Rabu, 6 November 2024

TERBITNYA ILMU2 & HUKUM (8)

 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Mari kita perhatian sebahgian dari kisah mereka:


Imam Abu Hanifah dan Imam Malik

Berguru dan menerima Ijazah Toriqah Sufi dari Imam Jaafar Siddiq. Imam Jaafar Siddiq adalah Tokoh Ilmuan Syari’at dan Marifat yang tiada tolok bandingnya pada zaman beliau. Perlu di tegaskan di sini, Imam Jaafar Siddiq adalah Ulama Ahlus Sunnah terkemuka dan BUKAN Syi’ah. Sepanjang hayat beliau, beliau TIDAK pernah mengaku Syi’ah, sebaliknya beliau mengutuk segala propaganda Syi’ah (rafidhi). Tetapi syi’ah (rafidhi) sememangnya manusia2 tak tahu malu mengaku Imam Jaafar Siddiq sebagai Imam mereka..!



Imam Shafie dan Imam Ahmad Ibnu Hambal


Berguru dan menerima Ijazah Sufi dari Imam Muza Kazim (anak Imam Jaafar Siddiq, seorang lagi tokoh Syari’at dan Ma’rifat ulung). Imam Shafie dan Imam Ahmad Ibnu Hambal juga menerima pendidikan keruhanian dari beberapa tokoh Ahli Sufi lain seperti Syaikh Syaiban dan Imam Ma’ruf Al-Kirkhi.


Kisah Imam Shafie dan Imam Ahmad Ibnu Hambal berguru dengan Ahli Ma’riat @ Ahli Sufi di ceritakan oleh Imam Ghazali.


Kata Imam Ghazali di dalam Ihya:

"Imam Shafie pernah duduk di hadapan Shaikh Syaiban (Ulama Sufi) si pengembala, seperti duduknya seorang anak kecil di maktab, seraya bertanya  : “Bagaimana membuat itu dan ini?” 

"Sesungguhnya ini sesuai dengan apa yang kami lupakan."

(Imam Shafie bertemu dengan Shaikh Syaiban, seorang Ahli Sufi untuk bertanyakan masalah agama)


Imam Ahmad bin Hambal dan Yahya bin Mu’in pula selalu pergi menjumpai Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi Radhiallahu Anh padahal dalam ilmu zohir tak adalah orang lain yang setingkat dengan keduanya.

Imam Ahmad dan Yahya menanyakan : “Bagaimana berbuat ini.” (yakni mereka bertanyakan hal2 agama dengan Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi, seorang Ahli Sufi yang terkenal pada zaman itu, padahal kedua mereka adalah orang yang bijak di dalam hal agama)

Maka dikatakan kepada Imam Shafie : " Seperti engkau bertanya kepada badui ini?"

Maka menjawab Imam Shafie:

Sedang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 


Ketika ditanyakan : Apa yang kami perbuat, apabila datang kepada kami suatu persoalan, yang kami tidak peroleh dalam kitab dan Sunnah?”

Maka Nabi menjawab:

“Tanyakan kepada orang2 soleh dan selesaikanlah dengan jalan bermusyawarah dengan mereka. (Tabarani dari Ibnu Abbas)

[Petikan dari kitab Ihya Ulumuddin]

[Penjelasan hampir serupa terdapat di dalam Qutul Qulub - Imam Abu Talib Al Makki dan Risalah Ma’rifat –Shaikh Yahya Al-Kholidi]

Imam Malik berkata:

"Barangsiapa amalkan fiqh tanpa bertasawwuf, maka ia fasiq, dan barangsiapa yang bertasawwuf tanpa memahami fiqh maka ia zindiq. Dan barangsiapa yang menghimpun antara keduanya, maka itu yang benar.”
[Ihya Ulumuddin, Sirrus Salikin, Risalah Ma’rifat]


Dinukil dari Diwan Imam Shafie:

Kata nasihat Imam Syafi’e kepada murid2nya:

“Berusahalah engkau menjadi seorang yang mempelajari ilmu fiqih dan juga menjalani Tasawwuf (jalan Ma’rifat – pent.) , dan janganlah kau hanya mengambil salah satunya. Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasehat padamu. Orang yang hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mahu menjalani tasawwuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan Taqwa. Sedangkan orang yang hanya menjalani Tasawwuf tapi tidak mahu mempelajari ilmu Fiqih, maka bagaimana mampu dia menjadi baik.
[Diwan Imam Syafi’e]


Kata Imam Ahmad Ibnu Hambal:

"Wahai anakku wajiblah di atas engkau mendampingi Ahli-ahli Sufi itu, kerana mereka itu boleh menambahkan banyaknya Ilmu kita, menambahkan sifat takut dan taqwa kita kepada Allah Ta'ala dan Kasih kita kepada Allah Ta'ala."
[Risalah Qushairiyyah]


Imam Ajluni memetik kata2 Imam Shafie di dalam kitab beliau Kashful Khafa:

Berkata Imam Syafi’i “Saya berkumpul bersama orang-orang Sufi dan menerima tiga macam ilmu: Mereka mengajariku bagaimana berbicara, Mereka mengajariku bagaimana memperlakukan orang lain dengan kasih sayang dan kelembutan hati, Mereka membimbingku ke dalam jalan Tasawuf. (Jalan Ma’’rifat Ilahiyyah-pent)
[Kasyf al-Khafa - Imam ‘Ajluni]


Imam Ibnu Abideen, Ulama terkemuka Mazhab Hanafi menulis di dalam Hasyiah beliau:

“Ada seseorang datang kepada Imam Nawawi dan berkata : Aku datang dari Imam Abu Hanifah, maka Imam Nawawi berujar : "Engkau telah datang dari penduduk bumi yang sangat ahli ibadah”. Daripada sinilah kita dapat mengetahui bahwa para Imam Mujtahid dan ulama yang 'amilin mereka itu sebenarnya adalah orang-orang Sufi"
[Hasyiah Ibn Abideen ]

Memadailah dengan beberapa ungkapan kata2 Ulama Ahlus Sunnah ini, bahawa sesungguhnya kesemua Ulama Mujtahid Fiqh Ahlus Sunnah yang mengijtihadkan Fiqh, adalah sebenarnya telah memperoleh pendidikan di dalam Madrasah Ahli Sufi dan akhirnya mereka juga menjadi Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi, iaitu Ulama Warisatul Anbiya’ yang muhaqqiq.

Kebanyakan ummat termasuklah penuntut2 muda akhir zaman ini hanya mengenal mereka sebagai Ulama Fiqh kerana mereka ijtihadkan hukum2 Fiqh sedangkan hakikatnya mereka semua adalah Ahli Ma’rifat yang tinggi kedudukannya di sisi Allah Ta’ala. (Akibat dari tidak mengenali Ulama2 Fiqh Ahlus Sunnah secara dekat dan benar, maka sering terjadi kepada anak2 muda kelulusan universiti ini terjebak kepada kefahaman batil wahhabiyyah).



SUMBER:

SIRI RENCANA PILIHAN : MUJADDID

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 



( telah disyarahkan pada Kuliah Pengajian Bulanan dan Kuliah Subuh Suluk )


    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...