Khamis, 12 Disember 2024

MAKHLUK - JINN, IBLIS dan SYAITAN

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

JINN

🔥"Al-Jaan" - merujuk kepada jinn yang awal-awal dijadikan sebelum manusia, asal usul jinn iaitu bapa segala jinn. Sebagaimana Adam itu bapa segala manusia, demikianlah “Jaann” itu adalah bapa segala jinn. (Jaan ini bilangannya satu sahaja - kemudiaanya berkembang)

🔥Penciptaan asal makhluq bernama jinn, iaitu dari api yang sangat panas.  Pembiakan seterusnya bangsa jinn adalah melalui hubungan jinn jantan dan jinn betina sebagaimana juga yang berlaku kepada manusia.

🔥Jinn mempunyai jasad, ruh, aqal dan nafsu sama seperti manusia.  Maka jinn bernafas, makan minum, berak, tidur, berkahwin dan beranak pinak.

🔥Jasadnya terdiri dari kepala, tangan, kaki dan alat kelamin.  Perbezaannya dengan manusia adalah jasadnya terdiri dari jisim halus, boleh berubah-ubah bentuk menjadi panjang, pendek, kecil atau besar.

🔥Jinn mempunyai Taklif Syara' (iaitu beban hukum Agama).  Jinn akan melalui proses kematian, soal mungkar nakir di dalam kubur, soal jawab di Mahsyar, Mizan, Titian Siratal Mustaqim, Syurga dan Neraka.

🔥Jinn menganut berbagai fahaman dan Agama — Ada yang benar-benar beriman namun bilangannya sangat sedikit.  Kebanyakan jinn adalah fasiq, munafiq, sesat dan kafir.  Ada jinn menganut fahaman Syi'ah, Wahhabiyyah, Mujassimah dan lain-lain yang sesat.  Jinn kafir dan sesat ini memusuhi manusia dan sentiasa mengganggu manusia.  Bangsa jinn bekerjasama dengan iblis untuk menyesatkan manusia seluruhnya atau mendatangkan berbagai penyakit.

 

 IBLIS

🔥Bangsa jinn yang dilaknat

🔥Satu daripada komuniti jinn

🔥Kafir satu keturunan - masuk neraka tanpa hisab

🔥Tidak mati sampai kiamat


SYAITAN

🔥Membiak daripada iblis

🔥Jangan "bersahabat" dengan syaitan

🔥Kafir 100%

🔥Wajah hodoh dan gelap





... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ




SUMBER:

MENGAPA ORANG ALIM, HAFIZ QURAN, IMAM SOLAT TERKENA GANGGUAN JINN & SYAITAN

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 

NOTA KULIAH SUBUH SULUK




    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...