بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
sambungan....
Kelima : Iman pada lidah bukan pada hati
Maksudnya adalah : Iman mereka tak masuk ke hati. Walaupun mereka sudah bergelar Alim (fiqh), atau mempunyai gelaran-gelaran dunia seperti PhD, Drs, Masters dsb, atau mereka menjawat berbagai jawatan sebagai Mufti, Qadhi, Ahli fatwa dan sebagainya atau mereka menduduki kerusi jabatan-jabatan Agama yang hebat... namun mereka hanya Islam, belum benar-benar beriman,... IMAN belum masuk ke dalam hati mereka. Golongan-golongan ini amat mudah terikut-ikut bisikan jinn syaitan.
Jika ada yang bertanya, adakah mungkin orang alim (fiqh) yang mahir di dalam berbagai disiplin ilmu Agama, Hafiz Qur'an, penghafal Hadith, petah bersyarah agama boleh menjadi orang yang lemah Imannya, atau lebih buruk lagi menjadi sesat ? Maka jawapannya sudah terbukti di dalam Firman Allah dan Hadith Rasul ﷺ.
Bahkan bukti nyata yang amat jelas berdasarkan Sejarah Ummat adalah "Alim Ulama" yang terkeluar dari Ahlus Sunnah dan menjadi sesat seperti Khawarij (wahhabiyyah zaman ini), Syi'ah (rafidhi), Mu'tazilah, Jabariyah, Mujassimah dan lain-lainnya. Merekalah pelopor Golongan sesat. Wal Iyazubillah.
Walaupun mereka petah bersyarah Agama dengan berbagai Hadith Rasulullah ﷺ, kelihatan hebat mengerjakan solat, berpuasa dan lain-lain, namun mereka telah terkeluar dari Agama bagaikan "panah yang keluar dari busurnya", ertinya tiada akan kembali kepada Keimanan. Demikianlah tipu daya halus iblis kepada orang-orang berilmu pada zahir sahaja sedangkan batinnya kosong. Wal Iyazubillah.
Keenam : Tidak Berserta Jama'ah — Ahlus Sunnah yang benar (tulen)
Setiap Muslim diperintah berserta kelompok terbesar Ummat iaitu Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang benar (tulen), kerana merekalah satu-satunya golongan yang dijamin selamat dan terpelihara daripada syaitan. Apabila mereka jauhi jamaah Ummat Islam yang umum maka mereka akan terdedah kepada bisikan dan tarikan jinn syaitan.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Aku berwasiat kepada kamu untuk mengikuti sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah mereka.” Dan termasuk rangkaian hadith ini: “Tetaplah bersama al-Jama’ah dan jauhi perpecahan kerana syaitan akan menyertai orang yang sendiri. Dia (syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa menginginkan tempat lapang di syurga hendaklah ia berpegang teguh pada al-Jama’ah”.
[Imam Tirmizi, Imam Al-Haakim]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya serigala hanya akan menerkam domba yang sendirian.”
[Imam Abu Dawud]
Ketujuh : Tiada pimpinan Guru Mursyid yang siddiq
Telah sepakat sekalian Ulama Mu'tabar, Ulama Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah bahawa setiap orang Islam WAJIB mempunyai pemimpin keruhanian yang memimpin kepada Allah Ta'ala. Meskipun dia seorang yang sudah bergelar Profesor, Drs, alim fiqh, dan lain-lain tetap WAJIB (fardhu Ain) baginya memperoleh pimpinan Mursyid yang Siddiq bagi menyucikan batinnya daripada segala kekejian hati dan membentengi diri daripada bisikan-bisikan halus nafsu dan jinn syaitan.
Jika seseorang Islam TIDAK mempunyai seorang Mursyid yang Siddiq memimpinnya kepada Allah Ta'ala, maka dikhuatiri dia akan dipimpin oleh syaitan ke gerbang iblis sedang dia tidak sedar dia telah jatuh kepada tipu daya halus iblis.
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu :
"Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja). Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh (Mursyid yang Siddiq) yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpinnya) menuju jalannya (jalan iblis - kepada kesesatan). Barangsiapa berjalan di jalan yang berbahaya tanpa petunjuk, maka dia telah menjerumuskan dan membinasakan dirinya.
[Ihya Ulumuddin]
(Perbahasan lanjut berkenaan hal ini boleh didapati dari Risalah kami "Mursyid yang Siddiq, Pemimpin Ahlus Sunnah dan Pewaris Nabi yang sebenar")
Demikianlah kami paparkan secara ringkas satu daripada empat macam afaat (halangan atau gangguan atau kebinasaan) iaitu gangguan iblis yang sentiasa membayangi manusia dan menariknya jauh daripada Jalan Allah, dan pimpin mereka masuk ke jalan-jalan kefasikan, kesesatan atau kekufuran.
Renungkanlah dan mohon petunjuk Allah.
Moga bermanfaat.
SUMBER:
MENGAPA ORANG ALIM, HAFIZ QURAN, IMAM SOLAT TERKENA GANGGUAN JINN & SYAITAN
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan