بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Setelah berhempas pulas selama 6 bulan, menghadapi tekanan perasaan dan hati yang sakit, berperang di antara kemasyhuran, pangkat kekayaan yang dibisikkan oleh syaitan dan nafsu, maka akhirnya Al-Ghazali mendapat petunjuk untuk meninggalkan kota Baghdad, kota yang telah memberikan seribu kemasyhuran dan kebanggaan!
Kata Imam Ghazali:
"Akhirnya aku berhasil keluar dari Baghdad dengan tidak menggemparkan. ...!
Penduduk Iraq tidak akan membenarkan tindakan aku ini. Tidak seorang pun mengira bahawa niatku meninggalkan kedudukan tinggi di Baghdad berdasarkan pertimbangan Agama. Sebab, pada tanggapan mereka kedudukan tadi adalah kedudukan yang tertinggi di dalam Agama. Hanya sampai situ saja pengenalan mereka."
Demikianlah aku meninggalkan kota Baghdad, harta benda habis aku bahagi-bahagikan, kecuali sedikit untuk bekal di jalan dan untuk anak2 yang masih kecil.
[Munqiz-Ala Adh-Adhollal]
Penjelasan dan Renungan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
🌷Maksud perkataan Imam Ghazali ini:
"Sebab, pada tanggapan mereka kedudukan tadi adalah kedudukan yang tertinggi di dalam Agama" adalah begini:
Selama ini penduduk Iraq menganggap Imam Ghazali sebagai tokoh Ulama yang sebenar. Bagi mereka Imam Ghazali ada contoh yang benar2 menduduki tempat tertinggi di dalam agama.
🌷Sekiranya mereka (penduduk Baghdad terutama murid2 beliau) mengetahui tindakan sebenar Imam Ghazali adalah kerana masalah krisis keruhanian yang beliau hadapi, mungkin mereka tidak akan membenarkan beliau pergi. Bahkan mereka tidak akan percaya wujud krisis keruhanian pada diri Imam Ghazali. Ini kerana pada sangkaan mereka Imam Ghazali telah mencapai kedudukan yang tinggi dalam Agama. Tidak mungkin beliau menghadapi krisis keruhanian.
🌷Imam Ghazali habis membahagi-bahagikan semua harta benda beliau. Ini adalah menunjukkan azam, komitmen, keyakinan dan niat tulus ikhlas Imam Ghazali bagi uzlah dan khilwah pada jalan Ahli Sufi (seperti akan datang huraiannya).
🌷Imam Ghazali berhelah untuk berziarah ke Makkah padahal tujuannya adalah ke Syam. Ianya bertujuan melindungi niat beliau yang ikhlas untuk mujahadah pada jalan keruhanian supaya tidak berlaku kegemparan di kalangan murid2 beliau.
🌷Mengajar Agama dan berda'wah adalah sebaik-baik pekerjaan kerana ianya adalah menyambung tugas Anbiya.
🌷Imam Ghazali sedar akan hal ini, tetapi beliau insaf semua itu tiada ertinya dan akan menemui kebinasaan tanpa wujudnya kesucian Tauhid dan keikhlasan yang murni.
🌷Imam Ghazali meninggalkan segala kekayaan, pangkat , kemasyhuran dan kemuliaan pada sisi manusia di atas desakan Iman dan Tauhid. Adakah ini bermakna Imam Ghazali mempunyai Iman yang lemah ketika itu?
Jika dipandang dari sudut Tauhid yang murni, begitulah keadaannya Imam Ghazali pada saat itu.
Ilmu syari'at yang beliau miliki walaupun begitu tinggi, namun semua itu belum cukup untuk menjernihkan hati kepada Tauhid yang suci murni. Sebaliknya semata2 ilmu syari'at telah membawa kepada syirik2 khafi - riya dan 'ujub.
Inilah buktinya yang jelas sebagaimana kata2 Ahli Ma'rifat, ilmu syari'at zahir (fiqh) semata2 tidak cukup untuk memperoleh Tauhid yang murni. Ilmu Syari'at zahir ini mesti digandingkan dengan Ilmu Toriqah / Tasawwuf untuk memperoleh Tauhid yang murni, Tauhid yang sebenar, Tauhid jauh dari semua macam syirik khafi dan mazmumah.
Walaupun seseorang alim membaca dan mahir seribu kitab sekalipun, walaupun dia hafal Qur'an serta ratusan ribu hadith sekalipun, walaupun dia mahir di dalam semua ilmu alat sekalipun... namun dia tidak akan menjadi Arif, tidak akan mengenal Allah dengan sebenar kenal (baca Tauhid yang murni) melainkan dia menaiki bahtera keruhanian di bawah pimpinan seorang Tabib Keruhanian yang mahir. (Shaikh Mursyid @ Ahli Ma'rifat)
🌷 Sungguh banyak sekali petunjuk dan pengajaran berharga dari kisah seorang yang sudah pun bergelar Ulama Besar, Guru Besar dan Hujjatul Islam kepada generasi ummat kemudiannya, terutama mereka yang sudah bergelar Ulama (ulama fiqh semata2).
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
SIRI RENCANA PILIHAN : IMAM GHAZALI - Siri 5
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan