بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
LAHIRNYA MUJTAHID FIQH
Di antara tokoh2 Ulama Mujtahid Fiqh Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang ternama:
Imam Ja’afar Siddiq
Imam Hassan Al-Basri
Imam Abu Hanifah
Imam Malik
Imam Muhammad Idris Asy- Shafi’e
Imam Ahmad Ibn Hanbal
Imam Izzudin Abdus Salam
Imam Nawawi
Imam Sayuthi
Imam Rofi’e
Imam Abnu Abideen
Imam an-Nabhani
Imam Subky
Imam Haythami
Imam Romli
Imam Zaini Dahlan
Imam Raza Khan Barelwi
Shaikh Daud Fathoni
Shaikh Ahmad Fathoni
Shaikh Arsyad Al Banjari
Dan lain2 Ulama Mujtahid Fiqh Ahlus Sunnah sepanjang zaman yang kesemua mereka menerima asuhan dan didikan dari Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi.
Kesemua tokoh2 terkemuka Mujtahid Fiqh ini lahir dari Madrasah Ahli Ma’rifat, ertinya mereka memperoleh pengajaran2 berharga dari pendidikan Ma’rifat sehingga mereka juga akhirnya menjadi Ahli Ma’rifat yang sangat tinggi maqamnya yang melayakkan mereka menjadi ahli Mujtahid.
(Ingat kembali kualiti terpenting seseorang Mujtahid adalah pada “TAQWA nya, MUSYAHADAH WAJAH ALLAH, hampirnya dengan RUHANIYAH RASULULLAH, yang mana semua ini tidak mungkin diperoleh melainkan dari Madrasah Ahli Ma’rifat…!)
Cuba sebut saja mana2 Ulama Mujtahid dari keempat2 Mazhab Ahlus Sunnah, pasti di sana kita akan temui bahawa mereka adalah dari kalangan Ahli Sufi juga. Ini identity terpenting bagi membezakan antara Mujtahid Ahlus Sunnah dengan “Ulama” tersesat golongan sesat Mu’tazilah, Jabariyyah, Khawarij, Syi’ah, Wahabiyyah dll.
Kami sudah bentangkan secara jelas antara punca kesesatan “ulama2 batil” ini adalah kerana:
💥Mereka TIDAK memiliki Ilmu Ma’rifat
💥Mereka TIDAK mendapat didikan dari Madrasah Ahli Ma’rifat
Ini menyebabkan mereka mentafsirkan Ayat Qur’an dan Hadith mengikut aqal pemikiran yang sempit atau bisikan Iblis La’natullah. Maka jadi mereka sesat dan menyesatkan. Wal Iyazubillah!
Hal ini, iaitu berkenaan Ulama Mujtahid Fiqh dari kalangan Ahlus Sunnah yang zahir dari Madrasah Sufi dipaparkan di dalam berbagai Kitab Ulama kemudian daripada mereka seperti di dalam kitab2:
Durrul Mukhtar (sebuah Kitab Klasik terkemuka Fiqh di dalam mazhab Hanafi) – Imam Alauddin Haskafi,
Kashful Khafa’ - Imam Ajluni,
Qutul Qulub – Imam Abu Talib Al Makki,
Risalah Qusyairiyyah – Imam Abdul Karim Al-Qushairi,
Hasyiah Ibn Abideen – Imam Ibnu Abideen,
Ihya Ulumuddin – Imam Ghazali,
Tanwirul Qulub- Imam Amin Kurdi,
Sirrus Salikin – Shaikh Abdus Samad Al Falimbani,
Risalah Ma'rifat - Shaikh Yahya Al Kholidi.
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
SIRI RENCANA PILIHAN : MUJADDID
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
( telah disyarahkan pada Kuliah Pengajian Bulanan dan Kuliah Subuh Suluk )
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan