بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
Dua Bahaya Paling Besar Akibat Dari Penyakit Hati:
Pertama : Terhapusnya
amal Ibadah
Begitulah besarnya akibat dosa-dosa hati dan syirik dalam hati manusia.
Bayangkan amal ibadah yang dilakukan selama hidup terbang sia-sia begitu saja?
Mereka menyangka amal Ibadah mereka banyak tetapi “api” kesyirikan (Syirik khafi – syirik di dalam hati) dan dosa mazmumah telah memakan segala kebaikannya sehingga habis.
Mereka menyangka mereka ahli Jihad, mereka menyangka mereka orang alim, mereka menyangka mereka ahli ibadah yang hebat tetapi mereka tidak menyangka atau sememangnya tidak tahu yang sekalian kebajikan mereka terbang melayang begitu sahaja hanya kerana satu dosa syirik khafi atau kerana satu dosa khianat atau lain-lainnya.
Sesungguhnya Dosa syirik khafi (syirik dalam hati) lebih ditakuti oleh Rasulullah ﷺ berlaku kepada Ummat Baginda berbanding dengan Syirik terang-terangan, kerana orang beriman mana pun tidak sesekali sembah berhala atau patung atau matahari atau lain-lain yang berupa berhala kebendaan, tetapi mereka seringkali terpedaya dengan syirik dalam hati.
Bahaya besar tersembunyi yang sedang menyelubungi orang Islam dapat
diperhatikan daripada Firman Allah dan Hadith Rasulullah ﷺ.
الَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ
“(Maka celakalah)
bagi orang-orang yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang”
[Al-Ma’un (107) : Ayat 6]
Sabda
Rasulullah ﷺ:
“Aku sangat takut
syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan
dan batu. Akan tetapi memperlihatkan
kepada orang (berbuat Riya’) dengan amal mereka.”
[Imam Ibnu Majah,
Imam Al-Hakim]
Oleh kerana bahaya besar inilah sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah sepakat bahawa mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, serta berpegang teguh dengan mereka adalah Fardhu Ain.
Setiap Muslim diperintah berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq dan mujahadah sungguh-sungguh melawan nafsu sehingga terhapus segala penyakit hati ini.
Kewajipan ini bukan hanya kepada orang awam yang jahil tetapi juga kepada mereka mempunyai berbagai ijazah atau masters atau PhD.
Mereka juga wajib berguru
kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq bagi membuang segala penyakit hati
mereka. Bahkan mereka ini lebih perlu
sungguh-sungguh mujahadah kerana berbagai penyakit takabbur dan riya’ yang
sentiasa menguasai hati mereka.
Secara umum, mereka yang mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu seperti kelebihan llmu, banyak ibadah, memiliki kekuatan tubuh, kekayaan, kecantikan, kekuasaan, pangkat dan kedudukan dan lain-lain, lebih banyak dikuasai penyakit hati kerana kewujudan Riya’, ‘Ujub dan Takabbur yang lebih kuat mencengkam hati mereka.
Bahaya yang lebih besar bakal menimpa orang-orang yang mempunyai kelebihan-kelebihan ini jika mereka tidak membersihkan hati mereka kerana mereka lazimnya akan condong kepada kezaliman, kefasikan atau kesesatan.
Hal ini bukan omongan kosong kerana begitulah terbukti di dalam sejarah kemanusiaan. Perhatikan bagaimana orang-orang yang diberikan kelebihan-kelebihan duniawi berupa kekuasaan, kekayaan, kedudukan dan pangkat yang tinggi, akhirnya binasa kerana sombong, takabbur, riya’ atau lain-lain penyakit hati yang membinasakan.
Wal Iyazubillah.
MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR
Susunan:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan