بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
...sambungan...
6.0 Penjelasan Mi’raj Rasulullah ke Arasy – Tujuan dan Hikmah
Pertama : Tujuan Rasulullah ﷺ di angkat ke Arasy.
Berdasarkan Al- Qur’an, Hadith dan Ulama Ahlus Sunnah, tujuan Rasulullah ﷺ diperjalankan oleh Allah Ta’ala ke Arasy-Nya mempunyai rahsia Syari’at dan Haqiqat yang tersangat dalam. Di antaranya yang terpenting:
(1) Untuk memperlihatkan kepada Rasulullah ﷺ dan Ummat manusia akan kebesaran, kehebatan dan keagungan Allah Ta’ala.
Sepanjang perjalanan Rasulullah diperlihatkan oleh Allah Ta’ala akan keajaiban penciptaan2 Allah Ta’ala Yang Maha Agung yang sangat mempesonakan.
(2) Untuk memperlihatkan balasan2 baik dan buruk yang disediakan oleh Allah Ta’ala kepada manusia.
Rasulullah ﷺ diperlihatkan gambaran balasan yang disediakan oleh Allah untuk manusia. Rasulullah ﷺ melihat keadaan2 manusia di dalam syurga dan neraka.
(3) Untuk memuliakan Rasulullah ﷺ di atas sekalian Rasul-Rasul yang lain.
Rasulullah ﷺ dipertemukan oleh Allah Ta’ala dengan sekalian Anbiya dan menjadi Imam mereka di Masjdil Aqsa. Seterusnya Baginda dipertemukan dengan Rasul2 Ulul Azmi di langit sebagai suatu penghormatan yang sangat istimewa kepada Rasulullah ﷺ.
Mereka (sekalian Anbiya dan Ulul Azmi) berikan ucapan hormat, memuji2 dan memuliakan Rasulullah ﷺ.
(4) Untuk menunjukkan keistimewaan ibadah solat yang akan di-wajibkan ke atas Rasulullah ﷺ dan Ummat Baginda.
(5) Untuk menunjukkan keistimewaan Arasy Allah Ta’ala sebagai “maqam” dan “tempat kemuliaan” bagi kekasih2 Allah Ta’ala.. iaitu dari kalangan Rasul, Nabi dan Ahli-Ahli Ma’rifat.
Arasy adalah tempat yang paling tinggi dan paling mulia daripada sekalian tempat yang dijadikan oleh Allah Ta’ala, sebagaimana telah dijelaskan sebelum ini. Maka apabila Rasulullah ﷺ diangkat oleh Allah Ta’ala ke atas Arasy, secara langsung menunjukkan suatu “maqam” atau “darjat” yang khusus bagi kekasih2 Allah. Maksud di sini adalah : Selain dari Rasulullah , para Rasul, Nabi dan Ahli Ma’rifat juga diangkat ke maqam yang tinggi di sisi Allah Ta’ala. Maqam yang tinggi ini dilambangkan dengan naiknya mereka ke Arasy. Tetapi dengan suatu perbezaan yang ketara…!
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
SIRI RENCANA PILIHAN : ARASY
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan