kursus seharian itu, Saya rasa sesuatu… lain dari yang lain…

Ianya menjentik fikiran dengan banyak persoalan…

Saya catat setiap butiran mutiara yang disampaikan. Saya faham amat sedikit sahaja kerana ianya memerlukankan penjelasan yang lebih daripada apa yang telah disampaikan. Saya berharap… saya dapat peluang itu pada masa yang lain nanti.





... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


SUMBER:

NOTA PROGRAM MURNIKAN SOLAT bertarikh 14.7.2019





     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Jumaat, 27 September 2024

Bilakan bermulanya Ahlus Sunnah?

 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



KHULAFA' AR-RASYIDIN PELOPOR AHLUS SUNNAH

 

Ramai yang tertanya²...

Bilakah Zaman Kepimpinan Ahlus Sunnah Wal Jamaah bermula? 

  Adakah kurun ke-3 atau kurun ke-5 atau kurun ke-7 atau lainnya?

 

Siapakah pelopor Ahlus Sunnah?

 

Siapakah pemimpin Ahlus Sunnah yang sebenarnya yang wajib diikuti? 

 

 

Jawapan yang ringkas:

 

Pertama:

Zaman Kepimpinan Ahlus Sunnah bermula sebaik sahaja kewafatan Junjungan Besar Rasulullah ﷺ, iaitu pada zaman Kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin — Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali Ridhwanullah.   BUKAN lahir pada kurun ke-3 atau ke-5 atau ke-7 atau lain2nya.   Dalilnya Kalam Allah yang ditafsir oleh Ulama Ahlus Sunnah..... 

 

✨🕌✨Firman Allah:


وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَٰطِى مُسْتَقِيمًۭا فَٱتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِۦ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ١٥٣

 "Dan inilah  jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain - jalan sesat), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.

[Al-An'am (6) : Ayat 153]

 

Imam Qurtubi:

Yang dikehendaki dengan Jalan Lurus adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.  Dan yang dikehendaki dengan "jalan cerai berai" adalah jalan kelompok2 bid'ah sesat yang keluar dari Saf Ummat. (72 Golongan sesat).  (Kemudian beliau menukil Hadith berkenaan perpecahan Ummat Islam kepada 73 golongan dan yang selamat hanya satu iaitu Ahlus Sunnah Wal Jama'ah)

[Tafsir Al-Jami' Al-Qur'an]

 

Dengan demikian ...

■  Sahabat adalah Ahlus Sunnah 

 

■ Tabi'in adalah Ahlus Sunnah

 

■ Tabiit-Tabi'in adalah Ahlus Sunnah 

 

Sekalian Imam, Shaikh yang mewarisi Ilmu dan amal Rasulullah ﷺ melalui bai'at dan musyafahah turun-temurun bersilsilah Rasulullah ﷺ adalah Ahlus Sunnah.

 

Catitan:

 

Tabiin adalah

Imam Ja'afar Siddiq, 

Imam Hasan Al-Basri, 

Imam Sufyan Ath-Thawri, 

Imam Abu Hanifah, Imam Malik dll

 

Tabiit-Tabi'in adalah:  

Imam Junaid Baghdadi, 

Imam Syafi'e, 

Imam Ahmad Ibn Hambal, 

Imam Abu Hasan Asy'ari, 

Imam Maturidi dll

 

Ulama Ahlus Sunnah kemudian:

Sulton Aluliya Shaikh Abdul Qodir Jilani, 

Imam Rofie, 

Imam Ghazali, 

Imam Syazili, 

Imam Rifa'ie, 

Imam Fakhruddin Ar-Razi, 

Imam Sayuthi, Imam Nawawi, 

Imam Haddad, 

Imam Haythami, 

Imam Romli, 

Imam Khatib Syirbini, 

Imam Tabari, 

Imam Qurtubi, 

Imam Ibn Kathir, 

Imam Al-Alusi, 

dan sekalian Mufassir dan Muhaddith dan Mujtahid dan Mujaddid sekalian yang diRahmati Allah kesemua mereka adalah Ahlus Sunnah.

 

Kedua:

Pelopor bagi Ahlus  Sunnah adalah Khulafa Ar-Rasyidin.  Dan merekalah turunnya Sistem Warisan Rasulullah ﷺ kepada Generasi Warisatul Anbiya (Pewaris Nabi) kemudiannya turun-temurun tanpa putus dengan jalan yang benar2 terpelihara keaslian dan kesuciannya.

 

✨🕌✨  Rasulullah   ﷺ  bersabda:

أُوْ سِيْكُمْ بِأَصْحَابِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ، وَفِيْهِ عَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ وَأِيَّاكُمْ وَالْفُرْقة فَأِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَا حِدِ وَهُوَ مِنَ الْأِثْنَيْنِ اَبْعَدُ فَمَنْ اَرَادَ بُحْبُوْحَة الْجَنَّةَ فَلْيَلْزَمِ الْجَمَاعَة (رواه التِرْمذِيُّ وَقَال حَسَنُ صَحِيْحٌ وَصَحَّحَهُ الحَاكِمُ)

 “Aku berwasiat kepada kamu untuk mengikuti sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah mereka“. Dan termasuk rangkaian hadith ini: “Tetaplah bersama al-Jama’ah dan jauhi perpecahan karena syaitan akan menyertai orang yang sendiri. Dia (syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa menginginkan tempat lapang di syurga hendaklah ia berpegang teguh pada al-Jama’ah”.

[Imam At-Tirmizi, Imam Haakim]

 

Ketiga:

Manhaj Ahlus Sunnah adalah satu2nya Manhaj yang dibangunkan dari Manhaj Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah ﷺ yang benar,  yang suci bersih, tiada ternoda, tiada penyelewengan serta terpelihara sepanjang zaman sampai Qiamat.

Manhaj Ahlus Sunnah tetap suci dan terpelihara keasliannya sampai Qiamat kerana ia di dalam Pemeliharaan Allah Ta'ala.

Kelompok bid'ah sesat lain (72 golongan) akhirnya akan musnah juga satu persatu... kecuali Khawarij (wahhabiyyah) dan Syi'ah (rafidhi) akan muncul semula pada zaman kedatangan Imam Mahdi 

 

Keempat:

Pemimpin Ahlus Sunnah yang wajib diikuti oleh sekalian Ummat Islam sekalian Warisatul Anbiya' yang dipilih oleh Allah. Dalilnya Firman Allah....

 

✨🕌✨  Firman Allah:

سُوۡرَةُ فَاطِر
 ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).

[Faathir (35) : Ayat 32]

 

Menurut  tafsiran Ulama Ahlus Sunnah  yang dimaksudkan dengan “Kitab”   adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat Allah  “yang Kami pilih dari kalangan hamba2 Kami” adalah ditujukan kepada   Mursyid / Warisatul Anibya / Ahli Ma’rifat, Ulama Arif Billah  yang benar2 kenal Allah dan mencapai martabat Tauhid yang hakiki pada Maqam Tauhid Maqam Mukasyafah Zat. 

 

✨🕌✨  Berkata Imam Jilani:

“Orang2 yang berilmu dan hikmah  (Mursyid / Ahli Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang di pilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”.   Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (baca : Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau di sebut juga  kasyaf  Ilahiyyah).

 

Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya:

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

 [Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]

 

Kunci perkataan yang wajib di fahami di sini adalah

[]      ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ   .... []

(Yang Kami (Allah) pilih dari kalangan hamba pilihan Kami)

Ertinya ayat ini mengisyaratkan dengan jelas bahawa sesungguhnya Allah Ta'ala yang memilih dan melantik Mursyid (Baca Pewaris Nabi yang siddiq) dari kalangan manusia untuk menjadi Pewaris Nabi bagi memimpin Ummat menurut Agama Suci Ilahi.

 

✨🕌✨ Firman Allah:

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas). Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”. 

[Surah Yusuf : Ayat 108]

 

Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh metafsirkan:

"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku"  adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar  (Pewaris Nabi yang Siddiq)  yang akan datang selepas Nabi Muhammad ﷺ,  yang akan mewarisi ilmu batin baginda dan kebijaksanaan baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah.  

Manusia yang demikian digambarkan sebagai   ۥ  وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ (Wali Mursyid - pelindung dan pembimbing sebenar)

[Surah al-Kahfi : Ayat 17] 

 [Rujukan : Sirrul-Asrar Fi Ma-Yahtaju Ilayhil Abrar.]

 

Kelima:

Memang benar istilah Ahlus Sunnah belum dimasyhurkan pada zaman Zaman kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin tetapi seluruh Sistem dan Prinsip Ahlus Sunnah sudah wujud ketika itu, kerana Prinsip Ahlus Sunnah tiada lain melainkan Al-Qur'an dan Perdirian Rasulullah ﷺ.

Insan2 yang paling memahami Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah ﷺ adalah para Sahabat khususnya Khulafa Ar-Rasyidin.  Dengan demikian dari merekalah lahir Ahlus Sunnah yang benar (tulen) serta bersambung Warisan Rasul kepada Generasi seterusnya sampai ke zaman ini tanpa putus. 

 

Adapun Imam Abu Hasan Asy'ari melakukan Ijtihad menghimpun hal2 berkaitan I'tiqad Ahlus Sunnah menjadi satu disiplin Ilmu yang tersendiri.  Hal ini serupa sebagaimana Ilmu Fiqh diijtihad oleh Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'e, Imam Ahmad dan Ilmu Tasawwuf diijtihad oleh Imam Junaid Al-Baghdadi.

 

Perhatikanlah ...

Sekalian hal ini penting bagi membezakan Ahlus Sunnah yang benar dengan Ahlus Sunnah PALSU yang bermaharajalela pada zaman ini.  

 

 Moga memperoleh petunjuk.


SUMBER:

SIRI RENCANA PILIHAN KHULAFA' AR-RASYIDIN PELOPOR AHLUS SUNNAH

Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 




     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Khamis, 26 September 2024

BAHAYA PENYAKIT HATI

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dua Bahaya Paling Besar Akibat Dari Penyakit Hati:

Pertama  : Terhapusnya amal Ibadah

Kedua     : Rosaknya Iman seseorang sehingga jatuh kepada fasiq
                 atau sesat                       

                 Wal Iyazubillah. 

Begitulah besarnya akibat dosa-dosa hati dan syirik dalam hati manusia. 

Bayangkan amal ibadah yang dilakukan selama hidup terbang sia-sia begitu saja?  

Mereka menyangka amal Ibadah mereka banyak tetapi “api” kesyirikan (Syirik khafi – syirik di dalam hati) dan dosa mazmumah telah memakan segala kebaikannya sehingga habis.  

Mereka menyangka mereka ahli Jihad, mereka menyangka mereka orang alim, mereka menyangka mereka ahli ibadah yang hebat tetapi mereka tidak menyangka atau sememangnya tidak tahu yang sekalian kebajikan mereka terbang melayang begitu sahaja hanya kerana satu dosa syirik khafi atau kerana satu dosa khianat atau lain-lainnya.

Sesungguhnya Dosa syirik khafi  (syirik dalam hati) lebih ditakuti oleh Rasulullah berlaku kepada Ummat Baginda berbanding dengan Syirik terang-terangan, kerana orang beriman mana pun tidak sesekali sembah berhala atau patung atau matahari atau lain-lain yang berupa berhala kebendaan, tetapi mereka seringkali terpedaya dengan syirik dalam hati.  

Bahaya besar tersembunyi yang sedang menyelubungi orang Islam dapat diperhatikan daripada Firman Allah dan Hadith Rasulullah .


Firman Allah Ta'ala:

 

 الَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ

 

“(Maka celakalah) bagi orang-orang yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang” 

[Al-Ma’un (107) : Ayat 6]

 

Sabda Rasulullah :

“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu.  Akan tetapi memperlihatkan kepada orang (berbuat Riya’) dengan amal mereka.”

[Imam Ibnu Majah, Imam Al-Hakim]

 

Oleh kerana bahaya besar inilah sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah sepakat bahawa mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, serta berpegang teguh dengan mereka adalah Fardhu Ain.  

Setiap Muslim diperintah berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq dan mujahadah sungguh-sungguh melawan nafsu sehingga terhapus segala penyakit hati ini.  

Kewajipan ini bukan hanya kepada orang awam yang jahil tetapi juga kepada mereka mempunyai berbagai ijazah atau masters atau PhD.  

Mereka juga wajib berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq bagi membuang segala penyakit hati mereka.  Bahkan mereka ini lebih perlu sungguh-sungguh mujahadah kerana berbagai penyakit takabbur dan riya’ yang sentiasa menguasai hati mereka.

Secara umum, mereka yang mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu seperti kelebihan llmu, banyak ibadah, memiliki kekuatan tubuh, kekayaan, kecantikan, kekuasaan, pangkat dan kedudukan dan lain-lain, lebih banyak dikuasai penyakit hati kerana kewujudan Riya’, ‘Ujub dan Takabbur yang lebih kuat mencengkam hati mereka.  

Bahaya yang lebih besar bakal menimpa orang-orang yang mempunyai kelebihan-kelebihan ini jika mereka tidak membersihkan hati mereka kerana mereka lazimnya akan condong kepada kezaliman, kefasikan atau kesesatan.

Hal ini bukan omongan kosong kerana begitulah terbukti di dalam sejarah kemanusiaan.  Perhatikan bagaimana orang-orang yang diberikan kelebihan-kelebihan duniawi berupa kekuasaan, kekayaan, kedudukan dan pangkat yang tinggi, akhirnya binasa kerana sombong, takabbur, riya’ atau lain-lain penyakit hati yang membinasakan.                  

Wal Iyazubillah. 

(Petikan : MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR m.s 121-122)


Sumber:

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR
Susunan:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah 





 
           Nur Qalbi

   🍀🌹🌹🌹🍀

 

GURU KEROHANIAN

 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


GURU KEROHANIAN


Berkata Imam Ghazali:

“Murid memerlukan seorang Mursyid atau Guru Kerohanian yang dapat diikutinya, agar dia menunjukkannya ke jalan yang lurus. (jalan benar yang di-Redhai Allah).  Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil, benar atau salah) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja).  Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh (Mursyid) yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpin dan memujuknya) menuju jalannya. 

[Ihya Ulumuddin Bab Ilmu]


         Nur Qalbi

   🍀🌹🌹🌹🍀

HATI

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


BERSIHKAN HATI


🍀JALAN MAKRIFAT adalah JALAN ALLAH dan JALAN RASUL - terhimpunnya Syari'at dan Toriqat ( bukannya semata-mata KEROHANIAN )     

🍀ZIKRULLAH adalah IBADAH tersendiri – ada untuk KAIFIYYAT bersihkan HATI

🍀Hanya  Jalan Makrifat sahaja boleh dapatkan TAUHID iaitu melalui ZIKRULLAH

🍀Bersihkan HATI adalah JIHAD... Jihad paling BESAR... Jihad sampai MATI

🍀ZIKRULLAH hidupkan IBADAT seperti Solat, Puasa dan Haji

🍀Tanpa ZIKRULLAH - IBADAT adalah kosong kerana tidak KHUSYU' dan juga tidak IKHLAS

🍀Melakukan IBADAT dengan matlamat GANJARAN seperti Pahala / Ganjaran Duniawi diumpamakan "Ikhlas kanak-kanak"

🍀Matlamat IBADAT adalah untuk mendapatkan KEREDHAAN ALLAH TA'ALA semata-mata 
    

JUSTERU,

 

Baginda NABI MUHAMMAD ﷺ diutuskan untuk menunjukkan cara-cara BERSIHKAN HATI

Baginda Rasulullah ﷺ didik sahabat selama 13 tahun di Mekah untuk sucikan HATI

Allah Ta'ala menurunkan Rasulullah ﷺ membawa Kalimat Tauhid yang Agung La-Ilaha-Illallah kepada sekalian manusia. Baginda bukan Sahaja diperintah da'wahkan Kalimat Agung ini secara umum kepada seluruh  manusia, tetapi juga diperintah mendidik para Sahabat dengan suatu Sistem Pendidikan Khusus sehingga mereka menjadi insan-insan suci dan mulia di sisi Allah.

 

Berpandukan Wahyu Ilahi, Rasulullah ﷺ mendidik  para Sahabat dengan penuh kesungguhan selama  13  tahun sehingga mereka memperoleh Ilmu Hikmah dan Ma'rifat yang tinggi.  Mereka menjadi hamba-hamba Allah yang bertaqwa yang dikasihi Allah.
 
Amalan  yang diwajibkan ketika itu (selama 10 tahun pertama (Nubuwwah) hanyalah Zikrullah. Tiada ibadah lain. Solat, Puasa, Zakat dan lain-lain belum diturunkan Ibadah yang difardhukan ketika itu hanyalah Zikrullah iaitu ingat Allah dalam hati secara berterusan.Ini yang dimaksudkan dengan Zikrullah yang wajib.



Sumber:

🍀Nota Kuliah Subuh SULUK

Siri Rencana Pilihan:
     Tajuk :  PROSES PENYUCIAN HATI SELAMA 13 TAHUN DI MAKKAH.
                  MENGAPAKAH DEMIKIAN LAMA WAKTUNYA MEMBENTUK 
                  IMAN?
                  Susunan
                  Shaikh Sayyid Abu Tohir
                  Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah 




 
           Nur Qalbi

   🍀🌹🌹🌹🍀




Rabu, 25 September 2024

72 GOLONGAN SESAT


 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



 72 GOLONGAN SESAT AQIDAH (TERKELUAR DARI AHLUS SUNNAH)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


Menurut penjelasan Imam Besar Ahlus Sunnah, Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عه  kelompok2 yang tersesat dari jalan Ahlus Sunnah adalah:

1. Khawarij - 15 kelompok

2. Mu'tazilah - 6 kelompok

3. Murji'ah - 12 kelompok

4. Syiah - 32 kelompok

5. Jahmiyyah - 1 kelompok

6. Najjariyyah- 1 kelompok

7. Dharariyyah - 1 kelompok

8. Kilabiyyah - 1 kelompok

9. Musyabbihah - 3 kelompok

Jumlah semua 72 golongan.


…………………………………………………



Ulama2 kemudian ada yang membuat pembahagian yang berbeza daripada pembahagian tersebut.   Umpamanya ada yang menggabungkan Jahmiyyah, Najjariah dan Dharariyyah menjadi satu di bawah tajuk "Jabbariyyah"  kerana asal ketiga2 kelompok itu adalah dari Jahm bin Sofwan yang asaskan faham Jabbariyyah

Ini bukan suatu persoalan besar.  Yang penting  dan yang pertama sekali kita perlu memahami sungguh2 pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah.  Kemudian barulah buat perbandingan dengan 72 golongan tersesat.

Bagi kita orang awam memadailah memahaminya sifat2 kelompok sesat ini  secara ringkas sahaja kerana setiap kelompok sesat itu terdapat perbahasan yang cukup luas dan rumit.

Wallahu A'lam


SUMBER:

72 GOLONGAN SESAT AQIDAH (TERKELUAR DARI AHLUS SUNNAH)

Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 




     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...