بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
PENGAKUAN IMAM GHAZALI
Berikut adalah pengakuan Imam Ghazali sendiri di dalam Kitab Beliau Munqiz Min-Ala-Dhalal:
“Aku lihat diriku tenggelam dalam samudera godaan dan rintangan. Segala pekerjaanku dan yang terbaik ialah mengajar dan mendidik kutinjau sedalam-dalamnya. Jelas, aku sedang memperhatikan beberapa ilmu yang tidak penting untuk perjalanan ke akhirat. Apa niat dan tujuanku dengan mengajar dan mendidik, nyatalah tidak sebenarnya ikhlas yang murni kerana Allah Taala, melainkan dicampuri oleh pengaruh ingin kepada kedudukan dan kemasyhuran. Maka terasalah kepadaku bahwa aku sedang berdiri di pinggir jurang yang curam , di atas tebing yang hampir gugur. Aku akan dijatuh ke neraka jika tidak segera merubah sikap. "
Demikian adalah kata2 Imam Ghazali ketika nama beliau sedang dijulang tinggi sebagai Hujjatul Islam. Beliau pula menjadi Guru dan rujukan para Ulama ketika itu disebabkan ketinggian ilmu beliau.
Mungkin ada pembaca musykil....... !!!
Bagaimanakah mungkin seorang ilmuan Islam yang kaya dengan berbagai ilmu - ilmu tafsir, hadith, lughah, nahwu, saraf. mantiq, bayan, sirah dll boleh menjadi riya' atau bercita2 mencari kemasyhuran?
Sungguh ajaib bukan...?
☘️Bagaimanakah seseorang yang sarat dengan berbagai ilmu di dada mempunyai cita2 selain Allah?
☘️Bagaimanakah seseorang yang bergelar Alim Ulama boleh jadi tidak ikhlas?
☘️Bagaimanakah seseorang Alim besar tidak berupaya khusyu' di dalam Solat?
☘️Di manakah silapnya?
☘️Di manakah kekurangannya?
☘️Di manakah kecacatannya?
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
SIRI RENCANA PILIHAN : IMAM GHAZALI - Siri 1
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan