Rabu, 23 Oktober 2024

IMAM GHAZALI - nota kuliah

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


IMAM GHAZALI


Nama sebenar : Abu Hamid Muhammad  ibn Muhammad al Ghazali (450H-505H) 

Gelaran :  Hujjatul Islam@Pembela Islam

Seorang ilmuan Islam yang kaya dengan berbagai ilmu - telah menguasai 30 ilmu seperti ilmu tafsir, hadith, lughah, nahwu, saraf. mantiq, bayan, sirah dan lain-lain.

Imam Ghazali sangat mahir di dalam selok-belok hukum syari'at. Beliau mampu mem-berikan fatwa kepada sesiapa sahaja, di dalam bab apa pun di dalam Agama.

Seorang Alim Ulama besar dan dikenali sebagai pemikir Islam. Karyanya yang terbesar adalah Ihya' 'Ulum al-Din (Menghidupkan Kembali Ilmu Agama).

Namun pada ketika telah masyhur namanya....

🌻Beliau dapati diri beliau tidak ikhlas di dalam melaksanakan tuntutan Tuhan. 

🌻Beliau insaf nafsu2 duniawi menguasai di dalam diri beliau. 

🌻Beliau mengalami kebimbangan yang amat sangat ketika mendapati ketiadaan khusyu' di
     dalam ubudiyyahnya kepada Allah Ta'ala.

Justeru....

Imam Ghazali telah menjadi di antara rujukan utama Tuan Guru Yang Dimuliakan pada setiap kali kuliah2 pengajian diadakan dan juga semasa menyampaikan da'wah melalui penulisan beliau. Tuan Guru telah menjadikan Imam Ghazali sebagai contoh terbaik untuk kami tahu dan ikut -  bahawa setiap Mukallaf Wajib amalkan (fardhu 'Ain) Tasawwuf / Toriqat.

Tegas Tuan Guru lagi...Menurut ijma Ulama Ahlus Sunnah, WAJIB atas setiap orang Muslim yang mukallaf (akil baligh)  amalkan kedua2  ilmu tersebut (Syari'at dan Toriqat / Tasawwuf).  Meninggalkan salah satu darinya boleh menjerumuskan kepada kefasikan, kesesatan atau kekufuran kerana kedua2nya bersumber dari Wahyu Ilahi.

Pada zaman Imam Ghazali, sudah ada 40 kelompok. Imam Ghazali telah masuk ke dalam kelompok2 berkenaan tetapi semuanya mengikut jalan yang salah.

Imam Ghazali terkunci mulut selama 6 bulan tidak boleh bercakap/mengajar ; kemudiannya telah  tinggalkan jawatannya sebagai Guru Besar di Universiti Nizamiyyah, Baghdad - ambil keputusan untuk ikut Jalan Makrifat dan seterusnya  menjalani Persulukan melebihi 10 tahun.

Di antara guru kepada beliau - Imam Ghazali ambil ilmu daripada Imam Rofi'ie (berguru dengan orang yang tidak terkenal).

Disepakati oleh para ulama' - Imam Ghazali sebagai al-mujaddid untuk kurunnya.

Imam Ghazali berkata:

Ilmu Qalam hampir membawa kepada kesesatan

( Bukannya berhujjah2 untuk dapatkan TAUHID )


Persoalannya...

🌻Bagaimanakah seseorang yang bergelar Alim Ulama boleh jadi tidak ikhlas? 


🌻Bagaimanakah seseorang Alim besar tidak berupaya khusyu' di dalam Solat?

🌻Tuan Guru yang kami muliakan telah berulang kali menegaskan...
     bahawa Imam Ghazali memiliki ilmu2 Syari'at yang tinggi ; hafal Al Quran ; 
     hafal ratusan  ribu hadith Nabi ; mahir di dalam ilmu nahwu, sarf, balaghah, mantiq,  bayan, sirah dll,         namun masih belum merasai hakikat Iman sehinggalah beliau menjalani Jalan Makrifat.
                        


... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


Sumber:

Nota Kuliah Pengajian Bulanan

Nota Kuliah Subuh SULUK 



    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...