Sabtu, 19 Oktober 2024

IKHLAS (3)

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



IKHLAS ORANG AWAM
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□



Tingakatan Pertama (awam): 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Melakukan amal  ibadah dengan qasad (niat) semata2 kerana Allah, tetapi pada masa yang sama mempunyai cita-cita di dalam hatinya kepada kesenangan2 syurga berupa bidadari, mahligai indah2, segala macam makanan enak dan hiburan syurga. 


Tingkatan ke-2 (awam):
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Melakukan solat (dan juga ibadah lain) dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah dan TIDAK mempunyai cita2 di dalam hatinya (tiada menunut hatinya) kepada syurga dan segala kesenangannya. Tetapi hamba ini melihat dirinya melakukan amal ibadah (melihat kemampuan dirinya melakukan amal ibadah). 


Tingkatan ke-3 (awam):
~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~

Melakukan amal ibadah  dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah, TIDAK mempunyai cita-cita kepada kesenangan syurga, TIDAK melihat dirinya melakukan amal ibadah, tetapi dia merasakan dirinya sudah ikhlas. 


Inilah 3 tingkatan ikhlas orang awam, iaitu mereka yang tidak melalui jalan Ma'rifat Ketuhanan. Tingkatan yang ke-3 lebih baik daripada tingkatan ke-2 dan tingkatan pertama. 

Pada sisi Fiqh, ketiga2 bentuk " ikhlas awam" ini adalah SAH, yakni sah amal ibadahnya dan terlepas daripada taklif syara' (kewajipan sebagai mukallaf).  Namun apabila direnungi pada sisi Tasawwuf / Ma'rifat, bentuk2 ikhlas ini masih belum bebas sepenuhnya daripada 'mempersekutukan' Allah. Ini kerana menuntut selain wajah Allah di dalam ibadah adalah suatu bentuk 'penyekutuan' kepada Ketuhanan. 

Seseorang yang melakukan sekalian syarat2 dan rukun menurut Fiqh dengan sempurna, maka sah ibadahnya pada sisi Fiqh kerana Fiqh hanya melihat pada zahir perbuatan hamba. Ia tidak melihat unsur2 dalam hati/jiwa hamba. Ia tidak membicarakan HAL hati, bagaimana sifatnya, bagaimana hadapnya dan bagaimana tuntutannya. 

Tetapi Tasawwuf melihat pada sisi hati insan. Bagaimana HAL dan rupanya. Tasawwuf/Ma'rifat melihat jauh ke dalam hati sanubari insan dan melakukan pemeriksaan teliti akan niat yang sebenar dengan kehalusan. Ini kerana hati insan sendiri menjadi rahsia Ketuhanan yang akan menjadi perhitungan di akhirat. 


... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


SUMBER:

SIRI RENCANA PILIHAN : IKHLAS - Siri 1

Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 





     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...