بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
KHULAFA' AR-RASYIDIN PELOPOR AHLUS SUNNAH
Ramai
yang tertanya²...
■ Bilakah Zaman Kepimpinan Ahlus Sunnah Wal
Jamaah bermula?
Adakah
kurun ke-3 atau kurun ke-5 atau kurun ke-7 atau lainnya?
■ Siapakah pelopor Ahlus Sunnah?
■ Siapakah pemimpin Ahlus Sunnah yang
sebenarnya yang wajib diikuti?
Jawapan
yang ringkas:
Pertama:
Zaman
Kepimpinan Ahlus Sunnah bermula sebaik sahaja kewafatan Junjungan Besar
Rasulullah ﷺ, iaitu pada zaman Kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin — Sayyidina Abu
Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali Ridhwanullah.
BUKAN lahir pada kurun ke-3 atau ke-5 atau ke-7 atau lain2nya.
Dalilnya Kalam Allah yang ditafsir oleh Ulama Ahlus Sunnah.....
✨🕌✨Firman Allah:
وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَٰطِى مُسْتَقِيمًۭا فَٱتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِۦ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ١٥٣
"Dan inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain - jalan sesat), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.
[Al-An'am
(6) : Ayat 153]
Imam
Qurtubi:
[Tafsir
Al-Jami' Al-Qur'an]
Dengan
demikian ...
■ Sahabat adalah Ahlus Sunnah
■ Tabi'in adalah Ahlus Sunnah
■ Tabiit-Tabi'in adalah Ahlus Sunnah
■Sekalian Imam, Shaikh yang mewarisi Ilmu dan
amal Rasulullah ﷺ melalui bai'at dan musyafahah turun-temurun bersilsilah
Rasulullah ﷺ adalah Ahlus Sunnah.
Catitan:
Tabiin
adalah:
Imam
Ja'afar Siddiq,
Imam
Hasan Al-Basri,
Imam
Sufyan Ath-Thawri,
Imam
Abu Hanifah, Imam Malik dll
Tabiit-Tabi'in
adalah:
Imam
Junaid Baghdadi,
Imam
Syafi'e,
Imam
Ahmad Ibn Hambal,
Imam
Abu Hasan Asy'ari,
Imam
Maturidi dll
Ulama
Ahlus Sunnah kemudian:
Sulton
Aluliya Shaikh Abdul Qodir Jilani,
Imam
Rofie,
Imam
Ghazali,
Imam
Syazili,
Imam
Rifa'ie,
Imam
Fakhruddin Ar-Razi,
Imam
Sayuthi, Imam Nawawi,
Imam
Haddad,
Imam
Haythami,
Imam
Romli,
Imam
Khatib Syirbini,
Imam
Tabari,
Imam
Qurtubi,
Imam
Ibn Kathir,
Imam
Al-Alusi,
dan
sekalian Mufassir dan Muhaddith dan Mujtahid dan Mujaddid sekalian yang
diRahmati Allah kesemua mereka adalah Ahlus Sunnah.
Kedua:
Pelopor
bagi Ahlus Sunnah adalah Khulafa Ar-Rasyidin. Dan merekalah
turunnya Sistem Warisan Rasulullah ﷺ kepada Generasi Warisatul Anbiya (Pewaris
Nabi) kemudiannya turun-temurun tanpa putus dengan jalan yang benar2
terpelihara keaslian dan kesuciannya.
✨🕌✨
Rasulullah ﷺ bersabda:
أُوْ سِيْكُمْ بِأَصْحَابِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ، وَفِيْهِ عَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ وَأِيَّاكُمْ وَالْفُرْقة فَأِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَا حِدِ وَهُوَ مِنَ الْأِثْنَيْنِ اَبْعَدُ فَمَنْ اَرَادَ بُحْبُوْحَة الْجَنَّةَ فَلْيَلْزَمِ الْجَمَاعَة (رواه التِرْمذِيُّ وَقَال حَسَنُ صَحِيْحٌ وَصَحَّحَهُ الحَاكِمُ)
“Aku
berwasiat kepada kamu untuk mengikuti sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti
orang-orang yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah
mereka“. Dan termasuk rangkaian hadith ini: “Tetaplah bersama al-Jama’ah dan
jauhi perpecahan karena syaitan akan menyertai orang yang sendiri. Dia
(syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa menginginkan tempat
lapang di syurga hendaklah ia berpegang teguh pada al-Jama’ah”.
[Imam
At-Tirmizi, Imam Haakim]
Ketiga:
Manhaj
Ahlus Sunnah adalah satu2nya Manhaj yang dibangunkan dari Manhaj Al-Qur'an dan
Sunnah Rasulullah ﷺ yang benar, yang suci bersih, tiada ternoda, tiada
penyelewengan serta terpelihara sepanjang zaman sampai Qiamat.
Manhaj
Ahlus Sunnah tetap suci dan terpelihara keasliannya sampai Qiamat kerana ia di
dalam Pemeliharaan Allah Ta'ala.
Kelompok
bid'ah sesat lain (72 golongan) akhirnya akan musnah juga satu persatu...
kecuali Khawarij (wahhabiyyah) dan Syi'ah (rafidhi) akan muncul semula pada
zaman kedatangan Imam Mahdi
Keempat:
Pemimpin
Ahlus Sunnah yang wajib diikuti oleh sekalian Ummat Islam sekalian Warisatul
Anbiya' yang dipilih oleh Allah. Dalilnya Firman Allah....
✨🕌✨
Firman Allah:
سُوۡرَةُ
فَاطِر ثُمَّ
أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬
لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ
ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
“Kemudian
Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih
dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim
kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di
antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului
(orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah
limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).
[Faathir
(35) : Ayat 32]
Menurut
tafsiran Ulama Ahlus Sunnah yang dimaksudkan dengan “Kitab”
adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat Allah “yang Kami pilih dari
kalangan hamba2 Kami” adalah ditujukan kepada Mursyid / Warisatul
Anibya / Ahli Ma’rifat, Ulama Arif Billah yang benar2 kenal Allah dan
mencapai martabat Tauhid yang hakiki pada Maqam Tauhid Maqam Mukasyafah
Zat.
✨🕌✨
Berkata Imam Jilani:
“Orang2
yang berilmu dan hikmah (Mursyid / Ahli Ma'rifat) adalah hamba Allah yang
sejati yang di pilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari
pengajaran-Nya”. Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan
dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya
dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan
dengan aqal yang bijaksana. (baca : Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau di sebut
juga kasyaf Ilahiyyah).
Allah
memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya:
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Sirrul-Asrar
Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]
Kunci
perkataan yang wajib di fahami di sini adalah
[]
ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ .... []
(Yang
Kami (Allah) pilih dari kalangan hamba pilihan Kami)
Ertinya
ayat ini mengisyaratkan dengan jelas bahawa sesungguhnya Allah Ta'ala yang
memilih dan melantik Mursyid (Baca Pewaris Nabi yang siddiq) dari kalangan
manusia untuk menjadi Pewaris Nabi bagi memimpin Ummat menurut Agama Suci
Ilahi.
✨🕌✨ Firman
Allah:
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Katakanlah:
‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia)
kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas). Maha Suci Allah! Dan
bukanlah aku dari golongan musyrikin”.
[Surah
Yusuf : Ayat 108]
Al
Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh metafsirkan:
"Dalam
ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku"
adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar (Pewaris Nabi yang
Siddiq) yang akan datang selepas Nabi Muhammad ﷺ, yang akan
mewarisi ilmu batin baginda dan kebijaksanaan baginda dan yang akan berada
hampir dengan Allah.
Manusia
yang demikian digambarkan sebagai ۥ وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ (Wali
Mursyid - pelindung dan pembimbing sebenar)
[Surah al-Kahfi : Ayat 17]
Kelima:
Memang
benar istilah Ahlus Sunnah belum dimasyhurkan pada zaman Zaman kepimpinan
Khulafa Ar-Rasyidin tetapi seluruh Sistem dan Prinsip Ahlus Sunnah sudah wujud
ketika itu, kerana Prinsip Ahlus Sunnah tiada lain melainkan Al-Qur'an dan
Perdirian Rasulullah ﷺ.
Insan2
yang paling memahami Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah ﷺ adalah para Sahabat
khususnya Khulafa Ar-Rasyidin. Dengan demikian dari merekalah lahir Ahlus
Sunnah yang benar (tulen) serta bersambung Warisan Rasul kepada Generasi
seterusnya sampai ke zaman ini tanpa putus.
Adapun
Imam Abu Hasan Asy'ari melakukan Ijtihad menghimpun hal2 berkaitan I'tiqad
Ahlus Sunnah menjadi satu disiplin Ilmu yang tersendiri. Hal ini serupa
sebagaimana Ilmu Fiqh diijtihad oleh Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam
Syafi'e, Imam Ahmad dan Ilmu Tasawwuf diijtihad oleh Imam Junaid Al-Baghdadi.
Perhatikanlah
...
Sekalian
hal ini penting bagi membezakan Ahlus Sunnah yang benar dengan Ahlus Sunnah
PALSU yang bermaharajalela pada zaman ini.
Moga
memperoleh petunjuk.
SUMBER:
SIRI RENCANA PILIHAN KHULAFA' AR-RASYIDIN PELOPOR AHLUS SUNNAH
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan