Sabtu, 26 Oktober 2024

IMAM GHAZALI (4)

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Terumbang-ambing di antara dunia dan akhirat.

Demkianlah keadaan yang menimpa seorang Alim di dalam Agama, yang sangat mahir di dalam selok-belok hukum syari'at, yang mampu memberikan fatwa kepada sesiapa sahaja, di dalam bab apa pun di dalam Agama.

Namun pada ketika telah masyhur namanya, beliau dapati diri beliau tidak ikhlas di dalam melaksanakan tuntutan Tuhan. Beliau insaf nafsu2 duniawi mendominasi di dalam diri beliau. Beliau mengalami kebimbangan yang amat sangat ketika mendapati ketiadaan khusyu' di dalam ubudiyyahnya kepada Allah Ta'ala.

Disebabkan tekanan yang terus-menerus yang menguasai jiwa, akhirnya Imam Ghazali jatuh sakit. Para tabib yang merawat beliau, tidak menemukan sebarang penyakit pada diri beliau yang boleh diubati. Mereka cuma nasihatkan beliau rehat dan cari kedamaian hati.

Memang benar. Para tabib dan doktor hanya mampu melihat dan merawat penyakit zahir badan manusia. Mereka tidak mempunyai kemahiran mengetahui penyakit batin2 apalagi merawatnya.!

Demikianlah usaha terakhir Imam, setelah beliau dapati tiada jalan untuk mengubati dirinya yang tersiksa. Beliau menghadap diri kepada Tuhan yang Maha Penyayang....!!!

Ketika dunia ini terasa sempit, ketika dada terasa hampir pecah, ketika tiada harapan lagi dari makhluk, maka ketika itulah insan akan kembali pada Tuhan...

💚mengadu segala masalah pada-Nya.... 

💚menangis dan merintih memohon keampunan-Nya....

💚bersungguh-sungguh mengharapkan Petunjuk dan Pertolongan-Nya....

Maka akhirnya Allah Ta'ala mendatangkan jawapan-Nya kepada beliau. Kata Imam setelah Allah memperkenankan rayuan beliau,

Berkata Imam Ghazali di dalam Kitabnya Munqiz Ala-Adh- Dholal:

"Dan akhirnya permohonan aku pun terkabul dan rela hati meninggalkan Baghdad, tempat kemuliaan, keluarga dan handai taulanku.

Aku berbuat-buat seakan-akan berziarah ke Makkah, padahal tujuanku ke negeri Syam. Aku khuatir Khalifah dan beberapa kenalanku tahu akan maksudku hendak tinggal di Syam. Akhirnya berhasillah aku keluar dari Baghdad dengan keadaan tidak menggemparkan dan dengan niat tidak akan kembali selama-lamanya."

[Munqiz Min-Ala-Dholal]

Di sini ada beberapa perkara menarik perhatian tentang kata2 dan tindakan Imam Ghazali, untuk dijadikan renungan ..!


Beberapa kunci kata untuk diperhatikan dari kata2 Imam Ghazali di atas: 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

🌷Berbuat-buat seolah2 ke Makkah padahal tujuannya ke Syam.!

🌷Meninggalkan Baghdad tanpa keadaan yang menggemparkan! 

🌷Niat tidak akan kembali selama-lamanya.!

Maksud Imam Ghazali adalah:

Beliau tidak beritahu murid2 beliau akan ke Syam dan meninggalkan Baghdad terus, tidak akan kembali lagi untuk mengajar. 

Tujuan beliau berbuat demikian supaya orang tidak tertanya2 tujuan beliau ke Syam.  Jika mereka tahu Imam Ghazali ingin meninggalkan terus Baghdad, tentu ramai muridnya akan terkejut dan tidak setuju.  

Atau jika mereka setuju pun mungkin mereka akan buat Majlis Ucap Terima Kasih (seperti yang biasa dibuat oleh orang kebanyakan)

Imam Ghazali tidak mahu suasana seperti itu.  Beliau tidak harapkan apa2 penghargaan.  Beliau tidak ingin disanjung2 lagi. Sebab itu beliau berbuat seolah2 beliau ke Makkah, dengan demikian murid2 beliau tidak syak apa2.

🌷Sebagaiman  huraiannya akan datang: 
Kata-kata dan tindakan Imam Ghazali di atas mencerminkan suatu kebijaksanaan dan ketinggian peribadi seorang yang sedang disanjung dan dimuliakan oleh manusia. 

🌷Kunci kepada memahami penilaian ini: 
Telah datang cahaya kebenaran ke dalam hati Imam Ghazali dari Tuhan Yang Maha Agung.

... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


SUMBER:

SIRI RENCANA PILIHAN : IMAM GHAZALI - Siri 4

Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 





     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...