بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
Contoh-contoh peristiwa sebenar yang telah terjadi akibat gangguan jinn syaitan di dalam tubuh manusia:
Berikut kami sebutkan beberapa contoh dari peristiwa sebenar mangsa yang terkena gangguan jinn Syaitan. Mereka telah menghidap penyakit misteri, ganjil dan kronik namun tiada rawatan dari perubatan moden:
Contoh 1:
Seorang wanita berumur 70an menghadapi masalah kesihatan yang sangat berat akibat kehilangan darah di dalam badannya. Beliau terpaksa berulang alik ke hospital setiap minggu untuk menambah darah. Beliau menderita penyakit ini selama tiga puluh tahun namun tiada doktor pakar mampu merawatnya. Pakar-pakar ini juga tak jumpa punca penyakit ini dan tiada rawatan moden untuknya.
Contoh 2:
Seorang lelaki membawa isterinya yang menderita sakit yang sangat kronik. Kesakitannya seperti gastrik, perut memulas, sakit mencucuk-cucuk yang tiada tertahan kesakitannya. Isterinya selalu jatuh pengsan apabila mula berjalan akibat kesakitan yang tiada tertanggung. Pakar-pakar kesihatan yang memeriksanya mengesahkan tubuh badannya sihat. Jantung, perut, usus, buah pinggang semuanya berfungsi dengan baik. Tiada komplikasi ditemui. Mengikut kata suaminya mereka telah habiskan wang berjumlah RM 20,000 dan telah menemui 3 pakar dari berbagai hospital terkemuka, namun semua doktor pakar yang memeriksa isterinya mengatakan isteri- nya sihat dan mereka tidak menemui jawapan kepada kesakitan yang dialaminya. Selama 2 tahun si isteri menanggung kesakitan seperti ini dan hanya bertahan dengan "pil tahan sakit".
Contoh 3:
Pasangan suami isteri sentiasa bergaduh. Tiada ketenteraman di dalam rumah. Selalu bertikam lidah hanya kerana perkara-perkara remeh. Tiada kepuasan di dalam hubungan kelamin. Walaupun mereka sedar apa yang terjadi itu sepatutnya tak berlaku, namun mereka tak mampu mengatasinya. Pasangan yang bermasalah seperti ini sangat banyak.
Contoh 4:
Seorang doktor pakar datang mengadu masalah beliau sesak nafas selama 3 tahun. Menurutnya sesak nafas ini terjadi selepas 12.00 tengah malam. Beliau (yang sememangnya pakar kesihatan) telah membuat pemeriksaan menggunakan MRI, CT Scan dan lain-lain pemeriksaan untuk mengenalpasti punca penyakitnya, namun keputusannya membinggungkan beliau kerana organ-organ di dalam tubuh beliau berfungsi dengan baik, tiada apa-apa komplikasi. Jantung, paru-paru, dan sistem peredaran darah beliau berfungsi dengan baik. Beliau tidak menemui jawapan kepada penyakit yang beliau hadapi.
Demikian beberapa contoh sebagai gambaran umum sahaja. Banyak lagi kisah yang hampir serupa. Hal yang amat penting untuk diperhatikan di sini adalah "persamaan" yang wujud pada diri mereka:
1. Penyakit mereka tersangat kronik dan tiada tertanggung kesakitan-nya.
2. Menderita kesakitan pada waktu yang lama, setengahnya puluhan tahun menderita namun tiada penawarnya.
3. Alat elektronik tidak dapat mengesan punca penyakit mereka.
4. Doktor pakar juga tiada jawapan kepada penyakit-penyakit misteri ini, meskipun setengah penyakit-penyakit tersebut kelihatan serupa dengan penyakit yang lazim terjadi.
5. Tabib atau Perawat yang menggunakan kaedah ruqyah juga tiada penawar bagi penderita sakit kronik ini.
6. Doktor pakar sendiri terkena penyakit kesakitan misteri yang mereka tak mampu mencari puncanya dan penawarnya.
Semua maklumat di atas memberikan gambaran bahawa punca penyakit ini adalah daripada gangguan jinn syaitan. Oleh kerana jinn syaitan terlindung dari pandangan manusia, maka demikian juga kuman serta aktiviti jinn syaitan ini tak mampu dikesan oleh pakar-pakar kesihatan moden atau alat elektronik moden atau perawat tradisional sekalipun.
Ajaib?
Susah percaya?
Ikuti seterusnya ....
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
MENGAPA ORANG ALIM, HAFIZ QURAN, IMAM SOLAT TERKENA GANGGUAN JINN & SYAITAN
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan