Khamis, 19 Disember 2024

RAWATAN & PENAWAR (2)

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


sambungan....


Apabila si murid mematuhi segala arahan, panduan, disiplin yang diajarkan oleh Mursyidnya yang Siddiq, In Shaa Allah dengan Anugerah Allah Ta'ala Yang Maha Kaya,  sekalian penyakit zahir mahupun batin di dalam dirinya akibat gangguan jinn syaitan akan hilang musnah.  

Demikian lagi akan terbina di dalam jiwanya kekuatan untuk melawan sendiri segala bisikan dan gangguan jinn syaitan.  

Maka selamatlah murid dari segala bisikan dan gangguan jinn syaitan.  Ketika itu dia telah menepati perintah Allah:

 

Firman Allah:

 إِنَّ الشَّيْطَـنَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً

“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu,  maka jadikanlah ia musuh kamu…”

[Al- Faatir (35) : Ayat 6]

 

Semua macam bimbingan, penunjuk, ubat, penawar dan perisai ini hanya dimiliki oleh Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Oleh kerana itulah sekalian Ummat yang beriman diwajibkan berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.

 

Berkata Al-Imam Sultan Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilan  رضي الله عنه:

 

Takabbur, kemunafikan dan ego, adalah panah syaitan yang tertuju pada hati kamu.  Kamu perlu siapkan satu strategi mempertahankan diri dari serangan-serangan ini.  Formula strategi tersebut telah diterangkan dan telah dibuktikan oleh Mashaa'ikh (guru-guru Mursyid terdahulu).  Kamu perlu mendengar baik-baik  arahan mereka dan mematuhinya.  Mereka akan pimpin kamu pada jalan Allah kerana mereka telah pun melalui jalan tersebut.  Mintalah pada mereka nasihat berkenaan nafsu (yang rendah dan jahat) dan kelemahan-kelemahan lainnya,  kerana mereka juga pernah mengalami kesulitannya dan menghadapi kesan akibat darinya.  Mereka sangat sedar dan mengetahui bahaya dan ancaman dari nafsu kejahatan. Mereka telah menempuh jalan yang panjang memerangi (nafsu-nafsu tersebut) dengan demikian mereka boleh menghalang, mengawal dan mengalahkan semua kejahatan itu.

[Fathur-Rabbaniy Wa Faid ar -Rahmaniy]



SUMBER:

MENGAPA ORANG ALIM, HAFIZ QURAN, IMAM SOLAT TERKENA GANGGUAN JINN & SYAITAN

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 


 

 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...