بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
... Sambongan...
Perbezaan
di antara Ahlus Sunnah Wal Jamaah dengan 72 golongan yang SESAT adalah dari
segi prinsip, pegangan dan iktikad.
✍Prinsip Kedua:
1. Fiqh
2. Usuluddin
3. Tasawwuf – Toriqat
Kesemua 73 golongan mengamalkan Ilmu Fiqh dan Ilmu Usuluddin
TETAPI
hanya Ahlus Sunnah
sahaja yang mengamalkan Tasawwuf – Toriqat
Mengapa Tasawwuf - Toriqat?
PENYAKIT HATI
Tuan
GURU telah menyentuh tentang PENYAKIT HATI - perlu diusahakan SUCIKAN HATI daripada 5 hijab seperti pembahagiannya yang berikut:
💫1.
Syirik Khafi – contohnya:
i.
Takabbur
ii.
Sum’ah
iii.
Ujub
iv.
Riya’
v.
Bergantung kepada makhluq
💫2.
Mazmumah – contohnya:
i.
Mengumpat
ii.
Hasad
iii.
Tama’
iv.
Bakhil
v.
Cinta Dunia
vi. Jahat Sangka
💫3. Dosa2 Zahir - contohnya:
i. Makan sumber yang haram
ii. Judi
💫4. Ghaflah - lalai
💫5. Aghyar
Pada pertengahan
ceramah yang disampaikan itu…
Saya baru dapat kaitkan dengan Objektif dan Matlamat kursus diadakan.
PENYAKIT HATI sangat signifikan dengan tajuk kursus … Program Murnikan Solat.
Semua Penyakit Hati tersebut telah menghijjabkan HATI yang mesti diberikan RAWATAN oleh PAKARNYA
PENYAKIT HATI ini adalah faktor yang paling kritikal di dalam menentukan Khusyu' di dalam SOLAT dan juga Keikhlasan seseorang...
IKHLAS ada 7 tingkatan ( dapat catat 3 tingkatan sahaja... bakinya... harap ada rezeki di lain masa ) iaitu:
🍁1. Semata-mata kerana Allah tetapi mengaharapkan Syurga sebagai ganjaran
🍁2. Semata-mata kerana Allah tetapi terlihat dengan keupayaan diri sendiri
🍁3. Semata-mata kerana Allah, TIDAK mempunyai cita-cita mengharapkan SYURGA dan juga TIDAK melihat keupayaan diri sendiri TETAPI dia sudah merasakan dirinya IKHLAS
( Apabila diteliti semula catatan tingkatan IKHLAS ini... Hakikatnya.. saya belum lagi capai IKHLAS . Ianya amat HALUS.. Bagaimanakah cara untuk mencapainya? )
Wajib SUCIKAN HATI dengan ZIKRULLAH dan MUJAHADAH LAWAN NAFSU
Bagaimanakah caranya?
Apakah amalannya?
4 macam DUGAAN akan menghambat orang beriman iaitu:
1. Nafsu kejahatan diri sendiri
2. Godaan Syaitan
3. Godaan Dunia
4. Godaan makhluq
Jawapan kepada semua persoalan di sini adalah wajib mencari GURU !
SUMBER:
NOTA PROGRAM MURNIKAN SOLAT bertarikh 14.7.2019
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan