بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
AMALAN dan CARA BENTENG DIRI - ORANG AWAM
Orang awam yang tiada pimpinan Mursyid
Pewaris Nabi yang Siddiq lebih perlu
waspada dan berusaha lebih keras untuk menjauhkan gangguan jinn syaitan
berbanding dengan murid pada Jalan Ma’rifat kerana mereka perlu hadapi serangan
jinn syaitan sendirian.
Orang awam boleh mengikuti langkah-langkah berikut bagi
mengurangkan gangguan jinn syaitan ke tahap minima. Mereka perlu persiapkan diri dengan dua macam
benteng diri bagi menghadapi dua jenis serangan iblis:
Ketika melakukan apa jua ibadah — solat, puasa, zakat, sedekah, da'wah,
melakukan kebajikan membantu orang lain dan lainnya pastikan ikhlas, dan kekal
ikhlas semata-mata mencari wajah Allah
(keredhaan Allah). Orang yang
benar-benar ikhlas TIDAK mampu disesatkan oleh iblis dan kuncu-kuncunya.
Bagi orang awam, sekurang-kurang ikhlas adalah niat segala sesuatu "Lillahi Ta'ala" — semata-mata ubudiyyah kerana Allah. Bukan kerana benda duniawi atau benda ukhrawi, tetapi hanya Allah semata-mata.
Jangan sesekali berubah niat di dalam
amal. Jika datang niat-niat yang
menyimpang dari ubudiyyah kepada Allah Ta'ala hendaklah segera palingkannya
kepada Allah. Jika tidak, syaitan akan
masuk membisikkan berbagai kejahatan dan penyelewengan dan kesesatan. Untuk itu, hendaklah memeriksa niat dan
waspada pada tiga tempat supaya ikhlas tetap kukuh dalam hati:
🍁Pertama : Di awal melakukan amal ibadah atau amal
kebaikan.
🍁Kedua : Di
pertengahan amal ibadah atau amal kebaikan.
🍁Ketiga : Di
penghujung amal ibadah atau amal kebaikan.
Jika seseorang dapat memelihara
niatnya pada tiga keadaan atau tempat di dalam melakukan ibadah, maka
selamatlah dia dari bisikan dan tipu daya syaitan.
(2) Sungguh-sungguh mengerjakan
Zikrullah.
🍀Pertama : Zikrullah iaitu Zikir akan nama Allah dengan suara keras berserta ingatan dalam hati
atau
🍀Kedua : Zikir dalam hati semata-mata (Ingat Allah dalam hati semata-mata tanpa sebutan lisan).
Kedua-dua jenis Zikir ini dapat hapuskan bisikan jinn syaitan dan menghambatnya jauh-jauh. Bahkan menurut Ahli Ma'rifat, jinn syaitan takkan mampu menghampiri hamba Allah yang teguh mengerjakan Zikrullah sehingga hatinya bercahaya dengan Cahaya Zikrullah.
Namun yang kedua ini hanya
mampu dilakukan oleh Salikin yang mengikut seorang Mursyid yang Siddiq.
Berkata Ibn 'Abbas Radhiallahu anhu:
"Maksudnya syaitan duduk
bertenggek pada hati manusia. Apabila
manusia lupa dan lalai (dari mengingati Allah) dia akan membisikkan
(kejahatan). Apabila berzikir ingat
Allah, syaitan lari mengecut."
(3) Selalu hadir Majlis Zikir dan
Majlis Solawat.
Majlis Zikir dan Majlis Solawat atau
Majlis Maulid Nabi diliputi Rahmat dan Limpahan Cahaya Ketuhanan. In shaa Allah dengan menyertai majlis-majlis
ini, sedikit sebanyak seseorang akan terhindar dari bisikan-bisikan syaitan.
(4) Selalu hadir Majlis Ilmu Ahlus
Sunnah.
Dengan menghadiri Majlis Pengajian
Ilmu Ahlus Sunnah, seseorang akan dapat menambah pengetahuan yang benar
berhubung dengan pendirian Ahlus Sunnah
dan terbeza baginya Golongan sesat atau Ahlus Sunnah PALSU.
Demikianlah beberapa langkah terbaik
yang patut dijadikan pedoman oleh orang-orang awam yang belum memperoleh
pimpinan seorang Mursyid yang Siddiq. Mudah-mudahan memperoleh keselamatan dari gangguan dan
muslihat jinn syaitan yang sangat halus.
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
MENGAPA ORANG ALIM, HAFIZ QURAN, IMAM SOLAT TERKENA GANGGUAN JINN & SYAITAN
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan