بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
TERBITNYA ILMU2 & HUKUM
☘️TIGA SUMBER @ DASAR utama:
♻ Al Qur'an
♻ Hadith
♻ Ijma dan Qias Ulama
Ketiga2 sumber ini WAJIB dipegang oleh setiap orang beriman.
JANGAN sesekali menolak satu pun darinya...
Menafikan / engkar / menentang satu daripada tiga sumber Asas itu adalah kekafiran.
Sekolompok orang muda yang terpengaruh dengan dakyah musuh2 islam, mendakwa mereka cuma ikut Qur’an dan Hadith sahaja.
Ada juga dari kalangan mereka ini terus terang menolak Ulama (Ahlus Sunnah yang Mu'tabar)… atas alasan ciptaan nafsu sendiri.
Golongan ini juga mendakwa sesiapa buat sesuatu perkara yang Nabi tidak buat, maka itu katanya bid'ah sesat. Na'uzubillah.
Ada yang lain berkata, haram dan bid'ah sesat jika amal dengan zikir, solawat, doa yang diajar oleh Ulama. Mengikut kata orang2 ini sesiapa amalkan zikir, solawat, doa yang bukan dari Nabi, maka itu adalah bid'ah sesat. Na'uzubillah.
Akibatnya banyaklah orang seperti ini menjadi sesat dan menyesatkan. Orang2 ini TIDAK menyedari mereka jerut leher mereka sendiri kerana menuduh secara batil kepada Ummat Islam.
Mereka menyangka mereka sudah hebat dengan ucapan....
"kami ikut Qur'an dan sunnah sahaja"???
"kami tak ikut Ulama, kerana Ulama bukan ma'sum"?
"Siapa amal yang lain dari Sunnah Nabi, maka itu bid'ah sesat"
dan beberapa ucapan seperti ini, sedang mereka TIDAK sedar, mereka sedang menuju kehancuran.
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
SIRI RENCANA PILIHAN : JAWAPAN KEPADA ORANG DAKWA IKUT AL QUR’AN DAN HADITH SAHAJA
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan