بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
Matlamat Sebenar Iblis:
Berbalik kepada persoalan awal, apakah tujuan sebenar iblis di sebalik gangguan ini?
Tujuan sebenarnya adalah untuk melumpuhkan ibadah orang Islam.
Apabila mereka mengalami kesakitan yang melampau, tubuh badan mereka menjadi lemah. Minda juga lemah. Siang malam mereka memikirkan bagaimana cara untuk menyembuhkan penyakitnya.
Apabila penyakitnya berlarutan kadangkala timbul jahat sangka kepada Allah Ta'ala.
Kadangkala dia menyalahkan Allah Ta'ala. Akibatnya mereka di dalam bahaya kemusnahan Iman dan amal ibadah.
Menurut pemerhatian kami dan berdasarkan maklumat dari pesakit-pesakit itu sendiri, sebahagian mereka terjebak kepada bomoh, dukun atau pawang dan lain-lain seperti mereka bagi mencari penawar. Setengah mereka yang lain tersalah jumpa orang yang menyamar sebagai "Ustaz Syifa" sedangkan mereka itu sebenarnya bomoh yang menyamar di sebalik nama "Tabib" atau "Peruqyah". Maka bertambah-tambah seriuslah penyakit mereka.
Inilah matlamat iblis....!
Jaringan terakhir iblis untuk menarik manusia Muslim ke Jalan iblis.... iaitu melumpuhkan Ibadahnya dan cuba memusnahkan Imannya melalui berbagai aktiviti jahat di dalam tubuh mereka.
Firman Allah:
قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ
"Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. "
[Al-A'raf (7) : Ayat 16 -17]
Setelah mentelaah hujjah-hujjah kami di atas, barangkali kalian sudah memahami sekarang, mengapa orang alim (alim fiqh), abid (ahli ibadah), hafiz Qur’an dan lainnya terkena berbagai gangguan jinn syaitan ; mulai dari seruan kekafiran, kemudian mengajak kepada kesesatan, kemudian kefasikan dan akhirnya memasuki badan manusia dan seterusnya mendatangkan berbagai penyakit sehingga lumpuh ibadahnya.
Maka tidak mustahil mereka yang belum teguh Imannya akan terkena gangguan jinn syaitan walaupun mereka ahli ibadah, imam solat, hafiz Qur’an atau lain-lainnya.
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
MENGAPA ORANG ALIM, HAFIZ QURAN, IMAM SOLAT TERKENA GANGGUAN JINN & SYAITAN
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan