Rabu, 11 Disember 2024

ADAB

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


ADAB

Segala perkara di dalam HATI - lebih halus dan indah dari Hukum terhadap :

💚Allah

💚Rasulullah 

💚Masyaikh

Adab berkaitan dengan perbuatan zahir

Adab lebih penting dari Hukum

Mungkin Hukum dipatuhi tetapi tidak beradab

Contoh: Azazil (Iblis yang berada di dalam Syurga, beribadat bersama-sama dengan Malaikat) mengaku akan Allah Ta'ala - telah menyembah Allah Ta'ala selama 50000 tahun, tetapi enggan  sujud / tunduk hormat kepada Nabi Adam apabila diperintah oleh Allah Ta'ala. 

Nama asalnya Azazil (bahasa Ibrani) atau Haris (bahasa Arab).  Ini nama dia ketika dia beribadah bersama Malaikat di Syurga.  Sebaik sahaja dia ingkar perintah Allah dengan penuh takabbur, maka dia digelar Iblis, iaitu yang berputus asa dari Rahmat Allah.  Dia di-La'nat oleh Allah dan dicampak keluar dari Syurga.  Iblis dan seluruh keturunannya adalah kafir semuanya dan akan dimasukkan ke dalam Neraka tanpa hisab.

Maqam Nabi Adam lebih tinggi daripada Malaikat kerana adanya Roh Quddus / Roh Suci / benih Tauhid 

(Manusia ada benih Tauhid - termasuklah orang kafir)

Boleh tunduk sedikit tanda hormat kepada orang 'alim (yang dimuliakan oleh Allah Ta'ala) - ambil "barakah" dan boleh beri kesan keimanan yang kuat.

Allah Ta'ala jadikan Nabi Adam sangat istimewa, dijadikan oleh Allah Ta'ala dengan "Tangan-Nya" yang menunjukkan Kemuliaan.

Oleh itu, jangan menghina orang lain kerana sifat ini tiada adab sesama makhluk.


Wallahu A'lam


SUMBER:

NOTA KULIAH SUBUH SULUK





    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...