Khamis, 26 Disember 2024

NUR MUHAMMAD (4)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



sambungan...


Kejadian Insan Berupa Jasad dan Ruh



Empat ribu (4000)  tahun selepas diciptakan cahaya Muhammad, Allah ciptakan Arasy daripada cahaya mata Muhammad. 

Dia ciptakan makhluk yang lain daripada Arasy. 

Kemudian Dia hantarkan roh-roh turun kepada peringkat penciptaan yang paling rendah, kepada alam kebendaan, alam jirim dan badan.

ثُمَّ رَدَدْنَـهُ أَسْفَلَ سَـفِلِين

َ “Kemudian Kami turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah”.
[Surah Tin : Ayat 5]

Dia hantarkan cahaya itu daripada tempat ia diciptakan, dari alam Lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi keesaan, bagi wujud mutlak, kepada alam nama-nama Ilahi, kenyataan sifat-sifat Ilahi, alam bagi akal asbab kepunyaan roh yang meliputi (roh universal). Di sana Dia pakaikan roh-roh itu dengan pakaian cahaya. Roh-roh ini dinamakan ‘Roh Sultani (ruh pemerintah)’.

Dengan berpakaian cahaya mereka turun kepada alam malaikat. Di sana mereka dinamakan ‘roh rohani’.

Kemudian Dia arahkan mereka turun kepada alam kebendaan, alam jirim, air dan api, tanah dan angin dan mereka menjadi ‘roh manusia’.

Kemudian daripada dunia ini Dia ciptakan tubuh yang berdaging, berdarah.

مِنْهَا خَلَقْنَـكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَى 

“Kemudian Kami jadikan kamu dan kepadanya kamu akan dikembalikan dan daripadanya kamu akan dibangkitkan sekali lagi”.
[Surah Ta Ha : Ayat 55]

Selepas peringkat-peringkat ini Allah memerintahkan roh-roh supaya memasuki badan-badan dan dengan kehendak-Nya mereka pun masuk.

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى 

“Maka apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku…”. 
[Surah Shad : Ayat 72]

~ tamat petikan kitab ~



... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ





SUMBER:

NUR MUHAMMAD - CIPTAAN ALLAH YANG PERTAMA
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir





 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...