Selasa, 29 Oktober 2024

TERBITNYA ILMU2 & HUKUM (1)

 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



TERBITNYA ILMU2 & HUKUM
ILMU2 TASAWWUF, USULUDDIN & FEQAH 

☘️TIGA SUMBER @ DASAR utama:

     ♻ Al Qur'an

     ♻ Hadith

     ♻ Ijma dan Qias Ulama

Ketiga2 sumber ini WAJIB dipegang oleh setiap orang beriman.

JANGAN sesekali menolak satu pun darinya...

Menafikan / engkar / menentang satu daripada tiga sumber Asas itu adalah kekafiran.


☘️ 5 HUKUM - ditetapkan oleh Ulama:

      ♻ Wajib

      ♻ Haram

      ♻ Sunat

      ♻ Makruh

      ♻ Harus


☘️ Masih teringat lagi ....di antara soalan yang dikemukakan oleh Tuan Guru yang Dimuliakan semasa ceramah pertamanya....

    🍄Berapakah Rukun Solat?

     🍄Siapakah yang menetapkan kesemua Rukun Solat tersebut?

     🍄Adakah kesemua Rukun Solat tersebut boleh kita dapati di dalam Al Quran?


☘️ Hukum dan fatwa yang kita amalkan sekarang adalah kesemuanya hasil ijtihad   Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabarah berdasarkan Al Qur'an dan Hadith Nabi.

☘️Kesemua hukum2 tersebut yang meliputi Ibadah, Muamalat, Munakahat, Jenayat sudah dihimpunkan di dalam Kitab2 Ulama Ahlus Sunnah mengikut bab masing2.

☘️Mereka (Ulama Ahlus Sunnah yang mu'tabar) telah ijtihad menetapkan berbagai2 hukum yang memadai bagi kehidupan orang2 beriman.

Persoalan....

🍄Siapakah Ulama Ahlus Sunnah yang telah ijtihad menetapkan hukum2 tersebut?

🍄Apakah maksud ijtihad?

🍄Bagaimanakah ijtihad dilakukan?

🍄Siapakah Mujaddid?

🍄Siapakah Mujtahid?

( Mujtahid dan Mujaddid - disentuh sepintas lalu di dalam ceramah pertama semasa “ Program Murnikan Solat ” -14.7.2019. )

Sebenarnya... saya menyimpan terlalu banyak persoalan...tanda tanya pada setiap kali kuliah pengajian. Alhamdulillah... satu persatu terjawab di dalam kuliah2 pengajian berikutnya. Syarahan pada kali pertama - kadangkala kurang difahami. Syarahan2 selepasnya (setelah diulang-ulang) menjadikan kefahaman lebih jelas dengan Rahmat Allah...berkat limpahan yang berbeza-beza. 

Sesunggohnya, ilmu di Jalan Makrifat ini seperti lautan yang tidak bertepi....

Perkongsian ilmu yang diperoleh akan terus diabadikan di ruangan ini. Dengan izin Tuan Guru, saya telah memohon kepada beliau untuk menerbitkan Siri Rencana Pilihan (selepas disyarahkan) sebagai sokongan kepada perkongsian saya untuk manfaat kita bersama.Teks asal dikekalkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada  sekalian pembaca yang budiman. Moga memperoleh petunjuk.


... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


Sumber:

Nota Kuliah Pengajian Bulanan

Nota Kuliah Subuh SULUK 



    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...