بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
sambungan...
Dia dinamakan aqal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya.
Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan Dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf.
Roh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam maya. Baginda صلى الله عليه وسلم menyatakan hal ini dengan sabda Baginda:
“Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku”.
Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh-roh daripada roh baginda صلى الله عليه وسلم di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik.
‘Muhammad’ adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah. Dia adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya.
**(alam arwah = alam roh)
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
NUR MUHAMMAD - CIPTAAN ALLAH YANG PERTAMA
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
NOTA KULIAH
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan