بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tuan Guru menjelaskan…
Perbezaan
di antara Ahlus Sunnah Wal Jamaah dengan 72 golongan yang SESAT adalah dari
segi prinsip, pegangan dan iktikad.
✍Prinsip Pertama:
1. Al Quran
2. Al hadith / Sunnah
3. Al Ulama
Ahli
Sunnah dengan 72 golongan yang SESAT itu masing-masing sama - mempunyai prinsip
berdasarkan Al Quran dan Hadis TETAPI
berbeza prinsip berkaitan dengan Al-Ulama.
Hanya Ahli
Sunnah Sahaja mempunyai prinsip berdasarkan Al Ulama manakala 72 golongan
tersebut tidak berpegang kepada Al Ulama.
Berikut
adalah zaman-zaman selepas kewafatan Nabi Muhammad ﷺ
💫Zaman Sahabat Nabi iaitu:
1. Sayyidina Abu Bakr
2. Sayyidina Umar
3. Sayyidina Uthman
4. Sayyidina Ali
💫Zaman
Tabiin
Imam2 pada zaman ini (berjumpa para sahabat – ambil ilmu zahir dan batin) seperti yang berikut:
1. Imam Hassan Al Basri
2. Imam Jaafar Al Siddiq
3. Imam Hambal
4. Imam Malik
Imam2 pada zaman ini (berjumpa Imam Zaman Tabiin – ambil ilmu zahir dan batin) seperti yang berikut:
1. Imam Syafie
2. Imam Ahmad Ibn Hambal
3. Imam Sulton Auliya Shaikh Abd Qodir Jilani
4. Imam Nawawi
5. Imam Suyuti
6. Imam Ibn Hajar
7. Imam Al Haitami
8. Imam Al Asyqalani
Pecahan golongan sudah berlaku pada Zaman Sahabat iaitu wujudnya golongan:
1. Syiah
2. Khawarij
3. Jabariyyah
(
Pengasas 72 golongan yang SESAT adalah orang Islam yang hebat – hafiz Al Quran
dan Hadis; banyak solat Tahajjud dan solat sunat )
Beberapa nama golongan dari 72 golongan yang sesat itu adalah:
1. Khawarij - (Wahhabiyyah - sekarang)
2. Mu’tazilah
3. Jabariyyah
4. Mujassimah
5. Musyabbihah
6. Syi’ah - (Rafidhi - sekarang)
Sepintas
lalu – untuk mengenal ciri-ciri golongan yang SESAT berkenaan sebagai
pengetahuan seperti:
Khawarij ( Wahhabiyyah – sekarang ):
Mengaku
sebagai Ahli Sunnah tetapi abaikan Ulama
Jika
abaikan Ulama – bukanlah dari golongan Ahlus Sunnah
Mu’tazilah
(abad 2H):
Pengasasnya
: Wasil Atha’ ( anak murid kepada Imam Hassan Al Basri ) seorang murid yang
sangat cemerlang tetapi telah berpisah daripada gurunya kerana membuat idea
baharu iaitu fahaman Mu’tazilah.
Aliran
ini beranggapan AQAL manusia lebih baik dibandingkan nas-nas Al Quran dan
al-sunnah.
Usaha
manusia 100% ; Allah tiada apa-apa peranan
Ulama
besar Mu’tazilah ialah Al Jubba’ie yang menghafal Al Quran
Jabariyyah:
Allah
tetapkan 100%
Manusia
tiada apa-apa peranan
Mujassimah:
Menjisimkan
Allah – golongan ini mendakwa Tuhan bertubuh badan
Cth:
· Allah ada tangan, kaki, muka dan mata
· Allah bersemayam di atas Arasy
( Ummat
Islam perlu ada pengetahuan untuk bezakan nas mutasyabihat dengan nas muhkamat
yang terdapat pada al-Quran dan hadis )
Musyabbihah:
Golongan
ini digelar sebagai kaum yang menyerupakan kerana mereka menyerupakan Allah
dengan makhluknya
Mereka
mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki dan bertubuh seperti manusia
SUMBER:
NOTA PROGRAM MURNIKAN SOLAT bertarikh 14.7.2019
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan