Khamis, 28 November 2024

ISLAM & IMAN (5)

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


sambungan.....

Berbagai sebab orang masuk Islam:

(4)    Masuk Islam kerana harta atau wanita atau lainnya:

Hal seperti ini banyak berlaku pada zaman ini.

Orang yang masuk Islam kerana ingin mengahwini seseorang wanita Muslimah, atau kerana mendapat harta atau apa saja habuan duniawi... atau apa saja tujuan lain selain Allah.   Mereka ini hanyalah Muslim bukan beriman.  Kecuali pada zaman kemudian mereka sedar, bertaubat dan benar2 meyakini Allah dan Rasul-Nya serta ta'at kepada Allah dan Rasul-Nya, maka barulah dia jadi orang beriman.

(5)    Orang yang dilahirkan Islam:

Orang dilahirkan di kalangan keluarga Muslim, iaitu ibu bapanya Muslim, dia akan jadi Muslim walaupun tanpa mengucap kalimah Syahadah.  Tetapi adakah dia beriman?  Belum tentu.  Sehinggalah dia datang keyakinan yang teguh di dalam hati akan Allah dan Rasul-Nya serta ketaatan dan ubudiyyah kepada Allah tanpa keraguan, maka jadilah dia orang beriman.


Dasar bagi keterangan ini adalah Hadith Junjungan:

Sabda Rasulullah :

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan baginya apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya kerana dunia atau kerana wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]



... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


SUMBER:

SETIAP IMAN ADALAH ISLAM TETAPI ISLAM BELUM TENTU IMAN

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 






    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...