بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
CIPTAAN ALLAH YANG PERTAMA
Berkata Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه :
"Semoga Allah Ta'ala memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukai-Nya dan Semoga kamu memperoleh keredhaan-Nya.
Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.
Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya. Dalam hadis Qudsi Dia berfirman :
“Aku ciptakan Ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku”. Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan sabdanya:
“Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakan-Nya sebagai ruh suci”.
(suci bersih dari kegelapan)
“Mula-mula Allah ciptakan qalam”.
(Pena / Qalam - penyebaran ilmu)
“Mula-mula Allah ciptakan aqal”.
(mengetahui segala sesuatu rahsia2 ketuhanan)
Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, iaitu Kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah. Dia dinamakan Nur, cahaya suci, kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat jalal Allah. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
قَدْ جَآءَكُمْ مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَـبٌ مُّبِين
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan”.
[Al-Maaidah : Ayat 15]
📗Nota: Haqiqat Muhammadiah:
✅Pena/Qalam
✅Ruh
✅Cahaya
✅Aqal
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
NUR MUHAMMAD - CIPTAAN ALLAH YANG PERTAMA
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
NOTA KULIAH
Nur Qalbi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan