بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
6.0 Penjelasan Mi’raj Rasulullah ke Arasy – Tujuan dan Hikmah
Ahlus Sunnah Wal Jamaah secara ijma’ (sepakat) meyakini sesungguhnya Rasulullah ﷺ telah Mi’raj ke Arasy dengan jasad serta ruh Baginda. Sehingga peristiwa tersebut menjadi Khususiyah (Kekhususan) dan Mu’jizat yang istimewa kepada Rasulullah ﷺ.
Ini bermakna Mi’raj Rasul ke Arasy benar2 terjadi secara nyata, dan BUKAN lewat mimpi dan BUKAN perjalanan ruh semata2.
Baginda telah dijemput khusus oleh Allah Ta’ala ke Arasy yang letaknya jutaan berbillion batu jauhnya dari bumi, sebagai suatu penghormatan yang tidak pernah diberi kepada mana2 Rasul lain. (peringatan semula: Sebagaimana kita telah menjelaskan sebelum ini para Rasul, Nabi dan Ahli Ma’rifat hanya “Mi’raj” ke Arasy dengan ruh sahaja, BUKAN berserta jasad.)
Baik, kita tidak bahaskan bab ini kerana telah sedia maklum. Bahkan seluruh ummat telah akui kebenaran ini sebagai suatu keyakinan yang pasti.
Perkara yang kita ingin bincangkan secara serius di sini adalah anggapan dan keyakinan setengah orang Islam bahawa Allah Ta’ala “duduk” di atas Arasy dan Rasulullah ﷺ dijemput oleh Allah ke Arasy untuk bertemu dengan-Nya di Arasy. Mereka membayangkan seolah2 Allah Ta’ala “duduk” bertahta di atas Arasy umpama seorang Raja, lalu Rasulullah datang menyembah sujud di hadapan-Nya. (seperti manusia menghadap dan menyembah Raja di dunia).
Golongan yang mempunyai pendirian ini berhujjah : “ Jika Allah Ta’ala tidak duduk di atas Arasy, mengapa Rasulullah dijemput ke Arasy?”
Mereka berhujjah lagi, “ Jika Allah tidak menetap di atas Arasy tentu Allah Ta’ala sampaikan wahyu seperti biasa di dunia saja, tak perlu dijemput ke Arasy”
Mereka berhujjah lagi : “Ulang aliknya Rasulullah ke Arasy agar dapat mengurangi solat 50 waktu juga menunjukkan Allah di atas Arasy. Ini sangkaan atau dakwaan mereka.!
Jika dipandang sekali imbas, kelihatan hujjah ini logic pada aqal. Tetapi adakah hujjah ini sesuai dengan Aqidah yang benar dan Tauhid yang suci?
Adakah pegangan seperti ini menepati pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Adakah pegangan ini yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala?
Untuk mendapat gambaran darihal Mi’raj Rasulullah ﷺ perhatikan penjelasan2 berikut......
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SIRI RENCANA PILIHAN : ARASY
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan