بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
HAKIKAT IKHLAS ADALAH TAUHID
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Berdasarkan keterangan2 Ulama Arif Billah yang mengetahui rahsia2 Ketuhanan dan kehambaan, ikhlas membawa makna yang sangat murni terhadap kehambaan insan dan hakikat Tauhid.
Ikhlas merupakan cabang utama Tauhid dan pintu masuk kepada Hadrat Ilahi. Tanpa ikhlas seseorang hamba (insan) tidak akan menemui Tuhannya. Bahkan tidak mungkin dia menjadi hamba Allah!
PEMBAHAGIAN IKHLAS
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Umumnya kita fahami, ikhlas adalah
"mengerjakan suatu amal semata2 kerana Allah"
Tetapi pengertian ini perlu dihalusi secara Tauhid @ Ma'rifat supaya kita tidak terkeliru dengan fahaman sempit.
Para Ulama Arifin, membahagikan ikhlas kepada beberapa peringkat seperti:
1. Ikhlas orang awam
2. Ikhlas orang abrar
3. Ikhlas orang Arif
Sebahagian lainnya memberikan perincian lebih halus dengan pembahagian berikut:
🍁 1. Ikhlas orang awam - 3 tingkatan
🍁 2. Ikhlas salikin - 3 tingkatan
🍁 3. Ikhlas Arifin - 1 tingkatan
Kita akan cuba memahami satu persatu 3 Tingkatan di atas. Insya Allah.
SUMBER:
SIRI RENCANA PILIHAN : IKHLAS - Siri 1
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan