Rabu, 27 November 2024

ISLAM & IMAN (4)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Berbagai sebab orang masuk Islam:

(1)   Masuk Islam kerana takut pedang.

Contoh bagi hal ini adalah seperti yang berlaku ketika Rasulullah  memasuki Makkah pada peristiwa  Fath-hul-Makkah (pembukaan Kota Makkah),  maka ramai orang kafir Quraisy masuk Islam, tetapi tidaklah semuanya kerana Allah. Sebahagiannya masuk Islam kerana takut nyawa mereka melayang.  Mereka ini dianggap Muslim kerana mengucap Syahadah. 

Adakah mereka ini sudah beriman?  Belum.  

Jika mereka benar2 mengkaji Islam dan akhirnya mengakui kebenaran Islam dari dalam hati mereka serta ta'at dari dalam hati mereka, baru dikatakan mereka beriman.  Jika mereka terus-menerus di dalam keadaan tidak meyakini kebenaran Allah dan Rasul-Nya, iaitu hanya Islam pada zahirnya, maka mereka ini hanya Muslim bukan orang beriman.


(2)   Masuk Islam tetapi hakikatnya mereka ini musuh Islam, iaitu Munafiq.

Contohnya adalah orang2 yang dipimpin Abdullah bin Ubai masuk Islam di hadapan Rasulullah  namun tujuan mereka adalah untuk musnahkan Islam dari dalam.


(3)   Mengaku Islam tetapi menganut fahaman sesat.

Ada orang mengaku Islam dan beramal dengan ibadah yang ditentukan di dalam Agama Islam tetapi Aqidah mereka mengikut fahaman sesat yang jelas bertentangan dengan Ahlus Sunnah yang benar (tulen), maka mereka ini Muslim sahaja belum tentu beriman.   Jika mereka bertaubat dan kembali kepada Ahlus Sunnah yang benar (tulen), barulah dikatakan beriman.

Contoh yang berlaku di zaman Rasulullah  adalah seorang Muslim yang bernama Zulkhuwaishirah.

Orang ini berbai'at dengan Nabi tetapi dengan beraninya mengherdik Nabi dengan kata2 biadab, dengan mengatakan: 

"Ya Muhammad, berlaku adillah."    

Ketika Rasulullah  mendengarnya, wajah Baginda menjadi merah, lalu Baginda bersabda, "Celakalah engkau.  Jika bukan aku yang berlaku adil, siapakah lagi yang berlaku adil?" 

(Kisah ini disebutkan di dalam berbagai Kitab Hadith dan Kitab Sirah.  Zulkhuwaishirah adalah bibit2 bagi bangkitnya kaum firqah Khawarij yang sekarang ini disebut Wahhabiyyah) 


Contoh lain:

Berbagai firqah sesat yang muncul pada zaman Salaf.

Antaranya:

Khawarij (Wahhabiyyah zaman ini), 

Syi'ah (Rifdhi), 

Mu'tazilah, 

Jabariyyah, 

Mujassimah, 

Musyabihah, 

Murjia'ah dll. 

Kebanyakan firqah ini telah pupus, meskipun wujud sisa2nya kecuali ada beberapa firqah sesat ini yang masih aktif sampai ke zaman ini. Antaranya yang sangat aktif di seluruh dunia:

Wahhabiyyah (Khawarij), 

Syi'ah (Rifdhi), 

Sekular (Liberal) dan 

beberapa firqah sesat yang lain.



... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ



SUMBER:

SETIAP IMAN ADALAH ISLAM TETAPI ISLAM BELUM TENTU IMAN

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 






   Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...